INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Ahad, 27 Julai 2008

Peluang Perladangan Kontrak

Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung blog Warisan AR. Lama juga menyepi membuatkan tangan dan minda ini agak 'kaku' sedikit untuk melakar coretan di sini. Walau pun begitu ianya tidaklah membuatkan tangan dan minda ku beku. Rupanya minat terhadap industri ternakan lintah masih belum reda lagi. Gelombangnya masih lagi hebat. Kelmarin 13 peminat dan hari ini 14 peminat menghadirkan diri ke lokasi kolam latihan Warisan AR. Pengunjung paling jauh Saudara Muhammad Wafi dari Tronoh, Perak dan Saudara Harjar Mydin dan Ishak dari Arau, Perlis. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan menimba ilmu dengan Warisan AR.

Soalan panas yg sering ditanya adalah berkenaan pemasaran. Kemana dan kepada siapa lintah hendak dijual bila usaha dah berhasil nanti? Inilah soalan cepumas yang 'wajib' ditanya oleh pengunjung. Sebenarlah soal pasaran bukanlah sesuatu yang perlu difikirkan sangat oleh mereka yang ingin melibatkan diri dalam bidang ternakan lintah ini. Banyak pihak yang sedia menerima dan berurusan dengan penternak dalam berbagai bentuk kerjasama. Salah satunya dengan mengadakan perjanjian jaminan belian melalui perladangan kontrak.

Peserta perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam bidang akuakultur kerana berpotensi untuk dijalankan secara besar-besaran.

Pendekatan yang diambil oleh AgroHUB dengan menawarkan tujuh peluang perladangan kontrak dan kontrak jaminan belian semula melalui seminar di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 2 dan 3 Ogos ini, menampakkan petanda baik dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melonjakkan sektor pertanian dan makanan negara.

AgroHUB yang merupakan projek Kumpulan Perintis Niaga bagi tahun 2008-2010 menjadikan slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ sebagai matlamat dan sasaran yang perlu dicapai dalam usaha memperkasakan sektor pertanian negara.

Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor ketiga terbesar negara mampu direalisasikan sekiranya semua pihak bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengatur langkah strategik dengan menawarkan lebih banyak perladangan kontrak yang dapat menyelesaikan masalah pasaran yang dihadapi oleh kebanyakan usahawan tani dan mempertingkatkan hasil pertanian dan makanan negara.

Menurut Ketua Pengarah Seminar, Norzana Rafie, dengan meletakkan sasaran ‘Pertanian Adalah Masa Depan’, projek AgroHUB 2008-2010 dilihat mampu membantu orang ramai memantapkan ekonomi mereka serta mengurangkan kadar inflasi negara dengan jumlah pendapatan per kapita negara dapat ditingkatkan.

Tambah beliau lagi, melalui projek yang direncanakan, jumlah pendapatan masyarakat dapat dipertingkatkan pada tahap yang rasional seiring dengan peningkatan kos sara diri penduduk di negara kita.

Orang ramai yang berminat untuk mengusaha dan memulakan projek ikan ketutu, ikan keli, cendawan, lintah, lembu, kambing dan cacing dinasihatkan menyertai seminar tersebut.

Pemilihan industri-industri tersebut adalah berdasarkan potensi, kadar pulangan dan berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil-hasil pertanian tersebut.

Turut menyertai seminar pada kali ini adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang kini membuka lebih banyak perladangan kontrak kepada masyarakat dan menggunakan konsep yang lebih menguntungkan pengusaha yang berada di bawah rangkaian mereka.

Peserta-peserta seminar pada kali ini berpeluang mendapat penerangan berkenaan teknik mengusahakan projek yang ditawarkan.

Ini termasuk keluasan tanah yang diperlukan, cara memulakan projek, modal yang diperlukan, pelan induk perniagaan, perangkaan keuntungan dan bentuk kerjasama yang ditawarkan oleh syarikat kepada peserta projek.

Asasnya, dua bentuk kerjasama yang ditawarkan sama ada melalui perladangan kontrak dan jaminan belian semula yang kedua-duanya meletakkan peserta projek terikat untuk menjual hasil ternakan dan pertanian kepada syarikat tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.

Ironinya, kebimbangan pengusaha terhadap lambakan hasil pertanian tidak lagi berlaku dan peserta projek dapat membuat anggaran keuntungan dan pendapatan dengan lebih tepat.

Peserta-peserta yang memasuki projek tersebut akan dibiayai oleh Tekun Nasional bagi membantu mereka menjayakan projek tersebut.

Bagi mereka yang berminat dan belum mendaftar, sila berhubung dengan urus setia seminar di talian 03-6187 3796 atau 019-3310985.

Tiada ulasan:

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.