Keliru! Celaru! Haru-biru!
Salam buat semua pengunjung WAR. Kekeliruan mengakibatkan suasana bercelaru dan timbulnya keadaan yang haru-biru. Rupanya masih ramai lagi yang keliru dengan industri ternakan lintah ini. Keadaan ini berlaku disebabkan kepelbagaian ilmu pengetahuan yang disebarkan oleh pakar2 penganjur kursus. Ini ditambah lagi dengan golongan yang baru terlibat sebulan-dua tapi mengaku diri dah cukup hebat.
Keadaan ini mengakibatkan timbulnya salah faham tentang industri ternakan lintah ini. Tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab ini mengakibatkan masyarakat mula memandang serong terhadap industri ini. Janji-janji palsu dan ajaran-ajaran songsang yang ditabur serta disebarkan telah mula menular dan merosakkan industri yang berpotensi besar ini.
Mereka yang masih baru dan berminat untuk melibatkan diri telah disogokkan dengan cerita-cerita indah yang tidak benar sama sekali. Mana mungkin menternak lintah dalam 3 bulan boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan hingga mencecah RM5k sebulan. Itu janji SKIM CEPAT KAYA. Melabur sejumlah RM5k dijanjikan habuan berjumlah RM30k selepas 6 bulan. Jika benar sedemikian banyaklah penternak lintah yang bakal menjadi JUTAWAN dengan sekelip mata. Kepada bakal penternak, jumpalah dan dapatkan pandangan dari penternak yang telah lama terlibat dalam industri ini. Dapatkan gambaran sebenar, bukannya cerita dongeng dari sebahagian besar pakar penganjur kursus yang hanya mementingkan keuntungan dari penganjuran kursus semata-mata.
Sebelum berundur sekali lagi aku ingin ingatkan berwaspada dengan skim pelaburan kolam/ladang ternakan lintah. Beringat sebelum terperangkap.. Usahakan dengan skala yang kecil dahulu. Fahami dan kenali dahulu makhluk yg istimewa ini. Yang penting buat dan jangan hanya tunggu dan melihat. Jumpa lagi.. Wassalam.
IKLAN
Rabu, 2 Julai 2008
Masih Keliru Dengan Industri Lintah
Posted by ajet66@det at 1:42 PG
Labels: industri lintah, kolam lintah, kursus lintah, ternak lintah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan