Saudara Muhsin dan rakan-rakan tiba agak lewat. Ini merupakan lawatan kali kedua buat mereka. Banyak juga perkara yang dibincangkan dan dikongsi bersama. Hala tuju dan potensi dalam industri penternakan lintah menjadi topik utama perbincangan. Ketulusan pihak yang menganjurkan kursus penternakan lintah juga turut dibincangkan.
Adakah mereka ini benar-benar ikhlas dan berkemampuan untuk memajukan industri ini atau sekadar mengambil kesempatan atas minat dan sambutan yang begitu hebat sekarang ini. Pihak berwajib perlu memainkan peranan untuk memastikan tidak ada pihak cuba "menangguk di air yang keruh".
Industri ini sebenarnya amat berdaya maju dan perlu dikembangkan. Di negara luar industri penternakan lintah dan penggunaan lintah dalam pelbagai sektor telah lama dimajukan dan berkembang dengan pesat. Rawatan perubatan mengunakan terapi lintah juga telah mendapat tempat di kalangan masyarakat. Pusat rawatan homeopathy dan biotheraphy telah mula mengorak langkah menggunakan kaedah rawatan ini di pusat rawatan mereka.
Aku sendiri berkeyakinan penuh industri ini akan berkembang dan berdaya maju. Dengan adanya kajian yang lebih mendalam dan usaha padu yang dijalankan tidak mustahil pada suatu hari nanti industri lintah akan sepopular gamat. Kepada penternak dan bakal penternak ayuh kita gembelingkan tenaga bersatu demi memajukan industri lintah. Semoga satu masa nanti industri ini akan menyumbangkan kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara. Insyaallah..
IKLAN
Isnin, 18 Februari 2008
Tetamu Datang Lagi
Posted by ajet66@det at 9:54 PG
Labels: industri lintah, lintah, rawatan lintah, terapi lintah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan