ANDA MAHU PENCEN AWAL?

IKLAN

MAKLUMAN KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN INDUSTRI LINTAH. Persatuan Usahawan Industri Lintah Malaysia (PELINTAH) TELAH DILULUSKAN OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN. SILA DAPATKAN BORANG KEAHLIAN MULAI SEKARANG. TERIMA KASIH. Kepada yang belum dan ingin mendaftarkan keahlian, sila hubungi saya atau Irman. Keahlian terbuka kpd semua warganegara Malaysia.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 019-5434506 (Mahadzir@restumama) atau 012-4248974 (Irman).
Untuk muat turun(download) borang SILA KLIK DI SINI

Terima kasih.

____________________________________________________________________________________________
Syarikat Hirudinaria Biotech (M) Corporation Sdn. Bhd. (HB Corps) berpengalaman luas dalam bidang penternakan dan pembiakan lintah. Kami menawarkan kursus lintah CUMA RM 250.00 bertempat di Agrotek Garden, Hulu Langat, Selangor hasil dari penyelidikan dan kajian kami serta khidmat pemantauan selepas kursus.

Kursus seterusnya di Agrotech Garden iaitu pada :

Tarikh: 16/05/09 (kursus perternakan lintah )

Tarikh: 17/05/09 (Kursus bekam )


Harga kursus dan bekam

Kursus ternakan lintah =RM250.00

(masih pada harga lama)

Kursus Bekam Lintah = RM330.00

Pakej pelajar = 20% diskuan

OKU = 40% diskaun

Tempahlah tempat anda sekarang. Rujuk Halaman kami www.hirudinaria.com


Pihak Warisan Agro Resources telah berjaya mengesan ada individu yang telah menyalahgunakan jenama CIKOPET dan nama WAR tanpa kebenaran. Oleh itu pihak WAR telah mengambil langkah PENJENAMAAN semula produk terkini dari kami. Dengan penjenamaan semula ini bermakna Warisan Agro Resources tidak lagi terlibat dengan JENAMA CIKOPET. Jenama CIKOPET BUKAN produk keluaran kami lagi. Harap Maklum.
_______________________________________________________________________




Produk lintah terkini dari kami berasaskan bio teknologi yang terbukti berkesan untuk pembiakan dan pembesaran. Ianya telah dipertingkatkan dengan nilaitambah serta diuji dan menunjukkan lintah mampu membiak dan membesar tanpa memerlukan BELUT sebagai sumber makanan. Dapatkannya sekarang.
(Harga Istimewa RM4.00 sekilo *terhad* untuk Pengunjung Kolam Latihan di KEDAH)

Agen terdahulu yang masih berminat untuk meneruskan jalinan kerjasama, sila hubungi kami dengan segera.

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Khamis, 2009 Mei 21

HATI-HATI DENGAN PENIPU.

Aku sering mengingatkan supaya berhati-hati dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan atas minat orang ramai dalam ternakan lintah. Namun masih banyak lagi kes yang dilaporkan berlaku hingga ke saat ini. Sekali lagi aku meminta kepada individu yang ingin melibatkan diri dengan ternakan lintah supaya menghubungi PELINTAH atau Jabatan Perikanan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat. Usah biarkan diri anda terjebak atau tertipu dengan pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam industri lintah. Aku petik kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya untuk panduan semua.

KENYATAAN MEDIA OLEH Y.BHG. DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB
KETUA PENGARAH, JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
BERHUBUNG PAKEJ KURSUS DAN TERNAKAN PROJEK- PROJEK PERIKANAN
YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT- SYARIKAT SWASTA.

Putrajaya, 3 April 2009 - Jabatan Perikanan Malaysia menasihatkan orangramai
supaya berhati-hati dengan syarikat-syarikat swasta yang mengutip bayaran bagi
penyertaan pakej kursus dan ternakan bagi projek-projek perikanan seperti ternakan ikan
keli dalam tangki, ternakan ketam dalam tangki dan juga ternakan lintah. Ini adalah
kerana Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima beberapa aduan tentang projekprojek
perikanan ini yang tidak dilaksanakan dengan sempurna. Jabatan Perikanan
Malaysia ingin menegaskan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia tidak terlibat dan tidak
pernah memberi sokongan kepada mana-mana syarikat swasta yang mengutip bayaran
di dalam melaksanakan projek perikanan seumpama ini.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Junaidi Che Ayub
menasihatkan orangramai supaya merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Perikanan
Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum menyertai pakej kursus dan
ternakan bagi projek perikanan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat swasta.
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia ada menawarkan kursus ternakan
ikan secara percuma kepada mereka yang berminat. Orangramai boleh melayari laman
web Jabatan Perikanan di www.dof.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai kursus-kursus yang ditawarkan. Mereka juga boleh menghubungi Jabatan
Perikanan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum menceburi bidang
ternakan ikan.

Dikeluarkan Untuk Siaran Oleh:
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya.

rujukan : http://www.dof.gov.my/v2/fpengumuman/kenyataanmedia.pdf

Rabu, 2009 April 01

Cerita Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung Warisan Agro Resources. Agak lama betul aku tidak mencoretkan sebarang perkembangan di sini. Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempuh masa aku menyepikan diri. Bukan memencilkan diri tapi "bertapa" mencari dan bermuhasabah demi hala tuju yang lebih bermakna.

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Pertama (AGM) PELINTAH telah berjaya dilangsungkan. Nampaknya majoriti ahli inginkan perubahan di dalam tampok kepimpinan persatuan. Sebahagian besar perwakilan yang hadir telah memilih aku sebagai Yang Dipertua (YDP) PELINTAH yang baru. Amanat yang amat besar ini harus aku pikul untuk tempuh sepenggal yang mendatang. Insyaallah dengan barisan penyokong yang ada, kami AJK Tertinggi akan berusaha membawa industri ini ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Setiap insan mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing. Oleh itu aku mengharapkan sokongan dan teguran dari semua yang terlibat supaya apa yang kita rencanakan beroleh kejayaan sepertimana yang diimpikan. Apa yang kita suka tak semestinya menjadi kesukaan pada yg lain. Citarasa dan Cara kita berbeza mengikut keadaan, tempat, siapa dan masa. Yang penting kongsikan cerita kegagalan dan kejayaan kita utk dijadikan iktibar dan panduan pada yang lain. Usah menjaja kejayaan yg belum terbukti hasilnya. Zahirkan kebenaran bukannya kepalsuan. Jangan menjanjikan sesuatu yg diri kita sendiri belum pernah jumpa, temui atau alami.

Jumpa lagi....

Jumaat, 2009 Januari 30

SERAI & KOKUN LINTAH DAH MATANG

Bertemu lagi kita...

Masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Dalam kesibukan mengejar kehidupan duniawi, sedar tak sedar kita semakin jauh meninggalkan masa silam. Masa yang tak mungkin dapat kembali lagi. Entah apa pula yang menanti kita dihadapan. Kita terus memanjat tangga usia samada mahu atau tidak! Ini pasti kita tempuhi. Perubahan pasti berlaku. Meninggalkan sejarah di belakang.

Baiklah, masa yang berlalu rasanya begitu cepat sekali. Tanaman serai yang aku usahakan hampir setahun yang lepas telah sedia untuk dituai hasilnya. Banyak yang rosak disebabkan kelewatan dalam proses tuaian. Sepatutnya serai tersebut di tuai pada bulan ke 6 atau paling lewatpun pada bulan ke 8. Apa nak buat masa amat terhad. Lihatlah hasil usaha berbudi pada tanah. Disamping menyihatkan badan ianya juga dapat menambahkan sumber pendapatan yang sedia ada. Tak rugi berbudi pada tanah.
Dalam sibuk menuai hasil serai yang aku tanam, aku mendapat satu lagi hasil tuaian yang amat aku nanti-nantikan selama ini. Inilah hasil tuaian yang amat bermakna sekali bagi aku. Inilah pengalaman pertama bagi aku. Selama ini aku cuma mendengar dan melihat sahaja kejayaan penternak lain. Kali ini aku pula diberi kesempatan olehNYA.

Masyaallah, Maha Agungnya kuasa dan ciptaanMu Ya Allah.. Bagaimana makhluk yang sekecil ini dapat menghasilkan suatu ciptaan yang amat istimewa sekali. Tak dapat nak aku gambarkan bagaimana seekor induk lintah dapat melakukan keajaiban begini. Semuanya atas kehendakmu Ya Allah. Kokun yang aku jumpai tempoh hari telah pun matang. Anda saksikanlah bagaimana anak-anak lintah keluar dari kokun/sarung yang telah matang.



Hebatkan? Bagi aku yang pertama kali melihatnya merasa begitu takjub sekali. Anda bagaimana? Hebat dan Agungnya kebesaran Tuhan.

Jumpa lagi...wassalam.

Isnin, 2009 Januari 26

Terapi Lintah

Apa khabar semua usahawan lintah? Harap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Kita sedia maklum banyak kegunaan dan sumbangan yang diperolehi dari makhluk yang istimewa ini. Bekam atau terapi lintah adalah salah satu dari kaedah perubatan yang boleh dipraktikkan. Ianya telah terbukti dapat membantu kita dalam usaha menjalankan kaedah rawatan alternatif selain dari pembedahan.

Kita biasa dengar orang letak 6 atau 7 ekor lintah semasa proses berbekam dijalankan. Hebatnya dalam photo ini kita dapat saksikan tak kurang 15 ekor lintah telah digunakan. Kaedah ini untuk mencairkan darah sekitar jantung. Injap jantung adalah senipis kulit bawang, darah yang pekat akan menyebabkan injup tidak boleh ditutup rapat. Kos bedah coronary bypass lebih kurang RM70,000. Dengan kaedah ini, rasanya boleh membantu ramai lagi orang yang ada masalah lemah jantung ini.

Hakikatnya masih banyak lagi kegunaan lintah yang perlu kita kaji dan selidik. Sesuatu yang ada di muka bumi yang bertuah ini pasti mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kita yang diberi akal fikiran perlulah berusaha untuk menyelaminya. Jumpa lagi.....

***** kredit untuk sahabatku Saudara Nash... he..he..he..

Rabu, 2009 Januari 21

Lintah, Teknologi Dan Penipuan

Bertemu kembali tetamu WAR. Antara sedar atau tidak bulan pertama dlm Tahun 2009 dah hampir sampai ke penghujungnya. Sahabat kita yang berbangsa Cina bakal menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Hari berganti, minggu berlalu dan tahun bertambah, begitu juga usia penternakan lintah. Sudah masuk tahun ke dua usaha ini kami jalankan. Sudah di mana kita berada? Hala tuju usaha penternakan lintah ini di mana tahapnya berada kini. Sudah adakah sinar yang dinanti dengan penuh kesabaran oleh semua pihak?

Secara peribadi aku belum nampak dengan jelas lagi hala dan tuju usaha penternakan lintah ini. Aku akui penternakan lintah ini menjanjikan sesuatu yang amat bermakna kepada sesiapa yang telah dan ingin menceburinya. Setakat ini rasanya belum ada lagi teknologi yang boleh diharapkan untuk memacu usaha ternakan lintah menjadi satu industri yang berkembang maju. Semua pihak masih tercari-cari kaedah/teknologi yang terbaik bagi penambahbaikan dalam bidang ini. Harapnya dan pasti akan muncul teknologi yang boleh memacu industri lintah di Malaysia. Insyaallah.

Baru- baru ini aku dipertemukan dengan dua jenis produk yang dikatakan dapat membantu para penternak lintah yang menghadapi masalah dari segi penjagaan dan pemakanan lintah. Produk ini mempunyai banyak kelebihan dan dikatakan mempunyai impak yang hebat dari segi pembiakan lintah. Masalah utama yang sering melanda golongan penternak khasnya dan para-para 'traders' amnya. Aku berharap semoga akan muncul berbagai lagi produk/inovasi termaju yang mampu memberikan impak yang maksima terhadap "INDUSTRI" ini.

Produk ini misalnya diharapkan akan memberikan impak yang maksima sepertimana yang diperkatakan. Pengarah Urusannya sendiri sanggup turun padang berjumpa aku untuk mempromosikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat beliau. Bagi aku tidak ada salahnya kita mencuba sesuatu yang baru. Jika terbukti produk ini lebih baik daripada apa yang aku persembahkan, tidak menjadi masalah untuk aku mempromosikannya. Itu janji aku pada MD syarikat tersebut. Harapnya aku tidak menghadapi keadaan atau situasi sepertimana HERMAPRO dahulu.

Untuk tujuan ini aku telah menyediakan tempat baru untuk tujuan kajian keberkesanan produk ini. Harapan aku agar ianya tidak akan menghampakan. Kolam ini aku sediakan berkonsepkan sawah.
Sebarang perkembangan akan aku siarkan dari semasa ke semasa. Semoga lebih banyak lagi ciptaan/penemuan teknologi yang boleh digunapakai dalam kita menjalankan usaha penternakan lintah ini. Janganlah kita diperbodohkan dengan dakyah-dakyah palsu yang dihebahkan oleh pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Mana mungkin ternakan hanya diberi makan sekali sahaja dan tunggu untuk jual hasil selepas 3-4 bulan. MENGARUT. Bolehkah makhluk bernyawa makan hanya sekali sepanjang usianya? Usah biarkan diri anda ditipu dan diperbodohkan. Fikir dan renungkanlah.

Jumpa lagi.....

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Nama:
No Tel:
Email :
Komen/Pesanan Anda: