INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Jumaat, 28 Mac 2008

Scrolling Text

Khamis, 27 Mac 2008

Mengejar Kejayaan dan IMPIAN

Berjumpa kembali. Pada kali ini aku ingin mengajak anda untuk merenung dan memikirkan tentang orang-orang yang berjaya, cara kerja mereka, mindset, disiplin, kehidupan peribadi dan bagaimana mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Mengapa aku mengajak anda semua untuk melakukan ini? Aku kerap kali dihujani dengan persoalan dari pengunjung kolam ternakan lintah. "Bolehkah perternakan lintah ini berjaya dan menghasilkan pendapatan yang lumayan?" soal mereka. Soalan ini begitu sukar sekali untuk aku jawab sebenarnya.

Baiklah mari kita lihat preview dari blog motivasi KEJAYAAN.NET Artikel terbarunya menceritakan tentang rahsia kejayaan Warren Buffet. Siapa Warren Buffet? Beliau mendahului Bill Gates dan kini menjadi orang yang terkaya di dunia. Jika Bill Gates dalam bidang perisian komputer, Warren Buffet pula dalam bidang pelaburan.

Untuk mencipta kejayaan, kita yang mesti memetakan minda kita kearah mana yang perlu kita tuju. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai. Gerakkan langkah pertama dengan semangat dan azam yang tinggi. Usahakan dengan kesungguhan untuk berjaya dan ketepikan unsur-unsur negatif yang sentiasa ingin mencelah dalam minda. Insyaallah usaha kita pasti akan berjaya.

Ahad, 23 Mac 2008

Kisah Peserta dan Penganjur Kursus

Bertemu kembali buat semua pengunjung Warisan AR. Agak lama juga aku tidak menulis perkembangan industri ternakan lintah ini. Keadaan yang begitu sibuk amat membataskan ruang untuk aku meluangkan masa. Kesempatan yang ada pada hari ini akan aku gunakan sepenuhnya bagi mencoretkan secebis coretan untuk dikongsi bersama. Kesempatan ini aku perolehi disebabkan ruang masa yang diperolehi secara tidak sengaja. Aku terpaksa mengambil rehat yang panjang pada hari ini disebabkan kesihatan yg sedikit membataskan pergerakan aku. Aku sakit gigi sebenarnya. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu akan azabnya. Apa saja yang nak dilakukan serba tak kena.

Keadaan ini ditambah pula dengan situasi sejak azali. Aku fobia pada klinik atau hospital. Senang cakap, "fobia pada jarum". Aku lebih rela tahan sakit gigi dari jumpa 'dentist'. Keadaan ini mengakibatkan aku terpaksa 'bercuti' sementara. Aku terpaksa membatalkan temujanji dgn individu yg ingin melawat kolam lintah aku. Aku mohon maaf pada mereka semua. Esok rasanya keadaan akan stabil kembali. Insyaallah.

Dalam tempoh seminggu yang sudah kolam ternakan aku boleh dikatakan setiap hari menerima pengunjung. Ada antaranya pernah mengikuti kursus dan ada yang belum. Mr Wong dan rakan2 dari Taman Ria telah mengikuti kursus namun masih lagi buntu untuk memulakan industri ini. Aku tak faham betul dengan pihak yang menganjurkan kursus. Adakah mereka pakar lintah atau sekadar mengambil kesempatan atas minat orang ramai. Yuran yang menjangkau RM500 amat tidak berpatutan dengan ilmu yang diberikan. Ramai peserta yang tertipu dengan janji-janji kosong yang dilemparkan oleh mereka. Mana mungkin dengan kolam bersaiz 8 x 12 kaki bermodalkan RM5,000 boleh menghasilkan pendapatan RM60,000. Betul-betul macam skim cepat kaya pulak rasanya. Maklumlah penganjur kursus tu pun adalah bekas penganjur skim cepat kaya.

Ada yang lebih teruk lagi, segala kelengkapan untuk mendirikan kolam mesti dibeli melalui mereka. Sudahla yuran kursus yang melampau, peserta kursus dibebankan pulak dengan harga induk yang melampau tingginya. Apa yang aku tahu ada penganjur yang menyembeleh peserta kursus dengan harga induk lintah RM4 seekor. Inilah yang dinamakan LINTAH DARAT. Aku menyeru kepada yang ingin menceburi industri ini jangan mudah tertipu dengan individu sebegini.

Tempoh seminggu yang sudah aku berkesempatan mengunjungi kolam ternakan Saudara Man di Kg Baru, Pokok Sena, Kepala Batas dan Saudara Firuz dan rakan2 di Kg Permatang Pasir, Balik Pulau, Pulau Pinang. Mereka merupakan individu yang pernah melawat kolam ternakan lintah aku. Alhamdulillah dengan sedikit panduan dan pengalaman yang aku curahkan, mereka telah berjaya merealisasikan cita-cita mereka.

Kepada Saudara Wan yang telah membawa pulang 100 induk, aku harap usaha anda akan dipermudahkan. Buat Saudara Nordin dari Simpang Empat, ambil masa untuk lebih memahami industri ini. Tidak lupa juga buat Saudara Nasir dan rakan2 dari Arau, Perlis semoga cita-cita untuk menjadi pelopor di Perlis akan diperkenankan. Insyaallah. Tidak ketinggalan Saudara Zubir dan Isteri yang sudi berkunjung. Tempahan saudara akan diusahakan. Jangan lupa bekalan belut tu....

Jumpa lagi dipertemuan yang akan datang. Salam melintah untuk semua...Moga usaha kita akan dipermudahkan. Amin.

Isnin, 17 Mac 2008

Lakukan Apa Yang Anda Suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebelakangan ini aku ada menerima panggilan dari beberapa individu yang ingin menceburi industri lintah. Soalan "panas" yang sering ditanyakan ialah "kalau saya nak ternak lintah ni, boleh untung kah?" Bagi menjawab soalan ini, aku ingin mengajak anda untuk berfikir dan merenung sejenak. Bagi aku kita memerlukan minat untuk melakukan sesuatu. Tanpa minat apa sahaja tak mungkin dapat dijayakan. Mungkin ada sesetengah kes di mana ianya berlaku secara kebetulan. Namun tak banyak. Lakukan perkara yang ada suka!!!!!!Mari kita kongsikan cetusan rasa Saudara Labanon dari Team FlareBiz.

Apakah perkara yang anda suka? Jadi buatlah perkara yang anda suka.
Kerana jika buat perkara yang anda suka hidup anda tidak akan stress,
selalu ceria dan akan tersenyum selepas menyiapkan sesuatu kerja.

Kerja anda akan bertambah dari segi kualitinya, tempoh untuk siap
juga cepat, kerja tidak bertangguh lagi dan banyak lagi kebaikkanya.

Hehe banyak dah kisah orang berjaya kerana buat perkara yang mereka suka.

"Bila anda memikirkan tentang wang, anda tidak dapat melakukan perkara
yang betul. Tetapi wang akan sentiasa datang sebaik saja anda melakukan
perkara yang betul, jadi usaha sepatutnya melakukan ke arah perkara yang
betul." Petikan kata-kata mendiang Mohan Singh Oberoi, pengasas hotel-hotel
mewah Oberoi.

Kisahnya bermula menjadi kerani di Hotel Cecil di Simla, India. Hasil
usahanya telah menyebabkan ia memiliki empayar hotel dan lain-lain
industri di pelosok dunia. Sebelum mati pada usia 104 tahun beliau
mempunyai 32 buah hotel diseluruh dunia.

Ketika ditanya mengenai apakah yang mendorong beliau menjadi
pengusaha hotel paling ekslusif dan salah satu yang terbesar di dunia,
Oberoi menyatakan telah menyatakan "Tujuan utama saya bukanlah untuk
membuat duit. Tarikannya adalah untuk berfikir besar, sentiasa menawarkan
yang terbaik dan biar ianya berlaku. Nama, kemasyhuran dan keuntungan
akan datang dengan sendiri."

Kesimpulannya lakukan benda yang anda suka.Duit akan mengikut jejak anda.

Rabu, 12 Mac 2008

Semangat Penternak Lintah

Kebelakangan ini banyak panggilan yang aku terima bertanyakan mengenai potensi ternakan lintah ini. Ada yang yang baru, akan, sedang dan telah menjalankan perusahaan ternakan lintah. Ada yang bersemangat, telah kurang semangat dan ada juga yang semangatnya hampir hilang. Terlalu banyak dugaan dan rintangan rupanya yang terpaksa ditempuh dalam industri ternakan lintah ini. Cuma mereka yang begitu tegar dengan semangat usahawan dan bermotivasi tinggi sahaja yang dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan ini.

Bagi mredakan dan meringankan sedikit beban fikiran dan perasaan semua aku ingin berkongsi tips bagaimana nak maintain motivasi, passion, keseronokan dan ke'hepi'an. Sebab, kadangkala kita bersemangat dan kadangkala kita down sekejap, pastu payah betul nak bersemangat balik.

Cemana nak maintain supaya motivasi tu sentiasa ada? Ni caranya :

1. Ucapkan kata-kata positif, supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Kalau boleh, beri semangat pada diri sendiri setiap pagi, setiap hari, setiap saat Anda bernafas.

2. Baca artikel-artikel motivasi pendek yang meransang booster semangat, supaya ia menjadikan gelombang minda Anda bertukar menjadi lebih positif.

Paling best, dengar ceramah motivasi pendek guna mp3 player, mp4 player, handphone atau walkman. Di waktu pagi, banyak gelombang negatif yang bersimpang siur dari orang sekeliling.
Trafik jem, berita keganasan dan cerita-cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.

3. Saat Anda sedar yang Anda mula berfikiran negatif, bersangka buruk atau tiba-tiba memaki hamun sebab Anda tak puas hati, latih diri untuk ucap istighfar.

Sebab apa? Istighfar dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati. Perkataan yang kita baca, lihat dan dengar menerbitkan getaran energi minda yang berbeza.

Bila perkataan negatif, energi yang terbit menjadi negatif.

Then, ia mempengaruhi emosi kita supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi menurun, kita tak bersemangat, lemah longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih teruk lagi, kita kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

Hanya ada satu jenis gelombang yang menguasai minda, sama ada positif atau negatif. Perkataan yang kita baca, ucap dan dengar mempengaruhi gelombang-gelombang minda ni.

Jadi, untuk memastikan diri Anda sentiasa bersemangat dan sentiasa bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan-perkataan yang positif dan yang baik-baik saja, sedekat yang mungkin, sekerap yang mungkin.

Supaya, energi yang terbit adalah positif dan kesannya, Anda bersemangat sepanjang hari, 7 hari seminggu. Moga perjalanan usaha dan industri ternakan ini akan memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidu kita. Jumpa lagi.

Khamis, 6 Mac 2008

Cahaya Mula Bersinar

Perkhabaran yang agak mengembirakan sampai ke telinga aku. Ada individu yang sudi membekalkan induk dan benih lintah dalam masa yang terdekat. Mungkin dalam sehari dua lagi beliau akan menghubungi aku semula. Semoga masalah yang membelenggu aku selama ini akan dapat diatasi. Rakan-rakan yang telah menyiapkan kolam ternakan dapatlah dibekalkan dengan keperluan benih dan induk lintah.

Begitu sukar sekali rupanya usaha pencarian benih dan induk lintah ini. Dari Kedah aku ke Pahang dan kini kembali semula usaha pencarian di Kedah. Bagi mereka yang pernah turun ke paya untuk mencari lintah sahaja yang faham maksud kesukaran itu. Kerjanya bukannya mudah seperti yang digambarkan. Banyak risiko yang perlu ditempuhi. Ancaman dari haiwan berbisa, betis yang terpaksa dikorbankan sebagai umpan dan berbagai lagi ujian dan dugaan yang terlalu banyak untuk aku coretkan di sini.

Hari Isnin yang lepas aku ke Kodiang, Kedah menghantar bekalan induk lintah untuk Kak Ani. Hebat juga usaha yang dijalankan oleh mereka. Tanpa jaminan pemasaran tapi mereka berani mengambil risiko kerana yakin dengan industri ini. Inilah semangat yang perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin berjaya. Kak Ani dan suaminya setakat ini telah mendapatkan 2,000 induk lintah dari kami. Sebelum aku bertolak balik, beliau menempah 2,000 induk lagi untuk kolam baru yang dijangka siap dalam masa 2 minggu lagi.

Namun terus terang aku nyatakan bekalan benih dan induk lintah amat sukar diperolehi buat masa sekarang. Aku tidak lagi berani berjanji kepada sesiapa kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali. Setakat ini terlalu banyak senarai individu yang menanti untuk mendapatkan bekalan benih dan induk lintah. Semoga khabar gembira akan aku terima dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah. Jumpa lagi...

Sabtu, 1 Mac 2008

Hari-hari Yang Suram

Selamat bertemu kembali. Cuaca begitu sukar sekali untuk diramal. Ketika kemarau dijangka berlarutan, hujan turun dengan begitu lebat sekali. Mungkinkah ini rahmat yang sedang dinanti-nantikan oleh semua. Para pencari, pembekal dan penternak lintah sedang mengharungi keadaan yang begitu sukar sekali. Banyak kolam ternakan yang telah siap, namun masih kosong disebabkan ketiadaan benih maupun induk lintah.

Semoga hujan yang turun ini akan menarik keluar semula lintah ke permukaan paya yang mula dipenuhi oleh air setelah berkeadaan kering-kontang sekian lama. Moga terungkailah permasaalahan yang membelenggu para penternak dan bakal penternak lintah. Marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Ilahi. Amin.

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.