INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Isnin, 23 Jun 2008

Industri Lintah Kembali Meriah

Salam buat semua. Agak lama juga aku tidak menulis sebarang perkembangan. Jadual yg agak padat membataskan ruang masa. Aku cuba juga mengambil sedikit ruang yg ada untuk berkongsi serba sedikit kisah yang berlaku.

Kebelakangan ini "selepas kenaikan harga minyak", minat orang ramai terhadap industri lintah ini kembali "meriah" semula. Almaklumlah untuk menampung "tambahan" 41% tu bukannya sesuatu yang mudah. Kelmarin sahaja kolam ternakan aku dikunjungi lebihkurang 20 orang dari sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Kebanyakannya apabila di tanya menyatakan faktor kenaikan harga minyak dan kos sara hidup merupakan penyebab kepada minat mereka terhadap industri penternakan lintah. Untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan seharian yang semakin membebankan.

Industri ternakan lintah ini bukannya semudah yang disangkakan. Memang tugas mengawalselia lintah tidak sesukar mana, namun ada berbagai faktor lain yang perlu ditempuhi dengan penuh berliku. Kepada pengunjung dan mereka yang berminat, aku tidak pernah membayangkan sesuatu yang begitu indah dalam industri ini.

Industri ternakan lintah bagi aku adalah suatu industri yang mempunyai potensi untuk diceburi secara komersial. Namun ianya memerlukan usaha dan kajian yang lebih mendalam untuk kemajuan di masa hadapan. Kita perlu mencari kaedah biak baka yang terbaik sekiranya inginkan industri ini memberikan pulangan yang lumayan. Jika tidak ianya hanya menjanjikan mimpi-mimpi indah semata-mata.

Sesuatu perlu dilakukan demi menjayakan industri ternakan lintah ini. Kita semua mestilah mengembeling tenaga dan usaha kearah memajukan industri ini. BUkannya sekadar mengambil peluang membuat keuntungan dalam masa yang singkat. Bukan sekadar menjual induk dan benih. Bukan sekadar menjual makanan lintah. Bukan sekadar menganjur kursus. Bukan sekadar menjual e-book. Tapi yang paling penting sekali bagaimana menghasilkan benih lintah!!!!! Jumpa lagi...............Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.