INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Memaparkan catatan dengan label tapak projek lintah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tapak projek lintah. Papar semua catatan

Ahad, 29 Jun 2008

Lintah TEKUN

Berita Harian, 18 Jun 2008

KOTA TINGGI: Daerah ini, menjadi daerah pertama di seluruh negara yang dipilih Yayasan Tekun Nasional (Tekun) untuk melaksanakan projek ternakan lintah secara berkelompok dengan pesertanya mendapat pinjaman daripada yayasan berkenaan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata buat permulaan, 58 peserta dipilih menjadi perintis untuk projek lintah berkenaan dengan mendapat pinjaman berjumlah RM7,000 daripada Tekun.

“Saya amat berbangga kerana daerah ini, yang pertama dipilih Tekun untuk melaksanakan projek ternakan lintah kerana ia ternyata dapat meningkatkan pendapatan golongan nelayan dan pekebun serta masyarakat luar bandar,” katanya di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan cek pinjaman Tekun kepada 58 peserta berkenaan di Sedili Kecil, dekat sini.

Syed Hamid berkata, permintaan terhadap lintah dalam bidang kosmetik serta perubatan kini semakin meningkat dan ia perlu direbut masyarakat luar bandar kerana penternakan lintah tidak memerlukan kos yang besar selain mudah.

Katanya, penternakan lintah juga boleh dilakukan sebagai aktiviti ekonomi sampingan dan ia membolehkan nelayan serta pekebun meneruskan kegiatan seharian mereka pergi ke laut atau kebun.

“Berdasarkan maklumat yang saya fahami, peserta yang menyertai program ternakan lintah melalui Tekun ini, tidak perlu membayar pinjaman berkenaan sehingga bulan kelapan iaitu ketika lintah dijual kepada pembeli.

“Selain itu, pembekal lintah ini juga akan membekalkan induk lintah serta makanannya selain menyediakan khidmat nasihat setiap bulan bagi memastikan pulangan kepada setiap peserta,” katanya.

Syed Hamid berkata, melalui projek berkenaan, setiap peserta akan mendapat lima tong yang berisi kira-kira 200 ekor lintah sebelum ia mencapai tempoh matang pada bulan kelapan bagi membolehkannya dipasarkan.

Beliau juga berharap Tekun dapat menyediakan pinjaman sama kepada belia kerana penternakan berkenaan amat mudah serta tidak memerlukan penjagaan rapi seperti penternakan lain.

Sabtu, 14 Jun 2008

Rancangan Perniagaan

Assalamualaikum. Bersua kembali. Agak lama juga aku menyepi. Tak dak hilang kemananya. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Maklumlah kerja sendiri, kenalah usaha pelbagaikan pendapatan untuk menampung kehidupan (sara hidup). Tambahan pula dengan keadaan sekarang yang saban hari semakin "cemerlang, gemilang dan terbilang" dgn kenaikan harga barang. Mahu atau tidak kita terpaksa mencari jalan utk mempelbagaikan pendapatan untuk menampung segala kos yg tak mungkin akan berkurangan.

Kebelakangan ini lokasi kolam ternakan/latihan projek lintah aku tak putus-putus dikunjungi oleh mereka yg berminat untuk menternak lintah. Almaklumlah nak tambah 'income' kata depa. Ada yg nak buat kecik2 dulu, ramai juga yg nak buat besar-besaran. Ramai juga yang bertanya tentang 'rancangan perniagaan', cam na nak buat pinjaman dan sebagainya lagi. Baiklah bagi yang bertanya tu, aku perturunkan sedikit panduan sebagai panduan. Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu.

Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:

  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan

· tanggungjawab setiap jawatan

· imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • Analisis Pasaran

· untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.

· mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.

· mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

  • Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.

· Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.

· Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

  • Ramalan Jualan

· syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

  • Strategi Pemasaran

· Strategi pemasaran secara keseluruhan

· bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan

· kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

  • Strategi barangan

· faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

  • Strategi harga

· penentuan harga

· tawaran harga dan sebagainya.

  • Strategi Pengedaran

· cara pengedaran dibuat

· kos-kos yang terlibat

· rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

  • Strategi promosi

· teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

· Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran

· jumlah pengeluaran

· keupayaan maksimum

· penyimpanan stok

  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

· modal sendiri

· pinjaman bank

· sewa beli

· lain-lain

  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC) /> - 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.

Isnin, 11 Februari 2008

TIANG PAGAR DAH SIAP

Bersua kembali kita. Kerja pemasangan tiang pagar telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Berat juga tiang pagar konkrit ni. Aku menggunakan 17 batang tiang untuk keseluruhan kawasan kolam ternakan aku. Aku jangkakan kerja pemasangan dawai pagar dapat dijalankan pada esok hari.

Sementara menanti simen tapak tiang kering sepenuhnya, aku mengambil peluang melepaskan 'gian' mencari induk lintah. Sudah agak lama aku tak keluar mencari induk. Terasa rindu pulak nak merasa kesejukan air di kawasan paya yang pernah aku kunjungi dulu.

Pencarian selama setengah jam pada petang itu tidak membuahkan hasil yang lumayan. Keadaan kemarau pada masa sekarang menyukarkan kerja-kerja mencari induk lintah. Mungkin lintah lari bersembunyi ke dalam selut agaknya. Aku cuma berjaya menangkap 6 ekor induk lintah sahaja pada petang itu.

Walaupun hasilnya tidak lumayan namun saiz induk yang aku dapat kali ini sungguh besar sekali. Agaknya dah betul-betul otai lintah ni. Lihatlah perbezaan saiz anak lintah dan lintah otai yang di pegang oleh anak aku.

Jumpa lagi esok. Ada pelawat dari Aloq Setaq nak datang.

Selasa, 29 Januari 2008

Episod Ke Tiga

Kerja menyiapkan kolam simen untuk projek ternakan lintah telah dimulakan hari ini. Pekerja yang sepatutnya memulakan pembinaan kolam telah menarik diri di saat akhir disebabkan ada komitmen lain. Aku terpaksa mencari pekerja yang lain supaya pembinaan kolam ini tidak tertangguh lagi. Inipun sudah terlewat seminggu daripada perancangan asal.

Ayahku telah berjaya mendapatkan pekerja baru dan beliau memberi jaminan untuk memulakan kerja pembinaan pada hari ini juga. Kasihan ayahku, terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengganti tersebut. Tukang tersebut merupakan kawan ayah aku (orang kampung aku) Pak Long Harun.

Pada sebelah petangnya aku pulang ke kampung untuk melihat kerja-kerja awal pembinaan kolam yang dijalankan. Pak Long Harun hanya berjaya menyiapkan 10% sahaja kerja ada pagi tu. Dia katanya ada hal lain yang perlu dibereskan pada sebelah petang. Dia akan dapat memberikan tumpuan yang penuh untuk projek aku mulai esok hari. Nak buat macam mana 'last minute' punya requirement.




Ini sahaja yang berjaya disiapkan pada hari pertama.

Masa yang terluang pada petang itu diisikan dengan sessi beramah mesra dengan lintah-lintah aku. Syukur Alhamdulillah, aku lihat lintah-lintah tu begitu cergas dan sihat-sihat belaka. Aku perhatikan banyak juga ketulan telur yang melekat pada akar pokok keladi bunting dalam kolam tangki. Maaf gambar (telur) tak dapat aku tunjukkan pada kali ini.



Berani anak jantan abah ni... Jaga2 Adik, lintah dah nak hisap darah tu...


Induk lintah yang sihat dan cergas



Benih lintah berenang dengan penuh lemah gemalai

Sessi petang itu berakhir sebaik sahaja hujan turun. Aku kembali ke rumah di Sungai Petani dan sampai menjelang azan maghrib. Besok aku akan kembali lagi untuk memastikan pembinaan kolam berjalan dengan lancar. Harap-harap dinding kolam dapat disiapkan menjelang petang. Jumpa lagi.

Ahad, 27 Januari 2008

Episod Kedua

Salam mesra buat pengunjung Warisan AR. Hari ini jika mengikutkan perancangan, sepatutnya kerja-kerja menyiapkan kolam simen mula dijalankan. Namun aku hanya dapat merancang tapi Tuhan yang menentukan. Pekerja yang sepatutnya menjalankan kerja pembinaan kolam tidak dapat hadir disebabkan timbulnya komitmen lain yang lebih penting. Aku terpaksa menerima hakikat ketentuan Ilahi.



Kolam tangki yg baru dipindahkan dan isteri kesayanganku yang sempat possing pegang lintah

Aku menggunakan keluangan masa yang ada dengan memindahkan dahulu kolam tangki ke tapak projek ternakan. Kolam tangki ini telah aku aktifkan sejak 2 bulan lepas. Sebenarnya aku telah mengambil masa lebihkurang 3 bulan mengkaji dan mendapatkan maklumat yang selengkapnya sebelum mengambil keputusan untuk mengusahakan ternakan lintah ini. Terima kasih kepada Group Forum Pelintah yang telah banyak membantu aku. Bermula dengan akuarium 24" x 12" x 12", selama tiga bulan aku mengkaji dan menganalisa mengenai corak penghidupan lintah di dalamnya.

Setelah mendapat hasil kajian yang positif aku memperluaskan aktiviti perternakan ke kolam tangki 150 gelen. Hasil yang diperolehi agak memberansangkan di mana sudah kelihatan anak-anak lintah sebesar >< onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcfZ39hi48O9y2mGwg8Pr9Ty2S2iahACylLjC4oTuRv4bRFwTUVAMVxU-UojehHAvO02zgaYDp17zwrLWJqtSN8Eo2QDlAMzdIF0Zwg1EeGZGjps-WTfBPQSv_x-vOWAMgh-Bm4Cyy0D-B/s1600-h/kolamaku4.JPG">
Inilah induk lintah yang mendiami kolam tangki aku. Lihatlah betapa beraninya isteriku. Dua tangan sebelah bawah tu tangan aku. Amboiii.. panjang sungguh lintah tu....

Akhirnya aku memilih untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus ternakan lintah yang dianjurkan oleh pihak Agrifarm Resources pada 19 Januari 2008 bertempat di Kuala Gula, Semanggol, Perak. Maka bermulalah perjalanan yang aku harap dan doakan semoga dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Jumpa lagi di episod ke tiga...

Jumaat, 25 Januari 2008

Pusingan Pertama

Setelah mengikuti berbagai kursus dan seminar, aku akhirnya memilih bidang ternakan lintah sebagai projek pertama Warisan AR. Kursus ternakan lintah yang dianjurkan oleh pihak Agrifarm Resources Sdn Bhd telah dijalankan pada 19 Januari 2008 bertempat di Pengkalan Kuala Gula, Semanggol, Perak. Sejumlah 49 peserta telah terlibat yang datangnya dari serata pelusuk tanahair.

Sekembalinya dari tempat kursus, aku lantas merangka pelan perancangan projek ternakan lintah yang bakal diusahakan dalam masa terdekat. Aku menjangkakan seminggu sebelum Perayaan Tahun Baru Cina tiba, kolam simen untuk projek penternakan lintah akan berjaya disiapkan.

Maka pada hari Isnin 21 Januari 2008, kerja-kerja penyediaan tapak untuk kawasan kolam ternakan telah dimulakan. Dengan tenaga kerja seramai 4 orang maka kerja menyiapkan kawasan tapak seluas 12' x 25' telah berjaya disiapkan dalam masa sehari.


Kerja pembinaan 2 buah kolam 5' x 10' dijangka dapat dijalankan dalam masa 2 hari lagi. Ini bagi membolehkan tapak kolam kering dengan secukupnya. Untuk peringkat pertama, aku mensasarkan untuk mengusahakan 4 kolam simen dan 4 kolam tangki.

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.