INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Ahad, 29 Jun 2008

Lintah TEKUN

Berita Harian, 18 Jun 2008

KOTA TINGGI: Daerah ini, menjadi daerah pertama di seluruh negara yang dipilih Yayasan Tekun Nasional (Tekun) untuk melaksanakan projek ternakan lintah secara berkelompok dengan pesertanya mendapat pinjaman daripada yayasan berkenaan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata buat permulaan, 58 peserta dipilih menjadi perintis untuk projek lintah berkenaan dengan mendapat pinjaman berjumlah RM7,000 daripada Tekun.

“Saya amat berbangga kerana daerah ini, yang pertama dipilih Tekun untuk melaksanakan projek ternakan lintah kerana ia ternyata dapat meningkatkan pendapatan golongan nelayan dan pekebun serta masyarakat luar bandar,” katanya di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan cek pinjaman Tekun kepada 58 peserta berkenaan di Sedili Kecil, dekat sini.

Syed Hamid berkata, permintaan terhadap lintah dalam bidang kosmetik serta perubatan kini semakin meningkat dan ia perlu direbut masyarakat luar bandar kerana penternakan lintah tidak memerlukan kos yang besar selain mudah.

Katanya, penternakan lintah juga boleh dilakukan sebagai aktiviti ekonomi sampingan dan ia membolehkan nelayan serta pekebun meneruskan kegiatan seharian mereka pergi ke laut atau kebun.

“Berdasarkan maklumat yang saya fahami, peserta yang menyertai program ternakan lintah melalui Tekun ini, tidak perlu membayar pinjaman berkenaan sehingga bulan kelapan iaitu ketika lintah dijual kepada pembeli.

“Selain itu, pembekal lintah ini juga akan membekalkan induk lintah serta makanannya selain menyediakan khidmat nasihat setiap bulan bagi memastikan pulangan kepada setiap peserta,” katanya.

Syed Hamid berkata, melalui projek berkenaan, setiap peserta akan mendapat lima tong yang berisi kira-kira 200 ekor lintah sebelum ia mencapai tempoh matang pada bulan kelapan bagi membolehkannya dipasarkan.

Beliau juga berharap Tekun dapat menyediakan pinjaman sama kepada belia kerana penternakan berkenaan amat mudah serta tidak memerlukan penjagaan rapi seperti penternakan lain.

Tiada ulasan:

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.