Perkhabaran yang agak mengembirakan sampai ke telinga aku. Ada individu yang sudi membekalkan induk dan benih lintah dalam masa yang terdekat. Mungkin dalam sehari dua lagi beliau akan menghubungi aku semula. Semoga masalah yang membelenggu aku selama ini akan dapat diatasi. Rakan-rakan yang telah menyiapkan kolam ternakan dapatlah dibekalkan dengan keperluan benih dan induk lintah.
Begitu sukar sekali rupanya usaha pencarian benih dan induk lintah ini. Dari Kedah aku ke Pahang dan kini kembali semula usaha pencarian di Kedah. Bagi mereka yang pernah turun ke paya untuk mencari lintah sahaja yang faham maksud kesukaran itu. Kerjanya bukannya mudah seperti yang digambarkan. Banyak risiko yang perlu ditempuhi. Ancaman dari haiwan berbisa, betis yang terpaksa dikorbankan sebagai umpan dan berbagai lagi ujian dan dugaan yang terlalu banyak untuk aku coretkan di sini.
Hari Isnin yang lepas aku ke Kodiang, Kedah menghantar bekalan induk lintah untuk Kak Ani. Hebat juga usaha yang dijalankan oleh mereka. Tanpa jaminan pemasaran tapi mereka berani mengambil risiko kerana yakin dengan industri ini. Inilah semangat yang perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin berjaya. Kak Ani dan suaminya setakat ini telah mendapatkan 2,000 induk lintah dari kami. Sebelum aku bertolak balik, beliau menempah 2,000 induk lagi untuk kolam baru yang dijangka siap dalam masa 2 minggu lagi.
Namun terus terang aku nyatakan bekalan benih dan induk lintah amat sukar diperolehi buat masa sekarang. Aku tidak lagi berani berjanji kepada sesiapa kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali. Setakat ini terlalu banyak senarai individu yang menanti untuk mendapatkan bekalan benih dan induk lintah. Semoga khabar gembira akan aku terima dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah. Jumpa lagi...
IKLAN
Khamis, 6 Mac 2008
Cahaya Mula Bersinar
Posted by ajet66@det at 12:38 PG
Labels: induk lintah., penternak lintah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan