INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Khamis, 7 Februari 2008

Akhirnya Siap Juga Kolam Lintah

Alhamdulillah, akhirnya kolam simen untuk projek ternakan lintah aku akhirnya berjaya juga disiapkan. Aku harap induk dapat dilepaskan pada 8hb Februari nanti. Esok sempena cuti Tahun Baru Cina akan aku gunakan untuk 'setup' apa yang patut. Kolam perlu di'samak' terlebih dahulu dengan selut tanah liat bagi tujuan pembersihan dari sebarang anasir yang tak diingini.



Aku menjangkakan kerja-kerja ini akan mengambil masa setengah hari juga untuk disiapkan. Masa yang berbaki akan aku isikan dengan proses penyediaan pengisian dalam kolam. Ini termasuklah tugas merawat air, isikan pasir serta batu kecil dan memasukkan tumbuhan air.

Petang tadi aku menerima kunjungan Saudara Roslan bersama isteri dan anak-anak dari Kota Sarang Semut, Alor Setar. Beliau sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menambahkan ilmu mengenai lintah. Beliau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai si penghisap darah ini.

Saudara Roslan memaklumkan bahawa beliau merupakan peserta kumpulan pertama yang mengikuti kursus penternakan lintah dengan ASAS. Masa itu katanya bayaran yang dikenakan cuma RM550.00. Sekarang bayaran sudah meningkat berkali ganda, RM1500.00!!!!!! mahalnya. Kalau mampu sekalipun rasanya cheq tak mungkin menyertainya. Saudara Roslan memaklumkan beliau telah menjalankan ternakan lintah selama 4 bulan, namun masih tidak nampak sebarang hasil. Tak banyak yang dapat dipelajari semasa mengikuti kursus, mengikut kata Saudara Roslan. Ramai rakan-rakan beliau yang gagal dalam proses membiakkan anak lintah. Setelah selesai sessi bersoaljawab barulah aku dapat mengenalpasti di mana kesilapan yang berlaku.

Aku memberikan beberapa panduan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya proses ternakan dapat berjalan dengan lancar. Mereka juga sungguh bertuah kerana dapat melihat telor lintah dan anak-anak lintah yang masih baru menetas. Harap-harap selepas ini usaha mereka akan beroleh kejayaan. Petang itu saudara Roslan berangkat pulang dengan wajah yang lebih ceria dan dengan harapan serta semangat baru.

Kesempatan pada petang tadi juga aku gunakan untuk beramah mesra dengan 'baby' kesayangan ku. Tak lama lagi depa akan dapat rumah baru. Aku akan pindahkan lintah yang aku ternak dalam kolam konkrit (orang Kedah kata kolam kok) ke dalam kolam yang telah siap tu. Baiklah jumpa lagi esok....

Tiada ulasan:

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.