INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Rabu, 2 April 2008

Harga Induk

Salam buat pengunjung Warisan AR. Semenjak dua menjak ni aku dapati harga induk lintah semakin menurun di pasaran. Sudah ada pihak yang menawarkan harga serendah RM1.40 seekor. Malahan ada juga kedengaran individu yg sanggup tawarkan harga paling rendah RM1.00. Jika dilihat sepintas lalu, ini merupakan perkembangan yg amat baik bagi industri ternakan lintah. Setidak-tidaknya penternak baru tidaklah dibebankan dgn harga induk yang yang tinggi. Syukur Alhamdulillah.

Namun begitu agak mendukacitakan jika perkara lain yang berlaku. Memang harga induk yg ditawarkan itu rendah,tetapi apa gunanya jika induk yg dibekalkan tidak dpt menyumbangkan hasil! Begini kisahnya. Aku paparkan di sini untuk renungan kita bersama.

Baru-baru ini salah seorang anak didik aku, saudara Man dari Kepala Batas, telah ditawarkan induk dgn harga RM1.40 seekor. Beliaupun berangkat ke Terengganu utk mendapatkan stok untuk kolam ternakan beliau. Beliau memerlukan 3,000 ekor induk untuk diisi ke dalam 6 buah kolam ternakan tersebut. Aku telah memberikan sedikit panduan sebagai panduan utk proses jual beli di sana nanti.

Beliau telah menghubungi aku sebaik tiba di Kuala Terengganu bertanyakan jika aku memerlukan bekalan induk. Trima kasih aku ucapkan namun aku tidak memerlukan bekalan buat masa itu. Aku tanya berkenaan saiz induk tersebut. Beliau nyatakan sebesar jari kelingking saiz induk tersebut. Aku katakan kalau saiz sebegitu sedang elok untuk dijadikan induk.

Sebaik kembali ke Utara, mereka telah mengunjungi aku dan membawa bersama contoh induk yg dibeli dari Terengganu. MasyaAllah, menyucap panjang aku bila melihat saiz induk yang dibawa mereka. Rata-rata saiz induk tersebut sebesar ibu jari kaki orang dewasa, bukannya sebesar jari kelingking yang diberitahu terdahulu. Aku tanya kenapa beli saiz yang sedemikian besar. Rupanya beliau salah faham bagaimana nak mengukur saiz lintah. Beliau mengambil kira saiz semasa lintah bergerak. Aku maklumkan saiz yg sedemikian, besar kemungkinan induk tersebut tidak akan produktif lagi. Aku terpaksa nyatakan perkara tersebut walaupun aku tahu mereka pasti kecewa.

Kecewa betul aku dengan sikap manusia sebegini. Kenapalah ada insan yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain. Sanggup mereka menipu untuk mengejar kemewahan duniawi tanpa memikirkan dosa dan pahala. Oleh itu aku harap tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa dengan spesis seperti ini. Apa gunanya harga yang murah tetapi tidak dapat memberikan sumbangan kepada usaha kita. Renungkanlah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Saya betul2 tertarik untuk menjadi usahawan/ penternak lintah setelah membaca tajuk : Harga Induk. Masalahnya, knowledge saya dlm bidang ini zero.
Lagi pula, saya tinggal di bandar.
Boleh bagi pandangan/ nasihat berkenaan dengan bidang ni kepada saya?
Email saya di kamarudin.ab@smy.necel.com
TQ

ajet66@det berkata...

Waalaikumsalam Saudara Kamarudin. Bidang ini sesuai dijalankan di mana sahaja. Yang penting bagaimana kita menyesuaikan mengikut keadaan.

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.