INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Ahad, 23 Disember 2007

Usahawan Lintah

Lintah RM60 sekilogram

Oleh Shamsul Kamal Amarudin




Penghisap darah laris untuk produk kecantikan, kesihatan

RAMAI pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berbulu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.

Tidak terkecuali kepada Roziana Abu Hassan, 34, yang menunjukkan mimik muka berkerut dan ragu-ragu apabila diminta memegang dan bermesra dengan lintah.


Namun, di sebalik sikap `takut-takut' terhadapnya, beliau adalah antara segelintir wanita yang berani menceburi bidang ternakan lintah meskipun jika terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk memulakannya.

Dan, tanpa ragu-ragu dia menerangkan dengan terperinci mengenai aspek ternakan lintah serta keyakinannya terhadap potensi dan masa depannya sebagai sumber dalam menjana pendapatan.

"Semakin sukar untuk mencari lintah liar sekarang. Puas saya melilau di kawasan sungai dan sawah tetapi susah sangat nak jumpa," kata Mohd Jantan Abu Hassan, 36, suami Roziana, ketika ditemui di pejabatnya di Selama, Perak, baru-baru ini.



Hakikat itu menguatkan lagi azam pasangan suami isteri yang mempunyai empat cahaya mata berusia 3 hingga 13 tahun, bersama ibu mereka, Rahidah Wahid, 50, melabur RM30,000 dan ditambah dengan pinjaman RM10,000 daripada Bank Rakyat untuk mengusahakan ternakan lintah.

Mereka memulakan usaha itu kira-kira enam bulan lalu dengan membina dua kolam dan ditambah empat kolam lagi dengan setiap satu berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak.

Selepas itu, mereka membeli lintah induk sebagai baka pembiakan sebanyak 12 kilogram berharga kira-kira RM3,600 daripada Art Soulist Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

Roziana berkata, setiap kolam diisi dengan dua kilogram lintah induk dan diberikan belut yang dibeli pada harga RM6.50 sekilogram sebagai sumber utama hayat dan tumbesarannya.

"Kebiasaannya satu kolam disediakan seekor belut dan ikan itu akan mati keesokannya akibat darah dan protein dalam badannya disedut oleh lintah.

"Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah mencukupi untuk mengawan. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk lintah," katanya.

Beliau berkata, setiap kolam akan disediakan pokok kiambang untuk lintah berlindung dan `bermain-main' selain binaan batu-bata disusun empat segi membentuk petak yang digelar `mahligai' sebagai tempat mengumpul telur dan pembiakan.

Roziana juga meletakkan kain guni hitam jarang sebagai bumbung di kawasan pokok kiambang diletakkan untuk mengelakkan bahang pancaran matahari.

"Ketika mengikuti kursus ternakan lintah sebelum ini, perkara ini tidak pernah disebut tetapi saya mengambil inisiatif sendiri membuat tempat berteduh ini selepas mendapati lintah selesa bermain-main ketika cuaca redup iaitu pada awal pagi dan petang.

"Saya juga diberitahu setiap satu kolam boleh menghasilkan kira-kira 100 kilogram lintah dan mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

"Ia berdasarkan harga pembelian RM60 sekilogram yang ditawarkan syarikat Art Soulist Sdn Bhd. Bagaimanapun, baru-baru ini ada pembeli dari Singapura yang berminat untuk membeli pada harga RM150 sekilogram sekali gus menunjukkan permintaan yang tinggi di pasaran sekarang," katanya.

Sementara itu, Rahidah berkata, ketika mereka mula-mula mahu membina kolam ternakan, ramai penduduk kampung merasa hairan dan tertanya-tanya kenapa mahu menternak lintah.

"Saya hanya menjawab ada orang nak beli. Saya sendiri pun sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memelihara lintah apatah lagi mengetahui ia boleh memberikan keuntungan lumayan sehingga diberitahu oleh Rozaina yang mengikuti kursus mengenainya di Kuala Lumpur," katanya.

Roziana pula berkata, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan `induk' atau `ibu' lintah membiakkan lebih banyak benihnya untuk memastikan kitaran hidup haiwan itu dalam sesuatu kolam berterusan.

Beliau berkata, haiwan itu perlu dijual segera apabila sudah dewasa kerana jangka hayatnya adalah pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.

INFO: Lintah

  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.

  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.

  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.

  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.

  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.

  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.

  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.

  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.

  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

  • Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.
  • Selasa, 18 Disember 2007

    Langkah Pertama

    Terlebih dahulu aku minta maaf kerana lambat update seperti yang dijanjikan. Ruang masa begitu padat dan tidak memberikan laluan untuk aku melakarkan coretan di sini. Alhamdulillah, hari ini aku diberikan ruang untuk seketika.

    Terlalu banyak rintangan dan bukan sedikit cabaran serta dugaan yang sering mengekori perjalanan kehidupanku. Hampir 42 tahun aku melihat cahaya di muka bumi yang bertuah ini. Ruang waktu ini juga telah banyak mendewasakan aku dalam mengenal erti kehidupan. Tanpa aku sedar rupanya masih banyak lagi yang perlu aku tempuhi dalam mengejar kejayaan di dunia maupun untuk akhirat.

    Kita insan kerdil yang hanya mampu merancang perjalanan kehidupan. Selagi kita hidup perjalanan ini perlu diteruskan. Walau apa dugaan dan rintangan yang mendatang harus kita tempuhi dengan penuh kesabaran. Namun sampai bila????????


    bersambung.......

    Rabu, 12 Disember 2007

    Aku Ingin Berhijrah Lagi

    Kemana pula kali ni ya? Hijrah kemana? Kenapa pula kali ini? Ini hijrah kali yang ke berapa? Apa pula cerita kali ini!

    Mulai 16 hb Disember 2007, aku akan memulakan episod baru dalam perjalanan kehidupanku. Aku akan mula meneroka dunia baru yang tidaklah begitu asing bagi diriku.

    Dunia baru bagaimana pula kali ini? Nantilah aku akan sambung pada 16 hb Disember 2007 nanti.

    Selasa, 11 Disember 2007

    MAKANAN LINTAH BERASASKAN BIO TEKNOLOGI




    Masanya telah tiba, produk terkini dari kami. Makanan lintah berasaskan bio teknologi yang terbukti berkesan untuk pembiakan dan pembesaran. Ianya telah diuji dan menunjukkan lintah mampu membesar tanpa memerlukan BELUT sebagai sumber makanan.
    (Harga Istimewa
    RM3.00 sekilo untuk Pengunjung Kolam Latihan di KEDAH)

    SILA HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT JIKA INGIN MEMBELI SECARA PUKAL (Melebihi 1 Tan).

    Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

    Name:
    Email Address:

    This HTML form was created by Freedback.