Salam sejahtera dan bertemu kembali.......
Lama sungguh rasanya aku tak mencoretkan sebarang perkembangan. Hampir 2 bulan rasanya..lama tu.....
Kenapa agaknya? Dah give-up ke???? Mungkin ada yg bertanya. Ceritanya begini.....
Sambungan internet (streamyx) mengalami gangguan mulai 18hb Oktober 2008. Selepas lapuran dibuat, pihak technical support TM tidak dpt mengenalpasti masalah yang berlaku. Mereka berjanji akan menghantar teknikal team utk mengenalpasti apa yang berlaku. Setelah sebulan menanti, muka teknikal team tak juga muncul dan 3 lapuran baru telah aku buat. Akhirnya pada 8hb Nov 2008, pihak TM telah menghantar teknikal team utk ganti modem dgn yg baru. Alhamdulillah akhirnya sambungan streamyx kembali pulih.
Ni ha dia modem baru tu....
Terima kasih TM.... depa ganti semuanya baru
Ya.. sambungan internet dah ok tapi masa pula amat mencemburui aku untuk mengadap PC. Banyak sgt aktiviti yg perlu utk dikendalikan. Kursus dan persiapan untuk majlis kenduri kahwin adik (2 sekaligus) pada 29 hb Nov 2008 membuatkan aku tak menang tangan. Maklumlah aku anak sulong, banyak yang aku kena uruskan. Mana lagi dengan "projek terbaru"...
Jumpa lagi nanti dengan cerita terbaru...
IKLAN
Selasa, 9 Disember 2008
CERITA LINTAH LAGI
Posted by ajet66@det at 11:53 PG 0 pandangan ikhlas
Labels: hala tuju industri lintah, industri lintah, penternak lintah, perkembangan lintah
Ahad, 12 Oktober 2008
Cerita Lintah Dan Hermapro
Bertemu kembali kita diruang yang begitu 'lebar' dan tiada batasannya ini. Sejak kebelakangan ini aku sering menerima panggilan dari pihak tertentu yang memerlukan bekalan lintah dengan kuantiti yang AMAT BESAR. Jumlah yang diperlukan bukan lagi berkilo-kilo tetapi bertan-tan untuk pembekalan setiap bulan. Minat terhadap penternakan lintah juga makin berkembang dengan begitu pesat sekali. Jika dahulu aku hanya menerima pengunjung dari golongan kaum Bumiputera sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini, minat yang ditunjukkan oleh golongan bukan bumiputera juga semakin bertambah.
Minggu ini sahaja aku menerima kunjungan 20 orang berbangsa India dan Cina yang sanggup datang dari Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Mungkin minat ataupun keyakinan diri terhadap masa depan industri ini mendorong mereka untuk datang ke tempat aku demi mendalami ilmu dalam bidang ini. Kebanyakkan mereka begitu berminat dengan konsep dan teknik yang aku gunakan. Aku bukannya mengatakan teknik yang aku gunakan adalah yang terbaik. Mungkin ada pihak lain yang telah mencapai hasil yang lebih baik dari aku. Namun setakat ini, Alhamdulillah usaha yang aku jalankan selama ini telah membuahkan hasil.
Keaadaan ini menambahkan lagi keyakinan aku terhadap hala tuju dan masa depan industri ternakan lintah. Usaha R&D yang telah aku jalankan selama ini akan aku pertingkatkan lagi. Walaupun aku bukannya datang dari latarbelakang ahli sains namun aku tidak pernah jemu belajar demi menambahkan ilmu. Sudah menjadi 'perangai' aku sejak dari kecil suka memerhati dan mengkaji apa sahaja yang terlibat dengan aku, secara langsung atau tidak. Aku tidak akan melakukan sesuatu tanpa mendalami@mengenali apa yang ingin aku laku atau usahakan.
Sejak sebulan yang lepas aku sedang usahakan membuat penyelidikan berkenaan teknik dan tabiat pemakanan lintah. Aku berharap dapat mencari kaedah yang lebih baik dari segi kaedah penyediaan sumber makanan. Penggunaan belut atau keli secara 'hidup' telah memberikan banyak masalah kepada penternak lintah. Mungkin ada penternak yang belum sedar anakbenih lintah yang baru menetas akan melekatkan diri di badan belut dan keli tersebut. Malahan ada juga yang masuk kedalam badan belut dan keli melalui mulut dan ruang terbuka yang sedia ada.
Kolam baru yang aku bina untuk tujuan ini telah hampir siap untuk menerima kemasukkan induk baru. Insyaallah jika tiada aral dalam 2 atau 3 hari lagi, aku akan masukkan induk dan benih ke dalam 3 kolam baru tersebut.
Proses penyediaan kolam peringkat pertama.
Proses penyediaan peringkat ke dua
Peringkat Ke tiga
Kolam sedia menerima kemasukkan induk.
Aku berdoa semoga kajian yang akan aku jalankan ini membuahkan hasil yang positif. Insyaallah. Mengenai perkembangan 'HERMARPO' yang telah aku gunakan semenjak dari 25 Ogos yang lepas nampaknya belum menunjukkan sebarang perkembangan yang lain dari biasa. Ya lah.... aku semestinya mengharapkan hasil yang terbaik dari penggunaan 'serum' yang agak mahal juga harganya (RM120.00 utk 20ml) ini. Setakat ini belum nampak lagi sebarang "keajaiban" yang berlaku. Yang pastinya induk yang aku gunakan tempoh hari nampaknya begitu "pendiam" sekali. Ada yang menyorok dalam tanah dan sukar untuk dilihat. Mungkin prosesnya berlaku dalam tanah.... siapa tahu... Jika begitu aku terpaksa menanti lagi sebulan untuk melihat "keajaiban" yang akan dipertontonkan oleh serum 'HERMAPRO'.
Induk lintah yang menggunakan hermapro masih bertapa dalam tanah. Anak lintah masih belum kelihatan.
Berdasarkan dari keadaan semasa nampaknya aku terpaksa menunggu sebulan lagi untuk melihat hasil dari penggunaan HERMAPRO. Ialah proses penetasan pun makan masa 2 minggu, benih yang menetas pula akan melalui 2 peringkat pembesaran sebelum boleh berenang. Proses ini akan mengambil masa 2.5 bulan. Jika HERMAPRO sehebat yang diperkatakan sudah pasti aku dapat melihat paling sedikitpun 20 ribu anakbenih hasil dari 2,000 induk yang aku gunakan. Itupun untuk skala yang paling minima yang aku boleh bayangkan (1 induk = 10 anakbenih). Jika berjaya, dilema yang membelenggu aku selama ini akan terungkai. Pasti aku tidak akan teragak-agak lagi untuk menandatangani kontrak dengan mana-mana pihak yang inginkan bekalan lintah bertan-tan sebulan. Bersama-samalah kita tunggu dengan penuh kesabaran dan pengharapan. Amin.
Jumpa lagi. Tak cuba tak tahu... Adakah Jauhari seperti yang Manikam kenali.
Posted by ajet66@det at 5:52 PTG 0 pandangan ikhlas
Labels: hala tuju industri lintah, hermarpo
Rabu, 8 Oktober 2008
Masih Lagi Terasa Kemeriahan
Salam Aidilfitri buat semua. Kemeriahan hari raya masih lagi terasa. Kunjungan sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini masih berjalan. Pengunjung yang datang ke kolam latihan@R&D kami tidak putus-putus. Rupanya masih ramai lagi yang berminat dan ingin mendalami ilmu berkenaan ternakan lintah.
Sejak aku pulang dari Jengka 16, setiap hari aku menerima tetamu yang ingin belajar dan ada juga yang ingin menjalinkan kerjasama dalam usaha mengembangkan lagi industri ini. CIKOPET juga mendapat sambutan yang begitu hebat sekali. Mungkin disebabkan keberkesanannya yang telah terbukti memberikan impak yang begitu positif sekali terhadap lintah.
Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan usaha ini, silalah ke lokasi kolam latihan aku di Kuala Ketil, Kedah pada setiap hari Ahad bermula jam 9.30 pagi. Taklimat secara "site consultation" akan diberikan secara PERCUMA. Cuma aku harap sesiapa yang datang sila bawa makanan&minuman sendiri..... he..he..he.. "tak kan nak free semua bro...."
Makluman kepada penduduk JENGKA & kawasan yang sewaktu dengannya, sila hubungi saudara JIMY di talian 017-9034217 jika anda berminat untuk menjalankan usaha ternakan lintah.
Posted by ajet66@det at 8:14 PTG 0 pandangan ikhlas
Labels: hala tuju industri lintah, tawaran makanan lintah, ternak lintah, tetamu kolam lintah, usahawan lintah
Jumaat, 3 Oktober 2008
SALAM AIDILFITRI
Salam dan selamat sejahtera pada semua pengunjung Warisan AR. Kami mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Tahun ini aku menyambut aidilfitri di Negeri Pahang Darulmakmur. Rasanya dah 6 tahun aku tak menyambutnya di sini. Felda Jengka 16 tempat mertuaku mencari rezeki. Perbezaan yang amat ketara sekali suasana di sini selepas 6 tahun. Banyak sungguh perubahan yang berlaku. Aku dan keluarga akan pulang ke Kedah hari ini. Jumpa lagi selepas raya ke 6 nanti. Insyaallah.
Posted by ajet66@det at 11:19 PG 0 pandangan ikhlas
Labels: lebaran, lintah beraya
Selasa, 16 September 2008
Lintah Dan Hari Lebaran.
Salam buat semua pengunjung dan selamat berpuasa buat yang beragama Islam. Sedar atau tidak Hari Raya cuma tinggal 2 minggu saja lagi. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam untuk balik beraya di kampung tentu dah gelabah kalau belum dapat tiket lagi. * lintah tak kisah pun....
Kalau sebelum ni anda tak berjaya dapatkan tiket, mungkin kerana dah dikebas dulu oleh ulat tiket cubalah check tengok mana tau syarikat pengangkutan ada sediakan tiket tambahan. Tak perlu bersusah payah dan berebut-rebut kerana ada sebahagian tiket yang boleh dibeli secara online.
Kini bukan tiket kapalterbang saja boleh dibeli secara online, bas dan keretapi pun boleh.
Berikut adalah beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut:
Nampaknya kita dah maju setapak lagi dalam melakukan aktiviti pembelian secara online. Masyarakat kita semakin membiasakan diri dan ini adalah perkembangan yang baik bagi usahawan-usahawan internet tempatan.
Baiklah, kita tinggalkan dulu cerita tiket bas. Pastikan bila nak balik kampung tu, 'kebajikan' lintah peliharaan anda tidak diabaikan. Keselamatan lintah peliharaan anda amatlah penting. Minta tolong orang yang boleh dipercayai utk mengawasi kolam ternakan anda. Sudah banyak kejadian kolam lintah dicerobohi sejak kebelakangan ini. Ramai rakan-rakan kita telah mengalami kerugian yang agak besar. Oleh itu disamping kita gembira bersama handai taulan, jangan pula kita ditimpa musibah. Jumpa lagi.Posted by ajet66@det at 7:09 PTG 0 pandangan ikhlas
Labels: keselamatan lintah, lintah beraya
Jumaat, 12 September 2008
Hala Tuju Industri Lintah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara sedar atau tidak rasanya hampir sebulan juga aku menyepi. Jangan salah faham. Aku bukannya tidak berminat lagi dengan "industri" ini. Malahan minat dan azam untuk memajukan "industri" ini semakin mendalam dan menebal. Banyak peristiwa dan aktiviti yang berlaku dlm tempuh ini. Masa yang begitu padat membataskan sedikit ruang masa untuk menulis.
Pada 22&23 hb Ogos yg lepas bertempat di JAPAN MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTI), BUKIT MINYAK, PULAU PINANG berlangsungnya BENGKEL PENTERNAKAN LINTAH : ARAH DAN HALA TUJU INDUSTRI TERNAKAN LINTAH yang dianjurkan oleh JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG.
Bengkel selama 2 hari ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 peserta dari seluruh negara yang mana sebahagian besarnya dari sebelah utara. Bengkel ini sedikit-sebanyak telah berjaya menghuraikan beberapa persoalan berkaitan ternakan lintah dan hala tujunya. Seminar yang lebih merupakan gabungan forum@bengkel telah dipengerusikan oleh Tn Pengarah Jabatan Veterinar P. Pinang, Dr. Wan Mohd Kamil. Tahniah dan terima kasih atas usaha yang dijalankan oleh Jabatan Veterinar negeri Pulau Pinang. Semoga pihak berkuasa di negeri lain juga dapat menganjurkan aktiviti yang seumpamanya.
Secara peribadi aku berpendapat selagi sistem@teknik@teknonogi ternakan lintah ini masih ditakuk sekarang, industri ini tidak akan ada hala tujunya. Industri ini memerlukan teknologi terkini atau sekurang-kurangnya bersamaan dengan teknologi perikanan terutamanya dari segi pembiakan. Buat masa sekarang kita cuma mengharapkan pembiakan lintah secara semulajadi. Kaedah yang ada sekarang ini tidak akan memberi impak yang besar dalam industri ini. Kita memerlukan teknologi yang membolehkan penghasilan "stok@volume" lintah yang semaksima mungkin bagi memenuhi permintaan ke tahap global.
Walaupun sudah ada beberapa pihak/individu yang sedang berusaha ke arah itu, namun hasilnya belum mencapai sepertimana yang diharapkan. Namun usaha ini perlu diteruskan dan dipergiatkan lagi. Baru-baru ini kita diperkenalkan dengan serum HERMAPRO.
Produk ini dikatakan dapat membantu para penternak mendapatkan bilangan lintahyangbanyak daripada kadar biasa. Ianya dikatakan dapat merangsang lintah untuk mengawan dan mempercepatkan pengeluaran telur lintah. Disamping itu juga banyak lagi fungsi HERMAPRO ini katanya. Antara yang lainnya:
- Membantu pertumbuhan alga dan plankton di dalam kolam
- Mengurangkan kadar kematian akibat “stress”
- Membantu pertumbuhan lumut di dalam kolam
Cara Penggunaan:
- 20ml HermaPro + 500ml air (atau botol mineral kecil)
- 500 ekor lintah = 5ml HermaPro @ 150ml campuran HermaPro
- 1,000 ekor lintah = 10ml HermaPro @ 250ml campuran HermaPro
- 2,000 ekor lintah = 20ml HermaPro @ 500ml campuran HermaPro
- Dengan produk ini, anda akan lihat lintah mengawan
- Sesuai untuk lintah bersaiz penyedut air (straw) sehingga dewasa
- HermaPro akan merangsang lintah untuk bertelur (2 minggu selepas mengawan)
- Tiada kesan sampingan kepada lintah setelah digunakan
- Sesuai digunakan untuk semua jenis kolam
- Larutan yang sama boleh digunakan berulangkali selama sehari untuk lintah yang berlainan
- Lebih 30 biji telur bagi setiap ekor akan menghasilkan anak lintah yang hidup setelah bertelur
Posted by ajet66@det at 12:38 PTG 0 pandangan ikhlas
Labels: hala tuju industri lintah, industri lintah
Selasa, 19 Ogos 2008
Selamat Tinggal Kegagalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama juga rasanya aku tidak melakarkan sebarang coretan di sini. Masa begitu mencemburui kita untuk bersua. Kesibukan menyebabkan masa yang ada begitu bernilai sekali. Terpaksa berkejar kesana-sini demi mencari rezeki yang halal. Semuanya perlu dilakukan demi mengejar kejayaan.
Antara sedar atau tidak dah hampir setahun aku melibatkan diri dalam bidang ternakan lintah ini. Rupanya ianya bukanlah semudah yang disangkakan. Banyak halangan dan pancaroba yang terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan tidak pernah kenal erti putus asa, sedikit sebanyak hasilnya sudah dapat dikecapi. Yang penting kita perlu sentiasa berusaha dan terus mencari serta menjelajah.
Orang-orang berjaya dan insan cemerlang takkan berhenti belajar walaupun mereka dah mencapai banyak kejayaan. Mereka memilih untuk menjadi luar biasa, jadi semua yang mereka lakukan lebih dari sekadar perbuatan biasa. Mengapa mereka boleh melakukan semua itu? Sebab mereka terus menerus belajar dan menjelajah.
Mereka belajar bukan sekadar dengan membaca, tetapi mereka mengkaji, memerhati, menganalisa dan membuat. Hasilnya, mereka sentiasa jadi yang terbaik dalam apa saja.
Pernahkah Anda jumpa orang sebegini?
Memang ada, cuma hanya sedikit di kalangan kita. Siapa tahu, insan itu mungkin Anda!
Untuk mencapai kejayaan, kita tidak semestinya mencari kaedah baru. Cuba selami dan ikut cara orang yang dah berjaya, sikap mereka, pemikiran mereka dan tindakan mereka.
Belajar dan terus menerus belajar adalah sikap yang paling ketara dalam diri mereka. Jika Anda suka belajar dan tekad belajar seumur hidup, Anda ada peluang BESAR untuk berjaya!
Bidang ternakan lintah memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi untuk berjaya. Seorang yang mudah berputus asa tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga bagi mereka yang menyimpan hasrat untuk menjadi KAYA dengan JALAN MUDAH.
Sentiasalah mengkaji dan menyelidik serta mencari kaedah terbaik dalam memajukan bidang ini demi mencapai kejayaan sebenar. Selamat menternak dan jumpa lagi. Wassalam.Jangan mudah percaya dengan omongan kosong penganjur skim pelaburan lintah yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal.
Posted by ajet66@det at 7:37 PG 1 pandangan ikhlas
Labels: motivasi lintah, penternak lintah
Jumaat, 1 Ogos 2008
Asal-Usul Lintah
Sedar tak sedar dah hampir setahun rupanya aku telah terlibat dalam industri ternakan lintah. Berbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh. Perit juga rasanya terutama pada peringkat 4 bulan yang pertama dulu. Namun begitu apalah sangat keperitan yang aku lalui jika dibandingkan dengan Nabi Ayub a.s. Seorang manusia yang begitu sabar dan taat kepada Allah Ta'ala atas segala ujian dan dugaan yang dijatuhkan keatasnya. Diuji dengan berbagai musibah dan menderita menanggung penyakit kulit yang begitu menyiksakan selama 18 tahun serta tabah menghadapinya adalah sesuatu yang amat hebat sekali.
Apa pula kaitan kisah Nabi Ayub dengan lintah? Rupanya asal kejadian lintah timbul dari kisah penderitaan penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub a.s. Asal usul lintah ini boleh dibaca dalam sirah iaitu kisah Nabi Ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat kecuali lidah dan hatinya. Nabi Ayub berdoa kepada Allah supaya hati dan lidahnya tidak dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda takut tidak dapat beribadat kepada Allah s.w.t
“...dan sesungguhnya Nabi Ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah ta'ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta'ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia....”
Ikuti sirah lengkap di: http://www.geocities.com/kisahkisahteladan/kisahnabiayuub.html
Begitulah kisahnya bagaimana kedua-dua makhluk ciptaan Allah s.w.t ini ada hubung-kaitnya dengan kehidupan manusia di alam ini.
Posted by ajet66@det at 2:46 PG 0 pandangan ikhlas
Labels: sejarah lintah
Ahad, 27 Julai 2008
Peluang Perladangan Kontrak
Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung blog Warisan AR. Lama juga menyepi membuatkan tangan dan minda ini agak 'kaku' sedikit untuk melakar coretan di sini. Walau pun begitu ianya tidaklah membuatkan tangan dan minda ku beku. Rupanya minat terhadap industri ternakan lintah masih belum reda lagi. Gelombangnya masih lagi hebat. Kelmarin 13 peminat dan hari ini 14 peminat menghadirkan diri ke lokasi kolam latihan Warisan AR. Pengunjung paling jauh Saudara Muhammad Wafi dari Tronoh, Perak dan Saudara Harjar Mydin dan Ishak dari Arau, Perlis. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan menimba ilmu dengan Warisan AR.
Soalan panas yg sering ditanya adalah berkenaan pemasaran. Kemana dan kepada siapa lintah hendak dijual bila usaha dah berhasil nanti? Inilah soalan cepumas yang 'wajib' ditanya oleh pengunjung. Sebenarlah soal pasaran bukanlah sesuatu yang perlu difikirkan sangat oleh mereka yang ingin melibatkan diri dalam bidang ternakan lintah ini. Banyak pihak yang sedia menerima dan berurusan dengan penternak dalam berbagai bentuk kerjasama. Salah satunya dengan mengadakan perjanjian jaminan belian melalui perladangan kontrak.
Pendekatan yang diambil oleh AgroHUB dengan menawarkan tujuh peluang perladangan kontrak dan kontrak jaminan belian semula melalui seminar di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 2 dan 3 Ogos ini, menampakkan petanda baik dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melonjakkan sektor pertanian dan makanan negara.
AgroHUB yang merupakan projek Kumpulan Perintis Niaga bagi tahun 2008-2010 menjadikan slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ sebagai matlamat dan sasaran yang perlu dicapai dalam usaha memperkasakan sektor pertanian negara.
Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor ketiga terbesar negara mampu direalisasikan sekiranya semua pihak bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengatur langkah strategik dengan menawarkan lebih banyak perladangan kontrak yang dapat menyelesaikan masalah pasaran yang dihadapi oleh kebanyakan usahawan tani dan mempertingkatkan hasil pertanian dan makanan negara.
Menurut Ketua Pengarah Seminar, Norzana Rafie, dengan meletakkan sasaran ‘Pertanian Adalah Masa Depan’, projek AgroHUB 2008-2010 dilihat mampu membantu orang ramai memantapkan ekonomi mereka serta mengurangkan kadar inflasi negara dengan jumlah pendapatan per kapita negara dapat ditingkatkan.
Tambah beliau lagi, melalui projek yang direncanakan, jumlah pendapatan masyarakat dapat dipertingkatkan pada tahap yang rasional seiring dengan peningkatan kos sara diri penduduk di negara kita.
Orang ramai yang berminat untuk mengusaha dan memulakan projek ikan ketutu, ikan keli, cendawan, lintah, lembu, kambing dan cacing dinasihatkan menyertai seminar tersebut.
Pemilihan industri-industri tersebut adalah berdasarkan potensi, kadar pulangan dan berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil-hasil pertanian tersebut.
Turut menyertai seminar pada kali ini adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang kini membuka lebih banyak perladangan kontrak kepada masyarakat dan menggunakan konsep yang lebih menguntungkan pengusaha yang berada di bawah rangkaian mereka.
Peserta-peserta seminar pada kali ini berpeluang mendapat penerangan berkenaan teknik mengusahakan projek yang ditawarkan.
Ini termasuk keluasan tanah yang diperlukan, cara memulakan projek, modal yang diperlukan, pelan induk perniagaan, perangkaan keuntungan dan bentuk kerjasama yang ditawarkan oleh syarikat kepada peserta projek.
Asasnya, dua bentuk kerjasama yang ditawarkan sama ada melalui perladangan kontrak dan jaminan belian semula yang kedua-duanya meletakkan peserta projek terikat untuk menjual hasil ternakan dan pertanian kepada syarikat tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.
Ironinya, kebimbangan pengusaha terhadap lambakan hasil pertanian tidak lagi berlaku dan peserta projek dapat membuat anggaran keuntungan dan pendapatan dengan lebih tepat.
Peserta-peserta yang memasuki projek tersebut akan dibiayai oleh Tekun Nasional bagi membantu mereka menjayakan projek tersebut.
Bagi mereka yang berminat dan belum mendaftar, sila berhubung dengan urus setia seminar di talian 03-6187 3796 atau 019-3310985.
Posted by ajet66@det at 9:29 PTG 0 pandangan ikhlas
Labels: industri lintah, kontrak ladang, penternak lintah
Selasa, 22 Julai 2008
Menuju Kejayaan (Usahawan Lintah)
Bertemu kembali. Lama juga aku tak menulis di sini. Sibuk betul kebelakangan ni. Ramai betul yang masih berminat utk melibatkan diri dalam bidang ternakan lintah ini. Boleh dikatakan setiap hari aku menerima kunjungan tetamu yang datang dgn semangat begitu berkobar2 utk menternak lintah. Setiap hari Ahad pula bermula jam 9.30 pagi hingga ke petang ada saja tetamu yg datang. Keadaan ini membataskan ruang utk aku menulis di sini. Kesempatan yg ada ini, aku ingin berkongsi sedikit tips motivasi yg aku kutip dr blog saudara shueqry. Jom kita hayati bersama.
Dalam proses menuju kejayaan, terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu akan kita tempuhi. Orang-orang yang dah berjaya sebelum kita dah katakan perkara ni.
Tidak perlu takut, kita hanya perlu bersedia.
Dalam perniagaan, terlalu banyak orang yang gagal di peringkat awal. Mereka lebih gagal lagi bila tidak sanggup bangkit semula, melawan rasa malu dan berusaha memulakan semula dari awal.
Tak kira bisnes apa pun, bila dah gagal, kita perlu bangkit semula jika nak berjaya.
Untuk bangkit semula, kita perlu berubah menjadi kuat. Dulu kita silap sebab minda kita lemah, kurang semangat dan kurang motivasi dalam berniaga.
Mungkin juga kita silap sebab perkiraan kita salah, kita kurang mengkaji pasaran dan satu lagi, mungkin ilmu perniagaan kita masih belum berapa power. Bila silap tu dah berlaku, kita perlu memaafkan diri sendiri atas kesilapan lalu, barulah kita boleh berubah.
Kita mesti pilih untuk jadi insan yang bersemangat sebab ia akan menukar kita menjadi insan yang lebih maju dari orang lain, lebih produktif yang lebih bermotivasi. Walaupun kita usaha tapi menemui sering kegagalan, kesilapan, perlu sedar kita tetap ada peluang yang tak pernah habis untuk bangkit semula.
Kita mesti berubah menjadi insan yang bersemangat supaya kita sentiasa ada pecutan untuk maju ke hadapan. Jika berniaga, biar kita berniaga betul-betul.
Nak tak nak, mesti work hard in smart way supaya kita boleh berjaya dalam apa jua perniagaan yang kita ceburi tak kira perniagan network marketing, perniagaan internet atau perniagaan pasar malam.
Pilih untuk jadi peniaga cemerlang, insan yang bersemangat tinggi.
Pilih untuk berjiwa kental! Jadikan segala sindiran, cacian, kutukan dan berbagai lagi kata2 negatif sebagai pendorong utk anda terus bergerak dan maju ke depan dgn penuh bergaya.... Jumpa lagi. Wassalam.
Posted by ajet66@det at 2:07 PG 0 pandangan ikhlas
Labels: projek lintah, usahawan lintah
Isnin, 14 Julai 2008
Cerita Nafsu
Salam buat semua. Kali ini aku ingin berkongsi cerita berkenaan NAFSU
Setiap hari, setiap waktu dan setiap saat, kita sentiasa berurusan dengan nafsu. Difahamkan juga nafsu itu terdiri dari 7 peringkat yang mana setiap peringkat menggambarkan sikap seseorang itu... malah disetiap peringkat juga mempunyai keistimewaan serta keburukan. Nafsu yang sering diperkatakan adalah nafsu tingkat paling rendah.
Nafsu sememangnya ada bersama setiap manusia. Ia ada bersama segenap lapisan umur. Ia bebas menguasai pemikiran dan malah hati manusia. Hati yang dimaksudkan adalah hati spiritual yang mana jika hati ini dikuasai oleh nafsu rendah ini, seseorang akan dikatakan tidak mempunyai hati dan lebih parah jika digelar tidak mempunyai hati nurani.
Ia berkebolehan menguasai manusia dari segala sudut lalu menyebabkan seseorang itu buta mata, buta telinga, buta hati malah buta segala-galanya. Buta yang dimaksudkan adalah buta dari cahaya iman.
Dikatakan juga bahawa nafsu itu terjadi sewaktu roh telah memasuki jasad atau dalam erti kata lainnya, campuran roh dan jasad. Walaubagaimanapun, alasan yang sebenar hanya diketahui oleh Tuhan yang Maha Pencipta.
Dalam konsep keagamaan, menawan-mendidik-mengawal nafsu adalah perkara yang amat dititkberatkan. Tingkat nafsu yang harus ditawan-dididik-dikawal adalah nafsu ammarah atau Tirani. Ini adalah tingkat nafsu yang paling rendah (lower self)
Egois adalah ciri utamanya. Nafsu tirani tidak semata-mata menjadikan seseorang itu semata-mata pemarah, malah ia mampu menggodam akal fikiran dan menciptakan alasan yang logik untuk ampunya diri bagi melakukan sesuatu perkara yang bersifat 'langgar perintah'. Perintah yang dimaksudkan adalah perintah Tuhan yang ada didalam Al-Quran.
Jelas bahawa nafsu tirani ini adalah jenis nafsu negatif yang mana tidak boleh dikompromi sama sekali. Jadi, dimanakah gerangannya nafsu jenis positif? Apakah yang dimaksudkan nafsu jenis positif?
Terdapat ramai diluar sana yang berjaya menguasai nafsu tirani mereka ini. Teknik atau kaedah asas untuk mengenal nafsu tirani ini adalah dengan berpuasa. Ya, dengan berpuasa kita dapat mendengar suara saranan nafsu tirani ini.
Perlu difahamkan juga bahawa nafsu tidak dapat dibunuh kerana ia adalah sebahagian dari diri kita. Kepuasan nafsu tirani adalah kepuasan sementara dan kesan dari akibatnya adalah kekusutan pemikiran untuk jangka waktu yang lama.
Nafsu merupakan sejenis alat yang dikurniakan kepada manusia adalah untuk kegunaan manusia dalam membuat pilihan, perilaku atau perbuatan , dan mempengaruhi sikap seseorang individu itu. Perlu difahami bahawa tidak adil dalam memandang nafsu itu sebagai sesuatu yang buruk atau negatif sahaja kerana ia turut memiliki sifat yang baik.
Nafsu yang mulia akan membawa manusia kearah kebaikan dan kebajikan sedangkan nafsu yang hina akan membawa manusia kearah keburukan dan kerosakan. Nafsu yang positif harus di pelihara dan di' up-grade 'kan, manakala nafsu negatif harus dilontar jauh-jauh dan biarkan ia tenggelam.
Difahamkan bahawa nafsu ini mempunyai 7 peringkat yang harus dinaik tarafkan agar alat itu menjadi lebih berguna kepada manusia. Peringkat-peringkat itu adalah :-
1. Nafsu Ammarah @ Tirani
2. Nafsu Lawwamah @ Penuh Penyesalan
3. Nafsu Mulhamah @ Terilham
4. Nafsu Muthmainnah @ Tenteram
5. Nafsu Radliyyah @ Redha
6. Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan
7. Nafsu Kamilah @ Suci
Peringkat-peringkat nafsu ini dapat dicapai dengan beribadah kepada tuhan secara berterusan dengan membaca dan mengikuti fitrah yang telah ditetapkan oleh tuhan. Berikut adalah ciri-ciri peringkat nafsu :-
1.Nafsu Tirani
Nafsu pertama yang harus ditakluki yang cenderung mengajak manusia kepada perkara negatif. Ciri-cirinya adalah seperti iri hati, dengki, takbur, pemarah, penipu, sombong dengan kemewahan dan mencari nama untuk kepentingan diri sendiri.
2.Nafsu Penuh Penyesalan
Ciri-cirinya adalah suka akan perbuatan baik tetapi masih lagi melakukan maksiat, suka membantah pada nilai-nilai positif dan suka menceritakan kebaikan diri sendiri agar dikagumi oleh orang lain. Sifatnya hampir sama dengan peringkat pertama namun ada perbezaan walaupun hanya sedikit.
3.Nafsu Terilham
Merupakan hasil positif dari penaklukan dua peringkat nafsu sebelumnya. Ciri-ciri positifnya adalah sabar, bersikap tenang, pemurah, merasa bersyukur dan suka mengajak orang lain untuk berbuat kebajikan serta beramal baik.
4.Nafsu Tenteram
Nafsu yang memiliki ciri-ciri mulia seperti tawakal, murah hati, suka mensyukuri nikmat tuhan meskipun hanya sebahagian kecil atau sederhana dan sabar atas bencana. Impak positif dari nafsu peringkat ini adalah munculnya sifat-sifat arif bijaksana manusia.
5.Nafsu Redha
Dengan munculnya sifat-sifat kebijaksanaan maka seseorang itu akan dapat memanjat peringkat ke 5 ini. Ciri-ciri seseorang yang berada diperingkat nasfu ini adalah hidupnya diabdikan sepenuhnya hanya kepada tuhan, takut kepada tuhan bukan sebagai tuhan yang menyiksakan, tetapi kerana sifat Rahman dan Rahim-Nya
6.Nafsu Diredhai Tuhan
Peringkat dimana jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian, kemuliaan dan kesempurnaan. Baik perkataan mahupun perbuatan, semuanya diredhai tuhan kerana jiwa, hati, perasaan, gerak-geri, penglihatan, pendengaran, dan perjalanan hanya untuk-Nya. Pada peringkat ini, seseorang insyaalah dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luar biasa.
7.Nafsu Suci
Merupakan peringkat tertinggi dari segala peringkat nafsu. Nafsu ini hanya dimiliki oleh para rasul, nabi.
Berdasarkan pengamatan aku, kebanyakkan manusia dapat melepasi peringkat nafsu sehingga peringkat ke-3 cuma kurang latihan dan fokus. Jadi, untuk mencapai ke peringkat ke-4, adakah susah? Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan impak positif sesama manusia dalam menempuhi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Wassalam. Jumpa lagi.
Posted by ajet66@det at 2:19 PTG 0 pandangan ikhlas
Labels: nafsu lintah
Khamis, 10 Julai 2008
Lagi Kisah Plankton
Salam pertemuan buat pengunjung Warisan AR.
Bertemu kembali setelah menyepi seketika. Ruang waktu begitu membataskan untuk aku mencelah diantara ruang yang amat berharga ini. Kesempatan kali ini aku ingin mengajak semua untuk mengenali dan memahami kepentingan menyediakan "prasarana" - keperluan yang sepatutnya ada dalam kolam ternakan lintah. Tanpa "prasarana" yang sepatutnya ada dalam kolam, sukar bagi lintah untuk hidup dan berkembang-biak.
Penyediaan dan penyelengaraan kolam yang baik merupakan perkara utama dalam menentukan kejayaan perusahaan penternakan lintah ini. Hasil kerja yang baik pasti membuahkan hasil yang lumayan. Baiklah, jom kita berkongsi apa yang aku dapat hasil dari pencarian dgn sang google. Moga ianya dapat dijadikan panduan yang berguna untuk kebaikan bersama.
Pengelasan
1. MUNCUL · Semi-Akuatik · Tidak Perlu Banyak Air o Typha angustata ( o Scirpus (Menerong) o Sagittaria sagitifolia · 3 Jenis Daun o Tenggelam - Bak Rumput o Terapung - Bentuk Ovat o Muncul - Anak Panah | |
| |
2. DAUN TERAPUNG · Akuatik Sebenar · Nelumbo nucifera (Teratai) o Daun Diselaputi Lilin | |
· Nymphoides Indica (Telipuk) · Bunga Putih kemerahan - Kecil & Terasing | |
3. MAKROFIT TENGGELAM · Hydrilla (Lelumut) · Makanan Ikan · Blyxa (Rumput Lumut) · Myriophyllum & Ceratophyllum · Daun Halus Dalam Lingkaran | |
| |
4. MAKROFIT TERAPUNG (KIAMBANG) · Eichhornia crassipes (Keladi Bunting) · Salvinia molesta · Paku pakis · 3 Lingkaran Daun · Azolla pinnata · Paku pakis · Kecil & Daun Dalam 2 Barisan · Lemna perpusilla · Tiada Batang Pistia stratiotes (water lettuce) | |
| Eichhornia crassipes |
| |
Salvinia molesta | Salvinia natans |
| |
Azolla caroliniana | Lemna minor (duckweed) |
| |
Pistia stratiotes | |
KEPENTINGAN · Ekologi · Sumber Makanan Ikan · Substrat Lekatan · Tempat Sembunyi & Rehat Ikan · Ekonomi · Sayuran · Kangkung · Teratai · Makanan Haiwan · Hydrilla verticillata · Eichhornia crassipes · Baja · Kaya Dengan Nitrat, Fosfat & Kalsium · Baiki Struktur Tanah | |
Jom kita kenali ORGANISMA PERSEKITARAN AKUATIK
1) PLANKTON · Greek, planktos (wanderer atau drifter) · Boleh bergerak secara bebas tapi terhad o Ditentukan oleh arus · Mikroskopik · Planktologi o Kajian plankton · Plankter – plankton secara individu
| |
|
2) NEKTON · Greek, nekton (berenang) · Diperkenalkan oleh Ernst Haeckel · Nektologi · Pergerakan Kuat · Ikan, Kura-Kura, Katak, Ular | |
3) BENTOS (Benthos)
· Zoobentos atau fitobentos
| |
4) PERIFITON
· Mikroflora Di Atas Substrat Terendam (melekat)
· Alga (alga hijau dan diatom), sianobakteria, mikrob, detritus
· Detritus
· Partikulat bukan hidup
· Jasad organisma mati, fragmen organisma, najis
· Mikroorganisma hidup atasnya
· Mereput
· Bercampur dengan tanah
· Juga terampai di dalam air
· Makanan untuk invertebrat, berudu dan ikan
· Juga menyerap bahan pencemar
· Petanda penting untuk kualiti air
Aufwuchs
· German (tumbuh)
· Binatang kecil dan tumbuhan
· Hidup di substrat keras seperti batu
· Alga, krustasea, rotifer, protozoa, larva serangga dan oligoket
· Makanan untuk haiwan akuatik terutama ikan
· EPIPELIK (SEDIMEN), EPILITIK (BATU)
· EPIFITIK (TUMBUHAN), EPIZOIK (HAIWAN)
· EPISAMIK (PASIR)
5) NEUSTON/ PLEUSTON · Lapisan Udara Dengan Permukaan · Lemna & Gerris, Ranatra, Hydrometra | |
· EPINEUSTON · HIPONEUSTON
| |
6) MAKROFIT AKUATIK · Tumbuhan Vaskular Tumbuhan Tidak Vaskular | | |
1) Emergen / Muncul 2) Daun Terapung 3) Terapung 4) Submergen / Tenggelam | |
PLANKTON
· Istilah Hensen (1887)
· Merayau
· Pengelasan Plankton
· Fungsi
· Fitoplankton (penghasil)
· Zooplankton (pengguna)
· Saproplankton (penghurai)
· Saiz
Kumpulan | Saiz | Organisma utama |
Megaplankton | (20-200 cm) | metazoa; contoh obor-obor. |
Macroplankton | (2-20 cm) | metazoan ; contoh pteropod |
Mesoplankton | (0.2 mm-2 cm) | Metazoa ; contoh kopepod |
Microplankton | (20-200 µm) | Protista eukariot besar, metazoa juvenil/kecil |
Nanoplankton | (2-20 µm) | Protista eukariot kecil |
Picoplankton | (0.2-2 µm) | Protista eukariot kecil, bakteria |
Femtoplankton | (<> | Virus |
· Persekitaran
· Limnoplankton (Tasik)
· Reoplankton/Potamoplankton (Sungai)
· Heleoplankton (Kolam)
· Haliplankton (Laut)
· Hipalmiroplankton (Air Payau)
· Asas Usul
· Autogenetik (Dalam sistem) ; Alogenetik (Luar Sistem)
· Kitar Hidup
· Holoplankton (sepanjang hayat); Metoplankton (Masa atau Peringkat Tertentu)
· Flora Seni
· Unisel, Koloni Atau Rantai Panjang
· Saiz 1 mm - 200 mm
KUMPULAN UTAMA
CYANOPHYTA (ALGA BIRU HIJAU) · Sianobakteria · Prokariot · Bakteria Gram Negatif Pigmen Bertaburan · Klorofil · Fikobilin · Fikosianin (Biru) & Fikoeritrin (Merah) · Karotein · Ikat Nitrogen (Anabaena) · Heterosista · Anabaena, Microcystis & Apahanizomenon · Tukar Warna & Rasa · Toksik · Merendahkan Oksigen Bila Mati | |
| |
|
CHLOROPHYTA (ALGA HIJAU)
Unisel ----> Filamen
§ Pigmen : Klorofil a & b, Karotenoid & Xantofil
§ Makanan Simpanan : Kanji
|
3 ORDER · Volvocales · Chlamydomonas · Volvox | |
|
· Chloroccoccales · Pediastrum · Scenedesmus | | |
· Conjugales (DESMID) · Cosmarium · Closterium | | |
BACILLARIOPHYTA (DIATOM) · Talus o Sel Tunggal ----> Rantaian · Jenis o Penat o Sentrik · Dinding o Dua Bahagian Bertindih o Silika o FRUSTUL § Epiteka § Hipoteka | |
|
| |
PYRROPHYTA (DINOFLAGELAT) Ø Sel Tunggal Ø Ciri Haiwan (Flagelum) & Tumbuhan (Fotosintesis) o Pigmen : Klorofil A & C o Makanan Simpanan : Kanji Ø Jenis Ø DESMOKON o Dua Flagelum Di Anterior Ø DINOKON o Lateral & Dalam Alur o Posterior Ø EPIKON Ø HIPOKON | |
| |
Ceratium & Gonyaulax | Gonyaulax |
· Dibezakan Dari Fitoplankton Dengan Pergerakan Lemah
· Kumpulan Utama
· Protozoa
· Struktur Jasad Mudah
· Unisel
· Kaya Dengan Bahan Organik
Pengelasan
· Pergerakan
SARCODINA · Pergerakan Penstriman · Pseudopodium · Amoeba · Arcella | |
CILIOPHORA · Silium · Paramecium · Vorticella | |
MASTIGOPHORA · Flagelum · Pigmen Fotosintesis · Euglena · Ceratium | |
ROTIFERA · Memakan Bahan Terampai · Korona Bersilium · Mastak & Trofi · Kellicottia · Keratella | |
Oleh itu pengusaha perlulah memastikan jalinan prasarana ini berjalan mengikut keperluan dan kehendak penternakan dan perusahaan lintah itu sendiri. Kami sedia membantu anda dalam merealisasikan kehendak tersebut. Datanglah ke tempat kami jika ingin mengetahui dgn lebih lanjut. Sekian dan jumpa lagi. Wassalam.......
Posted by ajet66@det at 10:49 PG 0 pandangan ikhlas
Labels: fitoplankton, makanan lintah, plankton, zooplankton