INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Selasa, 22 April 2008

Tanam Strawberi - Bukan Mustahil

Salam buat pengunjung Warisan AR. STRAWBERI. Apa hal pulak ni? Blog lintah dah jadi blog strawberi pula... Nanti dulu, jangan salah sangka. Aku cuma ingin berkongsi kejayaan seorang petani yg berani meneroka sesuatu yang baru. Jika selama ini kita tahu strawberi hanya di tanam di Cameron Highland, kini tidak lagi. Seorang usahawan tani di Kedah telah berjaya menanam strawberi di Gunung Jerai. Siapa sangka seorang usahawan bumiputera menjadi perintis tanaman ini di negeri Kedah.


Ini menunjukkan sesuatu perkara tidak mustahil dilakukan jika dilaksanakan dengan kesungguhan yang tinggi. Jangan kita asyik menunggu dan melihat sahaja usaha yang dilakukan oleh orang lain. Mulakan mengorak langkah meneroka dunia baru yang mungkin akan merubah corak kehidupan kita. Usah menjadi pengkritik yang aktif mengkritik usaha yang dilakukan oleh rakan atau saudara kita. Sedangkan kita sendiri tidak pernah berusaha untuk melakukan perubahan dalam hidup.

Khairiyanti Zakaria (kanan) bersama rakan-rakan mempromosikan tanamam strawberi yang menggunakan kaedah fertigasi di kawasan pergunungan Gunung Jerai Gurun, Kedah, semalam.

JERAI 21 April - Jika selama ini strawberi sering dikaitkan dengan Cameron Highlands, namun tidak mustahil dalam tempoh terdekat ini, buah tersebut pula bakal menjadi tarikan baru di kawasan peranginan Gunung Jerai.

Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di negeri ini, bakal menjadi tumpuan pelancong apabila 1,500 anak pokok strawberi dari baka ‘Chandler’ Amerika Syarikat dan ‘Cama Rosa’ dari Belanda mula disemai di kawasan tanah tinggi tersebut.

Pembantu Pertanian, Jabatan Pertanian Kuala Muda, Zainol Hashim berkata, setelah menjalani kursus tanaman strawberi di Jepun pada awal tahun 1990-an, dia mula memikirkan mengenai prospek tanaman itu di negeri ini.

“Sia-sia jika ilmu yang saya peroleh tidak digunakan sebaik mungkin. Akhirnya setelah puas mencuba, projek tanaman strawberi di Gunung Jerai ini menjadi kenyataan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.

“Projek yang dimulakan pada 27 Januari 2008 bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke sini,” katanya ketika ditemui di Gunung Jerai di sini hari ini.

Zainol yang juga penasihat bagi projek Taman Strawberi Gunung Jerai memberitahu, strawberi yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi adalah paling mudah dan hasilnya boleh dituai dalam tempoh 70 hari.

“Kami menjangkakan hasil pertama akan dapat dituai pada awal Julai ini, dan projek ini adalah langkah awal Jabatan Pertanian dalam memajukan industri pertanian negara ini.

“Dengan suhu dan kawasan persekitaran yang sesuai untuk strawberi, kami yakin hasil yang bakal diperoleh tidak lama lagi setanding dengan strawberi yang dihasilkan di kawasan tanah tinggi yang lain,” katanya.

Bagi pengusaha tanaman strawberi Gunung Jerai pula, Zulkifli Muhyiddin, dia yakin tanaman strawberi di puncak Gunung Jerai bakal memberi nafas baru kepada industri agro-pelancongan di negeri ini.

Menurut Zulkifli, beliau mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman strawberi kerana menyedari, tanaman tersebut mampu memberi keuntungan yang tinggi kepada pengusahanya.

“Apabila hasil dapat dituai, saya mencadangkan pengunjung sendiri dapat merasai keseronokan memetik sendiri buah strawberi.

“Saya pasti tanaman strawberi ini dapat menjadikan Gunung Jerai popular seperti Cameron Highlands,” katanya.

**Petikan dari blog Teratak Maya Tempatku Lepak

Tiada ulasan:

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.