INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Memaparkan catatan dengan label habitat lintah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label habitat lintah. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Februari 2008

Pagar Kolam Lintah Dah Siap (Induk dan benih lintah)

Syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya siap juga pagar kawasan kolam ternakan lintah yang aku usahakan. Masalah gangguan terhadap lintah ternakan aku sedikit sebanyak telah dapat diatasi. Paham-paham sajalah bila kat perkampungan ni. Ramai sangat bebudak yang minat sangat nak bermanja dengan lintah. Bila dah berpagar ni senanglah sikit dan kontrol pergerakan depa. Bukan saja budak, pak budak dan mak budak pun ikut sama nak melawat. Kalau setakat tengok saja tak pa lah. Ini siap nak bermanja dengan lintah-lintah tu. Aku bimbang proses pembiakan dan pembesaran lintah terganggu.

Untuk tidak mengecewakan para pelawat aku telah menyediakan kolam khas untuk pelawat. Depa boleh la beramah-mesra dengan lintah dalam kolam tu dengan sepuas-puasnya. Aku telah memindahkan lintah ternakan dari kolam tangki ke kolam simen yang dah siap tu. Gembira sungguh aku tengok depa. Maklum la tempat baru tu lebih luas dan selesa. Harapan aku moga depa lebih cepat membiak dan membesar.

Kolam simen tu telah aku perkemaskan sebaik yang mungkin demi keselesaan keada lintah ternakan aku. Selain lapisan pasir aku juga memasukkan selut tanah liat lebih kurang 2 kg ke dalam kolam. Ada rahsia kenapa selut tanah liat perlu dimasukkan. Rahsia ini aku kongsikan bersama pengunjung kolam ternakan aku sahaja. Kalau nak tahu, "singgah mai la ke kolam aku". Dua (2) kilogram Makanan Khas untuk tujuan pembesaran lintah juga telah dimasukkan.

Tawaran istimewa disediakan kepada pelawat/pengunjung kolam ternakan aku. Makanan khas untuk lintah ditawarkan dengan harga RM3/kg sahaja. Jadi kepada yang ingin dapatkan harga istimewa ini, silalah ke tapak projek kolam ternakan lintah aku. Ada tawaran yang lebih istimewa jika membeli dengan kuantiti yang banyak.

Sekali lagi aku ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada bakal penternak lintah supaya berhati-hati dengan tawaran kursus ternakan lintah yang begitu banyak sekarang ini. Selidiki dahulu latar belakang syarikat atau individu yang menganjurkan kursus tersebut. Jangan mudah memasukkan wang yuran kursus ke dalam akaun no yang diberikan. Sudah ada pihak-pihak tertentu yang mula mengambil kesempatan atas kecenderungan dan perkembangan industri penternakan lintah ini. Selidik dahulu apa yang boleh diberikan oleh pihak penganjur.

Fikir dahulu apa tujuan kita mengikuti kursus. Jika sekadar ingin mengetahui kaedah penternakan, rasanya tak perlu untuk menghadiri kursus. Lebih baik buat lawatan ke kolam yang sedia ada. Ramai penternak sedia ada yang sudi memberikan bantuan. Aku juga sedia membantu dan memberi kursus ternakan lintah secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Kepada yang bakal penternak di luar sana, mai la berkunjung ke kolam ternakan lintah aku.

Jumpa lagi di episod yang akan datang. Salam buat PELINTAH semua....

Isnin, 11 Februari 2008

Rumah Baru Lintah dan Pengunjung Kolam

Bersua kembali. Kemaafan aku pohon kerana tak dapat bersama kelmarin. Tiadanya kemudahan internet di kampung menyebabkan aku tak dapat bersama. Letih betul kelmarin menyebabkan aku membuat keputusan untuk bermalam dikampung. Kebetulan anak-anakpun masih bercuti lagi.

Lintah ternakan telah berjaya aku pindahkan ke 'rumah baru'. Sukanya depa dengan rumah baru yang begitu luas dan selesa. Langsung tak kelihatan lintah yang berenang selepas dilepaskan ke dalam kolam baru. Semuanya lebih selesa lepak di dasar kolam yang telah aku sediakan 'tilam dan bantal' yang paling istimewa sekali.

Hari ini kolam ternakan aku menerima tetamu dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Saudara Feiruz dan rakan2 sudi datang dari jauh semata-mata ingin mengetahui lebih mendalam mengenai ternakan lintah. Rasa macam Tok Guru pulak aku...keh..keh..keh.. Tak pa lah, depa nak belajaq. Apa yang aku tau aku habaq. Tak dak apa yang aku nak sembunyikan.

Aku rasa seronok dengan apa yang aku buat. Tambah membahagiakan bila aku dapat mengajar apa yang aku tahu kepada orang lain. Bagi aku itu yang lebih berkat. Lagi banyak ilmu yang kita kongsikan, insyaallah tuhan akan beri lebih lagi kepada kita. Itu amanat guru yang aku pegang selama ini.
Feiruz dan rakan-rakan pulang bersama 25 ekor induk, sebagai ternakan percubaan dalam akuarium katanya. Aku beri sedikit panduan bagaimana untuk sediakan suasana yang dapat mententeramkan lintah-lintah itu nanti. Tips inipun aku dapat dari sahabat forum di PELINTAH. Terima kasih saudara Imagna@adi.

Pada sebelah petang aku memulakan kerja pemasangan pagar di sekeliling kolam ternakan aku. Pagar terpaksa dipasang disebabkan lately ramai sangat pengunjung bawah umur (kanak2 la tu) yang melawat. Tahu sajalah kanak2, bukan senang nak kawal. Oleh itu untuk kebaikan semua pihak aku terpaksa keluarga belanja lebih untuk pasang pagar. Rasanya dekat RM800.00 jugak yang akan lebur tu. Aku jangkakan dalam 3 hari lagi kerja-kerja pemasangan akan siap sepenuhnya.

Sambil tunggu simen tapak tiang pagar kering bolehla aku pi cari induk lintah. Dah lama tak cari induk dah naik gian pulak rasanya. Cuaca yang panas menyebabkan induk lintah sukar di cari. Air dalam paya yang hampir kering tambah merumitkan lagi usaha. Lintah sudah masuk ke dalam selut bagi mengelakkan dari bahang panas yang melampau.

Sejak kebelakangan ini aku menerima begitu banyak panggilan untuk mendapatkan induk lintah. Permintaan datang dari serata tempah dan yang paling banyak sekali dari Selangor. Tempahan dari pengamal homeopaty juga ada aku terima. Ada yang menempah dengan kuantiti yang agak banyak sehingga mencecah 5,000 ekor. Nampaknya industri lintah mula berkembang dengan meluas dewasa ini. Aku rasa stok lintah yang ada sekarang ini tidak mampu lagi menampung permintaan yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Aku juga mengambil kesempatan di sini untuk memberi peringatan kepada bakal penternak lintah yang ingin menceburi bidang ini. Hati-hati dengan iklan kursus lintah yang begitu banyak dianjurkan oleh syarikat dan individu tertentu. Ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kecenderungan orangramai yang begitu berminat dengan ternakan lintah. Jangan sesekali mudah percaya dan memasukkan wang yuran kursus sebelum mengenalpasti dahulu kesahihan syarikat atau individu tersebut.

Jumpa lagi. Wassalam.

Khamis, 7 Februari 2008

Apa kaitan seks dengan LINTAH

Sejak dahulu kala sebilangan besar masyarakat melayu percaya bahawa minyak lintah berupaya merawat serta memperbaiki fungsi seks. Malahan sehingga ke hari ini masih banyak lagi individu terutamanya kaum lelaki yang masih mempercayai dan mengamalkan penggunaan minyak lintah. Terdapat berbagai jenis minyak lintah yang ada di pasaran dewasa ini. Namun adakah benar minyak lintah ini berupaya memperkasakan 'senjata' seorang yang bergelar lelaki.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Tamby baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa minyak lintah tidak memberi sebarang fungsi untuk tujuan membesar dan memanjangkan alat kelamin lelaki. Bagi seorang pakar sudah semestinya beliau telah menjalankan kajian sebelum berani mengeluarkan kenyataan sebegini. Malahan (kalau tak silap aku), sehingga kini belum ada mana-mana pengeluar minyak lintah yang membuat kenyataan balas bagi menafikan dakwaan Dr Ismail. Adakah benar dakwaan/kenyataan yang dikeluarkan ataupun pihak pengeluar minyak lintah sendiri tidak pasti akan keberkesanan produk mereka?

Hakikat sebenarnya kegunaan lintah adalah lebih meluas daripada sekadar menghasilkan minyak lintah. Ekstrak yang didapati daripada lintah telah memberikan manafaat yang begitu besar dalam bidang perubatan dan farmasi. Kebelakangan ini produk-produk kecantikkan berasaskan ekstrak lintah telah mula berada di pasaran tempatan. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh para penyelidik di Malaysia untuk mengkaji dan mengenalpasti akan potensi industri lintah supaya boleh berkembang dengan lebih pesat lagi.

Secara peribadi aku berpendapat dalam soal seks, faktor yang paling utama adalah kekuatan psikologi individu itu sendiri. Pada aku kenikmatan seks bukan bersandarkan kepada besar atau panjang alat kelamin seseorang. Besar dan panjang tidak menjamin seorang lelaki dapat memberikan kepuasan hubungan kelamin kepada pasangannya. Apa yang lebih penting adalah kebijaksanaan seorang lelaki untuk mengendalikan suasana pada masa hubungan itu berlaku.

Banyak kekeliruan timbul, tentang bagaimana kepuasan wanita (orgasm) atau klimak itu berlaku. Oleh kerana anzal (orgasm) itu datang dalam gelombang denyutan pada faraj wanita sehinggakan wanita itu sendiri tidak dapat membezakan antara kepuasan yang bertali-tali (multiple orgasm) ataupun yang berturut-turut (sequential orgasm).

Secara umum anzal atau klimak yang datang secara bertali-tali adalah anzal (orgasm) yang datang berterusan antara satu sama lain. Wanita yang anzal sebegini akan kelihatan tidak berada dibumi nyata dan lama untuk sedar. Apabila wanita ini dipuncak dan puas, dia akan terus tidur kepenatan.

Anzal yang berturut-turut pula adalah anzal atau orgasm yang datang antara satu sama lain dalam jangka masa yang berjarak. Tempoh mungkin dalam berapa saat atau seminit dua. Wanita sebegini akan puas sekali dan sedar semula dan dengan tiba-tiba akan puas sekali lagi dalam minit yang kemudiannya.

Wanita yang memdapat kepuasan bertali-tali sepenuhnya adalah jarang berlaku, namun setiap wanita mampu untuk mempunyai anzal yang berturut-turut.

Ramai wanita mampu mendapat anzal yang lebih daripada sekali jika permulaan hubungan seks adalah dalam suasana yang tenang dan selesa dan wanita itu diberahikan dengan belaian lembut dan romantik. Dalam keadaan berahi apabila kelentitnya dibelai sebaiknya, kepuasan dan klimak yang datang akan berkali-kali, mungkin dua tiga atau enam kepuasan sebelum wanita itu betul-betul puas.

Berbanding pula dengan lelaki yang mampu puas sekali dengan pancutan air mani, dalam masa pendek wanita mampu mendapat lebih daripada itu jika keadaan dan cara yang sesuai.

Wanita tidak perlulah merasa risau. Menurut satu kajian tentang anzal atau orgasm wanita. Orgasm yang sekali sudah cukup bagi 90 peratus wanita yang diselidik. Adalah satu perkara normal jika wanita hanya mampu puas sekali sahaja dan jika mendapat lebih anggapkan ia sebagai bonus.

Ingin diingatkan, kelentit akan menjadi terlalu sensitif (geli) selepas wanita anzal dan ia boleh menyakitkan. Jika pasangan wanita berminat untuk memberikan lebih, jangan paksa dirinya. Mendapat lebih daripada satu kepuasan memerlukan keadaan yang sesuai dan wanita perlu dalam keadaan sedia. Tidak perlu paksa diri wanita itu. Jika wanita itu nyatakan sudah cukup maka berikan belaian kasih sayang dan cinta anda.

Cara yang terbaik adalah dengan membuat wanita rasa selesa sebelum hubungan seks. Tempat yang tenang dan selesa dan lakukan belaian awal dan ciuman yang memberahikan kepada wanita. Rasa berahi wanita datang daripada belaian lembut dan layan istimewa akan membantunya mencapai klimak atau orgasm..


ps. Jika anda mempunyai tip yang baik dan sesuai untuk diskusi ini anda dijemput untuk menghantarnya. Tidak perlu lucah kerana diskusi ini untuk tujuan pendidikan. Sudah banyak ruang untuk perkongsian gambar dan cerita. Diskusi ini hanya mahu buat tumpuan kepada pendidikan dan amalan yang sesuai untuk kepuasan semua.

Selasa, 29 Januari 2008

Episod Ke Tiga

Kerja menyiapkan kolam simen untuk projek ternakan lintah telah dimulakan hari ini. Pekerja yang sepatutnya memulakan pembinaan kolam telah menarik diri di saat akhir disebabkan ada komitmen lain. Aku terpaksa mencari pekerja yang lain supaya pembinaan kolam ini tidak tertangguh lagi. Inipun sudah terlewat seminggu daripada perancangan asal.

Ayahku telah berjaya mendapatkan pekerja baru dan beliau memberi jaminan untuk memulakan kerja pembinaan pada hari ini juga. Kasihan ayahku, terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengganti tersebut. Tukang tersebut merupakan kawan ayah aku (orang kampung aku) Pak Long Harun.

Pada sebelah petangnya aku pulang ke kampung untuk melihat kerja-kerja awal pembinaan kolam yang dijalankan. Pak Long Harun hanya berjaya menyiapkan 10% sahaja kerja ada pagi tu. Dia katanya ada hal lain yang perlu dibereskan pada sebelah petang. Dia akan dapat memberikan tumpuan yang penuh untuk projek aku mulai esok hari. Nak buat macam mana 'last minute' punya requirement.




Ini sahaja yang berjaya disiapkan pada hari pertama.

Masa yang terluang pada petang itu diisikan dengan sessi beramah mesra dengan lintah-lintah aku. Syukur Alhamdulillah, aku lihat lintah-lintah tu begitu cergas dan sihat-sihat belaka. Aku perhatikan banyak juga ketulan telur yang melekat pada akar pokok keladi bunting dalam kolam tangki. Maaf gambar (telur) tak dapat aku tunjukkan pada kali ini.



Berani anak jantan abah ni... Jaga2 Adik, lintah dah nak hisap darah tu...


Induk lintah yang sihat dan cergas



Benih lintah berenang dengan penuh lemah gemalai

Sessi petang itu berakhir sebaik sahaja hujan turun. Aku kembali ke rumah di Sungai Petani dan sampai menjelang azan maghrib. Besok aku akan kembali lagi untuk memastikan pembinaan kolam berjalan dengan lancar. Harap-harap dinding kolam dapat disiapkan menjelang petang. Jumpa lagi.

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.