INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Isnin, 11 Februari 2008

Rumah Baru Lintah dan Pengunjung Kolam

Bersua kembali. Kemaafan aku pohon kerana tak dapat bersama kelmarin. Tiadanya kemudahan internet di kampung menyebabkan aku tak dapat bersama. Letih betul kelmarin menyebabkan aku membuat keputusan untuk bermalam dikampung. Kebetulan anak-anakpun masih bercuti lagi.

Lintah ternakan telah berjaya aku pindahkan ke 'rumah baru'. Sukanya depa dengan rumah baru yang begitu luas dan selesa. Langsung tak kelihatan lintah yang berenang selepas dilepaskan ke dalam kolam baru. Semuanya lebih selesa lepak di dasar kolam yang telah aku sediakan 'tilam dan bantal' yang paling istimewa sekali.

Hari ini kolam ternakan aku menerima tetamu dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Saudara Feiruz dan rakan2 sudi datang dari jauh semata-mata ingin mengetahui lebih mendalam mengenai ternakan lintah. Rasa macam Tok Guru pulak aku...keh..keh..keh.. Tak pa lah, depa nak belajaq. Apa yang aku tau aku habaq. Tak dak apa yang aku nak sembunyikan.

Aku rasa seronok dengan apa yang aku buat. Tambah membahagiakan bila aku dapat mengajar apa yang aku tahu kepada orang lain. Bagi aku itu yang lebih berkat. Lagi banyak ilmu yang kita kongsikan, insyaallah tuhan akan beri lebih lagi kepada kita. Itu amanat guru yang aku pegang selama ini.
Feiruz dan rakan-rakan pulang bersama 25 ekor induk, sebagai ternakan percubaan dalam akuarium katanya. Aku beri sedikit panduan bagaimana untuk sediakan suasana yang dapat mententeramkan lintah-lintah itu nanti. Tips inipun aku dapat dari sahabat forum di PELINTAH. Terima kasih saudara Imagna@adi.

Pada sebelah petang aku memulakan kerja pemasangan pagar di sekeliling kolam ternakan aku. Pagar terpaksa dipasang disebabkan lately ramai sangat pengunjung bawah umur (kanak2 la tu) yang melawat. Tahu sajalah kanak2, bukan senang nak kawal. Oleh itu untuk kebaikan semua pihak aku terpaksa keluarga belanja lebih untuk pasang pagar. Rasanya dekat RM800.00 jugak yang akan lebur tu. Aku jangkakan dalam 3 hari lagi kerja-kerja pemasangan akan siap sepenuhnya.

Sambil tunggu simen tapak tiang pagar kering bolehla aku pi cari induk lintah. Dah lama tak cari induk dah naik gian pulak rasanya. Cuaca yang panas menyebabkan induk lintah sukar di cari. Air dalam paya yang hampir kering tambah merumitkan lagi usaha. Lintah sudah masuk ke dalam selut bagi mengelakkan dari bahang panas yang melampau.

Sejak kebelakangan ini aku menerima begitu banyak panggilan untuk mendapatkan induk lintah. Permintaan datang dari serata tempah dan yang paling banyak sekali dari Selangor. Tempahan dari pengamal homeopaty juga ada aku terima. Ada yang menempah dengan kuantiti yang agak banyak sehingga mencecah 5,000 ekor. Nampaknya industri lintah mula berkembang dengan meluas dewasa ini. Aku rasa stok lintah yang ada sekarang ini tidak mampu lagi menampung permintaan yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Aku juga mengambil kesempatan di sini untuk memberi peringatan kepada bakal penternak lintah yang ingin menceburi bidang ini. Hati-hati dengan iklan kursus lintah yang begitu banyak dianjurkan oleh syarikat dan individu tertentu. Ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kecenderungan orangramai yang begitu berminat dengan ternakan lintah. Jangan sesekali mudah percaya dan memasukkan wang yuran kursus sebelum mengenalpasti dahulu kesahihan syarikat atau individu tersebut.

Jumpa lagi. Wassalam.

Tiada ulasan:

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.