Salam jalinan maya. Jumpa kembali kita. Seperti yang dirancang, petang kelmarin aku memulakan tugas menyediakan rumah(kolam) baru untuk lintah ternakan aku.Selepas selesai kerja-kerja pembersihan kolam aku memasukkan pasir lebihkurang 1/2 inci ketebalannya ke dasar kolam. Tempoh yang diambil untuk memasukkan air ke dalam kolam mengambil masa yang agak lama juga iaitu lebihkurang 2 jam. Penat juga aku dibuatnya. Mujurlah ada isteri yang setia membantu. Pasir yang hendak dimasukkan ke dalam kolam hendaklah dibersihkan dahulu.
Kerja-kerja pembersihan ini dilakukan berulang kali sehinggalah aku yakin bahawa tiada lagi anasir-anasir yang tidak diingini terlepas ke dalam kolam. Tugas sebegini perlu dijalankan dengan teliti supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ini termasuklah penelitian terhadap rumpai air yang hendak dimasukkan ke dalam kolam ternakan. Hati-hati dan beri tumpuan penuh semasa kerja-kerja pembersihan supaya tiada lagi benih-benih yang tidak diingini terlepas ke dalam kolam. Telur-telur ikan yang mungkin lekat di akar pokok rumpai air bakal memberikan masalah yang besar kepada kita di kemudian hari.
Berdasarkan pengalaman yang lepas, rasanya lintah ternakan aku boleh dipindahkan ke rumah baru pada petang ini. Jumpa lagi. Insyaallah, aku cuba update status terkini pada malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan