Kebelakangan ini banyak panggilan yang aku terima bertanyakan mengenai potensi ternakan lintah ini. Ada yang yang baru, akan, sedang dan telah menjalankan perusahaan ternakan lintah. Ada yang bersemangat, telah kurang semangat dan ada juga yang semangatnya hampir hilang. Terlalu banyak dugaan dan rintangan rupanya yang terpaksa ditempuh dalam industri ternakan lintah ini. Cuma mereka yang begitu tegar dengan semangat usahawan dan bermotivasi tinggi sahaja yang dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan ini.
Bagi mredakan dan meringankan sedikit beban fikiran dan perasaan semua aku ingin berkongsi tips bagaimana nak maintain motivasi, passion, keseronokan dan ke'hepi'an. Sebab, kadangkala kita bersemangat dan kadangkala kita down sekejap, pastu payah betul nak bersemangat balik.
Cemana nak maintain supaya motivasi tu sentiasa ada? Ni caranya :
1. Ucapkan kata-kata positif, supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Kalau boleh, beri semangat pada diri sendiri setiap pagi, setiap hari, setiap saat Anda bernafas.
2. Baca artikel-artikel motivasi pendek yang meransang booster semangat, supaya ia menjadikan gelombang minda Anda bertukar menjadi lebih positif.
Paling best, dengar ceramah motivasi pendek guna mp3 player, mp4 player, handphone atau walkman. Di waktu pagi, banyak gelombang negatif yang bersimpang siur dari orang sekeliling.
Trafik jem, berita keganasan dan cerita-cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.
3. Saat Anda sedar yang Anda mula berfikiran negatif, bersangka buruk atau tiba-tiba memaki hamun sebab Anda tak puas hati, latih diri untuk ucap istighfar.
Sebab apa? Istighfar dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati. Perkataan yang kita baca, lihat dan dengar menerbitkan getaran energi minda yang berbeza.
Bila perkataan negatif, energi yang terbit menjadi negatif.
Then, ia mempengaruhi emosi kita supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi menurun, kita tak bersemangat, lemah longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih teruk lagi, kita kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.
Hanya ada satu jenis gelombang yang menguasai minda, sama ada positif atau negatif. Perkataan yang kita baca, ucap dan dengar mempengaruhi gelombang-gelombang minda ni.
Jadi, untuk memastikan diri Anda sentiasa bersemangat dan sentiasa bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan-perkataan yang positif dan yang baik-baik saja, sedekat yang mungkin, sekerap yang mungkin.
Supaya, energi yang terbit adalah positif dan kesannya, Anda bersemangat sepanjang hari, 7 hari seminggu. Moga perjalanan usaha dan industri ternakan ini akan memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidu kita. Jumpa lagi.
IKLAN
Rabu, 12 Mac 2008
Semangat Penternak Lintah
Posted by ajet66@det at 12:31 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
terima kasih abg det ..
semoga semangat kita xkan luntur walaupun sunami PR12 telah abih...
kadang2 memang rasa letih macam nak berhenti..
semoga ha meniupkan iman da semangat kat kita sepanjang masa..dan rakan2 seperjuangna ku jua
Terima kasih kembali saudara Mohd Razali.
Bukan mudah untuk mencapai kejayaan. Berbagai cubaan dan dugaan yang perlu ditempuhi dengan penuh cekal.
Catat Ulasan