INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Memaparkan catatan dengan label pinjaman kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pinjaman kewangan. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Jun 2008

Rancangan Perniagaan

Assalamualaikum. Bersua kembali. Agak lama juga aku menyepi. Tak dak hilang kemananya. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Maklumlah kerja sendiri, kenalah usaha pelbagaikan pendapatan untuk menampung kehidupan (sara hidup). Tambahan pula dengan keadaan sekarang yang saban hari semakin "cemerlang, gemilang dan terbilang" dgn kenaikan harga barang. Mahu atau tidak kita terpaksa mencari jalan utk mempelbagaikan pendapatan untuk menampung segala kos yg tak mungkin akan berkurangan.

Kebelakangan ini lokasi kolam ternakan/latihan projek lintah aku tak putus-putus dikunjungi oleh mereka yg berminat untuk menternak lintah. Almaklumlah nak tambah 'income' kata depa. Ada yg nak buat kecik2 dulu, ramai juga yg nak buat besar-besaran. Ramai juga yang bertanya tentang 'rancangan perniagaan', cam na nak buat pinjaman dan sebagainya lagi. Baiklah bagi yang bertanya tu, aku perturunkan sedikit panduan sebagai panduan. Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu.

Rancangan Perniagaan (RP)

1.Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2.Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yanbg akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan

Kegunaan (RP)

  • Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  • Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  • Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  • Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan (RP)

  • Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan
  • Statistik
  • Data ekonomi
  • Data perdagangan
  • Penyelidikan pasaran

Kandungan (RP)

1. Jadual Kandungan
2. Ringkasan eksekutif RP/sinopsis RP
3. Pengenalan
4. Tujuan Penyediaan RP
5. Latar belakang perniagaan/syarikat
6. Latar belakang pemilik
7. Rancangan organisasi/pengurusan
8. Rancangan pemasaran
9. Rancangan pengeluaran/operasi
10. Rancangan kewangan
11. Jadual pelaksanaan projek
12. Rumusan

Penyediaan (RP)

1. Pengenalan

  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan

2. Tujuan Penyediaan RP

Nyatakan sama ada:

  • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
  • merancang pelaksanaan projek baru
  • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
  • atau lain-lain tujuan

3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)

4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan

· tanggungjawab setiap jawatan

· imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

6. Rancangan Pemasaran

  • Analisis Pasaran

· untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.

· mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.

· mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).

  • Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.

· Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.

· Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

  • Ramalan Jualan

· syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

  • Strategi Pemasaran

· Strategi pemasaran secara keseluruhan

· bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan

· kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya

  • Strategi barangan

· faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan

  • Strategi harga

· penentuan harga

· tawaran harga dan sebagainya.

  • Strategi Pengedaran

· cara pengedaran dibuat

· kos-kos yang terlibat

· rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

  • Strategi promosi

· teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

· Belanjawan pemasaran

7. Rancangan Pengeluaran/Operasi

  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran

· jumlah pengeluaran

· keupayaan maksimum

· penyimpanan stok

  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan

8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

Bahagian ini merangkumi :

  • Kos pelaksanaan projek
  • Sumber pembiayaan

· modal sendiri

· pinjaman bank

· sewa beli

· lain-lain

  • Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5 tahun)
  • Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5 tahun)
  • Analisis Titik Pulang Modal

9. Jadual Pelaksanaan Projek
Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

10. Rumusan/Justifikasi
Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

Nota:
Sumber rujukan
- 'Asas Keusahawanan' oleh Pusat Pembangunan Usahawanan Malaysia (MEDC) /> - 'Outline for a Business Plan' - Arthur Young.

Jumaat, 2 Mei 2008

Masalah Bebanan Hutang

Tidak dapat tidak, kebanyakkan dari kita sering dibelenggu dengan masalah bebanan hutang. Keadaan ini kadangkala membuatkan kehidupan kita tidak tenteram dan menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan. Kebiasaannya masalah bebanan hutang ini adalah disebabkan kesilapan kita dalam menguruskan kewangan. Perbelanjaan yang melampau dan gaya hidup yang mewah tidak seiring dengan kemampuan yang ada merupakan faktor utama masalah ini berlaku.

Kehidupan anda mula dihantui dan dibayangi dengan panggilan dan 'kunjungan' dari individu yang tidak diundang. Bila keadaan ini berlaku, apa yang dapat anda lakukan? Sukar, perit, gelisah, kecewa dan berbagai lagi perasaan tambah menekan jiwa. Ada juga yang tidak ambil kisah dengan semua ini. Tapi persoalannya samai bila? Jalan penyelesaian perlu dicari. Anda menghubungi pihak institusi kewangan untuk berunding. Tapi menghadapi jalan buntu. Apa lagi yang boleh anda lakukan? CUBA hubungi AKPK. Apa itu AKPK

AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006, untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu, serta memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka di kala mendapat ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Matlamat AKPK adalah untuk memastikan secara proaktifnya bahawa daya tahan sektor isi rumah terus berkekalan. Ini dapat dilaksanakan dengan memberi peluang kepada para peminjam individu mahupun bakal peminjam untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dalam menguruskan kewangan serta hutang mereka di kala turut mempromosikan sebuah sistem perbankan yang bukan sahaja lengkap malah selamat. Demi mencapai matlamat-matlamat ini, misi AKPK adalah untuk Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup buat semua warga Malaysia.

Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan secara percuma di AKPK adalah seperti berikut:

  • Pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit secara bertanggungjawab dan kemahiran asas dalam pengurusan wang
  • Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, termasuk membuat belanjawan untuk menguruskan perbelanjaan
  • Program Pengurusan Kredit untuk bantuan dalam mendapatkan semula kawalan terhadap kewangan pengguna
Untuk maklumat lanjut anda boleh kunjungi AKPK

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.