Kerja menyiapkan kolam simen untuk projek ternakan lintah telah dimulakan hari ini. Pekerja yang sepatutnya memulakan pembinaan kolam telah menarik diri di saat akhir disebabkan ada komitmen lain. Aku terpaksa mencari pekerja yang lain supaya pembinaan kolam ini tidak tertangguh lagi. Inipun sudah terlewat seminggu daripada perancangan asal.
Ayahku telah berjaya mendapatkan pekerja baru dan beliau memberi jaminan untuk memulakan kerja pembinaan pada hari ini juga. Kasihan ayahku, terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengganti tersebut. Tukang tersebut merupakan kawan ayah aku (orang kampung aku) Pak Long Harun.
Pada sebelah petangnya aku pulang ke kampung untuk melihat kerja-kerja awal pembinaan kolam yang dijalankan. Pak Long Harun hanya berjaya menyiapkan 10% sahaja kerja ada pagi tu. Dia katanya ada hal lain yang perlu dibereskan pada sebelah petang. Dia akan dapat memberikan tumpuan yang penuh untuk projek aku mulai esok hari. Nak buat macam mana 'last minute' punya requirement.
Berani anak jantan abah ni... Jaga2 Adik, lintah dah nak hisap darah tu...
Benih lintah berenang dengan penuh lemah gemalai
Sessi petang itu berakhir sebaik sahaja hujan turun. Aku kembali ke rumah di Sungai Petani dan sampai menjelang azan maghrib. Besok aku akan kembali lagi untuk memastikan pembinaan kolam berjalan dengan lancar. Harap-harap dinding kolam dapat disiapkan menjelang petang. Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan