INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Ahad, 29 Jun 2008

Lintah TEKUN

Berita Harian, 18 Jun 2008

KOTA TINGGI: Daerah ini, menjadi daerah pertama di seluruh negara yang dipilih Yayasan Tekun Nasional (Tekun) untuk melaksanakan projek ternakan lintah secara berkelompok dengan pesertanya mendapat pinjaman daripada yayasan berkenaan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata buat permulaan, 58 peserta dipilih menjadi perintis untuk projek lintah berkenaan dengan mendapat pinjaman berjumlah RM7,000 daripada Tekun.

“Saya amat berbangga kerana daerah ini, yang pertama dipilih Tekun untuk melaksanakan projek ternakan lintah kerana ia ternyata dapat meningkatkan pendapatan golongan nelayan dan pekebun serta masyarakat luar bandar,” katanya di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan cek pinjaman Tekun kepada 58 peserta berkenaan di Sedili Kecil, dekat sini.

Syed Hamid berkata, permintaan terhadap lintah dalam bidang kosmetik serta perubatan kini semakin meningkat dan ia perlu direbut masyarakat luar bandar kerana penternakan lintah tidak memerlukan kos yang besar selain mudah.

Katanya, penternakan lintah juga boleh dilakukan sebagai aktiviti ekonomi sampingan dan ia membolehkan nelayan serta pekebun meneruskan kegiatan seharian mereka pergi ke laut atau kebun.

“Berdasarkan maklumat yang saya fahami, peserta yang menyertai program ternakan lintah melalui Tekun ini, tidak perlu membayar pinjaman berkenaan sehingga bulan kelapan iaitu ketika lintah dijual kepada pembeli.

“Selain itu, pembekal lintah ini juga akan membekalkan induk lintah serta makanannya selain menyediakan khidmat nasihat setiap bulan bagi memastikan pulangan kepada setiap peserta,” katanya.

Syed Hamid berkata, melalui projek berkenaan, setiap peserta akan mendapat lima tong yang berisi kira-kira 200 ekor lintah sebelum ia mencapai tempoh matang pada bulan kelapan bagi membolehkannya dipasarkan.

Beliau juga berharap Tekun dapat menyediakan pinjaman sama kepada belia kerana penternakan berkenaan amat mudah serta tidak memerlukan penjagaan rapi seperti penternakan lain.

Jumaat, 27 Jun 2008

Suatu Ketika Dulu

Kali ini aku ingin membawa hangpa lari jauh sikit dari dunia lintah ni. Entah apa sebabnya bila aku mengelamun di pagi Jumaat yg sepi ni tiba-tiba tringatkan zaman lampau..KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1966-1984.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.



Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan .. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah....

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure hangpa igt...program minum susu di skolah.. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukui
tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, hangpa sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo
atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ' telur ' keras warna
warni, ' rokok ' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ' Ti Kam ' . bile
dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.


tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...


permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, ' Pepsi Cola one-two-three ' , ' Police & Sentry ' , main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni..
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi depa, mane penah dgr lagu ' We Are the
World, We Are the Children... ' dan lagu ' Uptown Girl ' yang depa tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi depa, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam ..

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Depa percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Depa tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Depa tak penah tau pun ' Atari ' dgn ' Game & Watch ' .

Depa tak percaya penah ada TV hitam putih.... dan dpa skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control..

dan depa tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. hangpa paham ape yang hangpa baca kat atas ni, dan hgpa sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. hgpa sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, hangpa akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame hangpa.Sure diorg suke punye laa....heheh

Isnin, 23 Jun 2008

Industri Lintah Kembali Meriah

Salam buat semua. Agak lama juga aku tidak menulis sebarang perkembangan. Jadual yg agak padat membataskan ruang masa. Aku cuba juga mengambil sedikit ruang yg ada untuk berkongsi serba sedikit kisah yang berlaku.

Kebelakangan ini "selepas kenaikan harga minyak", minat orang ramai terhadap industri lintah ini kembali "meriah" semula. Almaklumlah untuk menampung "tambahan" 41% tu bukannya sesuatu yang mudah. Kelmarin sahaja kolam ternakan aku dikunjungi lebihkurang 20 orang dari sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Kebanyakannya apabila di tanya menyatakan faktor kenaikan harga minyak dan kos sara hidup merupakan penyebab kepada minat mereka terhadap industri penternakan lintah. Untuk mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan seharian yang semakin membebankan.

Industri ternakan lintah ini bukannya semudah yang disangkakan. Memang tugas mengawalselia lintah tidak sesukar mana, namun ada berbagai faktor lain yang perlu ditempuhi dengan penuh berliku. Kepada pengunjung dan mereka yang berminat, aku tidak pernah membayangkan sesuatu yang begitu indah dalam industri ini.

Industri ternakan lintah bagi aku adalah suatu industri yang mempunyai potensi untuk diceburi secara komersial. Namun ianya memerlukan usaha dan kajian yang lebih mendalam untuk kemajuan di masa hadapan. Kita perlu mencari kaedah biak baka yang terbaik sekiranya inginkan industri ini memberikan pulangan yang lumayan. Jika tidak ianya hanya menjanjikan mimpi-mimpi indah semata-mata.

Sesuatu perlu dilakukan demi menjayakan industri ternakan lintah ini. Kita semua mestilah mengembeling tenaga dan usaha kearah memajukan industri ini. BUkannya sekadar mengambil peluang membuat keuntungan dalam masa yang singkat. Bukan sekadar menjual induk dan benih. Bukan sekadar menjual makanan lintah. Bukan sekadar menganjur kursus. Bukan sekadar menjual e-book. Tapi yang paling penting sekali bagaimana menghasilkan benih lintah!!!!! Jumpa lagi...............Assalamualaikum.


Sabtu, 14 Jun 2008

Rancangan Perniagaan

Assalamualaikum. Bersua kembali. Agak lama juga aku menyepi. Tak dak hilang kemananya. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Maklumlah kerja sendiri, kenalah usaha pelbagaikan pendapatan untuk menampung kehidupan (sara hidup). Tambahan pula dengan keadaan sekarang yang saban hari semakin "cemerlang, gemilang dan terbilang" dgn kenaikan harga barang. Mahu atau tidak kita terpaksa mencari jalan utk mempelbagaikan pendapatan untuk menampung segala kos yg tak mungkin akan berkurangan.

Kebelakangan ini lokasi kolam ternakan/latihan projek lintah aku tak putus-putus dikunjungi oleh mereka yg berminat untuk menternak lintah. Almaklumlah nak tambah 'income' kata depa. Ada yg nak buat kecik2 dulu, ramai juga yg nak buat besar-besaran. Ramai juga yang bertanya tentang 'rancangan perniagaan', cam na nak buat pinjaman dan sebagainya lagi. Baiklah bagi yang bertanya tu, aku perturunkan sedikit panduan sebagai panduan. Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu.

Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:

  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan

· tanggungjawab setiap jawatan

· imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • Analisis Pasaran

· untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.

· mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.

· mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

  • Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.

· Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.

· Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

  • Ramalan Jualan

· syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

  • Strategi Pemasaran

· Strategi pemasaran secara keseluruhan

· bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan

· kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

  • Strategi barangan

· faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

  • Strategi harga

· penentuan harga

· tawaran harga dan sebagainya.

  • Strategi Pengedaran

· cara pengedaran dibuat

· kos-kos yang terlibat

· rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

  • Strategi promosi

· teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

· Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran

· jumlah pengeluaran

· keupayaan maksimum

· penyimpanan stok

  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

· modal sendiri

· pinjaman bank

· sewa beli

· lain-lain

  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC) /> - 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.

Rabu, 4 Jun 2008

Hala Tuju Industri Lintah

Kemana akhirnya Industri Lintah ni??????

Untuk apa sebenarnya kita terlibat ?…

1. Cari $$$$$$$....
2. Untuk lintah (daging ),
3. Nak buka kilang...
4. Anjur kursus...
5. Mengembangkan/memacu ekonomi bangsa dan negara....
6. Jadi usahawan yg berjaya....

Kenapa $$$$$ menjadi tujuan utama?….$$$$$ adalah segalanya.... Hakikatnya tujuan kita melibatkan diri dalam industri ini adalah untuk $$$$$$.... Gila aku katakan kalau ada yg bina 10 kolam lintah saiz 25 x 60' sekadar hobi atau suka-suka..

Memang harga pasaran lintah agak lumayan, antara RM1.40-RM2.50 per induk atau RM60-RM150 per kg yg ditawarkan oleh pihak penganjur kursus. Apalah nasib penternak keli organik yg hasilan mereka diborong ngan RM2.50 jerrr per kg....

Harus kita ingat bahawa, penggunaan lintah (di Malaysia) untuk pengeluaran produk masih dalam peringkat R&D dan bekalan lintah (khabarnya) masih jauh daripada mencukupi. Sudah ramai yg khuatir dan ada tuduhan seolah-olah otai-otai penternak lintah cuma menjaja cerita agar orang ramai berminat untuk menternak,..betul ke? Kalau betul..mana produknya? Apa syarikatnya ? Aku sebenarnya faham akan kegelisahan dan kekhuatiran yang menyelubungi bakal-bakal penternak, ye lah…setelah berpenat-lelah menternak dan hasil ternakan dan memenuhi kolam, kemana pulak nak dijual?..nak dimakan….rasanya belum lagi tergamak….cuma apa yang boleh aku katakan adalah `BANYAK-BANYAK LAH BERSABAR`.

Sebenarnya stok lintah di negara kita masih belum mencukupi dan masih jauh lagi untuk berlaku masalah lambakan stok. Ada syarikat yang telah membuat R&D dan telah mula menghasilkan produk, tapi adakah bekalan `raw material`(lintah) mencukupi? Minda Teknik Enterprise dgn Minyak Mujarob, Arovana Vission dgn Stay-D Oil nya dan beberapa pihak lagi. Takkan mereka nak keluarkan produk lepas tu terpaksa diberhentikan kerana tidak cukup bekalan `raw material`, disinilah perlunya penternak lintah yang ramai agar bekalan stok sentiasa mencukupi. Kita mestilah merobohkan tembok yang memagari minda kita, agar kita boleh menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan produk-produk yang berasaskan lintah……..Usaha telah dimulakan, ayuh...bersama kita bergabung untuk memacu industri ini demi kepentingan semua pihak. Jumpa lagi.....Wassalam..

sumber : www.duitpertanian.com dan di olah semula oleh warisan ar untuk penyesuaian.

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.