INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Rabu, 9 April 2008

Belut Makanan Lintah?


Salam pertemuan buat pengunjung Warisan AR. Kali ini aku ingin mengajak anda untuk merenung sejenak dan membincangkan perihal 'belut'. Kenapa? Mengapa? Apahal pulak? Apa yang dah berlaku? Sebenarnya, aku sendiripun tak pasti. Mari kita berfikir sejenak.

Siapa yang mengatakan belut merupakan sumber makanan kepada lintah? Betulkah hanya belut makanan lintah? Di tempat asal lintah, belutkah makanan utama lintah? Cuba kita fikirkan.

Inilah persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiranku setiap kali aku menyajikan belut sebagai santapan 'istimewa' kepada lintah peliharaan aku. Berapa banyak darah yang ada pada belut untuk membolehkan lintah ternakan aku kenyang dan membesar. Dengan jumlah lintah yang ribu-raban dalam kolam ternakan aku ni berapa ekor belut yang mesti aku korbankan? Berapa banyak pula belanja yang mesti aku keluarkan untuk membesarkan lintah ternakan aku?

Inilah persoalan yang membelenggu fikiran aku sejak memulakan usaha penternakan lintah. Jawapan yang sering berlegar dalam ruang pemikiranku selalunya menidakkannya. Tidak mungkin belut yang menjadi sumber makanan utama kepada lintah. Lintah memang suka kepada darah. Itu yang pasti. Lintah akan menghisap darah dari sebarang benda hidup yang mempunyai darah. Tidak kiralah lembu, kerbau, belut, ikan ataupun manusia sendiri. Jika berpeluang pasti tidak akan dilepaskannya. Alah...macam lintah darat tu....

Oleh itu pasti ada sumber lain yang menjadi makanan utama sang lintah ni. Pikir-pikirkanlah...

Tiada ulasan:

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.