Keliru! Celaru! Haru-biru!
Salam buat semua pengunjung WAR. Kekeliruan mengakibatkan suasana bercelaru dan timbulnya keadaan yang haru-biru. Rupanya masih ramai lagi yang keliru dengan industri ternakan lintah ini. Keadaan ini berlaku disebabkan kepelbagaian ilmu pengetahuan yang disebarkan oleh pakar2 penganjur kursus. Ini ditambah lagi dengan golongan yang baru terlibat sebulan-dua tapi mengaku diri dah cukup hebat.
Keadaan ini mengakibatkan timbulnya salah faham tentang industri ternakan lintah ini. Tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab ini mengakibatkan masyarakat mula memandang serong terhadap industri ini. Janji-janji palsu dan ajaran-ajaran songsang yang ditabur serta disebarkan telah mula menular dan merosakkan industri yang berpotensi besar ini.
Mereka yang masih baru dan berminat untuk melibatkan diri telah disogokkan dengan cerita-cerita indah yang tidak benar sama sekali. Mana mungkin menternak lintah dalam 3 bulan boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan hingga mencecah RM5k sebulan. Itu janji SKIM CEPAT KAYA. Melabur sejumlah RM5k dijanjikan habuan berjumlah RM30k selepas 6 bulan. Jika benar sedemikian banyaklah penternak lintah yang bakal menjadi JUTAWAN dengan sekelip mata. Kepada bakal penternak, jumpalah dan dapatkan pandangan dari penternak yang telah lama terlibat dalam industri ini. Dapatkan gambaran sebenar, bukannya cerita dongeng dari sebahagian besar pakar penganjur kursus yang hanya mementingkan keuntungan dari penganjuran kursus semata-mata.
Sebelum berundur sekali lagi aku ingin ingatkan berwaspada dengan skim pelaburan kolam/ladang ternakan lintah. Beringat sebelum terperangkap.. Usahakan dengan skala yang kecil dahulu. Fahami dan kenali dahulu makhluk yg istimewa ini. Yang penting buat dan jangan hanya tunggu dan melihat. Jumpa lagi.. Wassalam.
IKLAN
Rabu, 2 Julai 2008
Masih Keliru Dengan Industri Lintah
Posted by
ajet66@det
at
1:42 PG
0
pandangan ikhlas
Labels: industri lintah, kolam lintah, kursus lintah, ternak lintah
Jumaat, 15 Februari 2008
Pagar Kolam Lintah Dah Siap (Induk dan benih lintah)
Syukur kehadrat Allah SWT, akhirnya siap juga pagar kawasan kolam ternakan lintah yang aku usahakan. Masalah gangguan terhadap lintah ternakan aku sedikit sebanyak telah dapat diatasi. Paham-paham sajalah bila kat perkampungan ni. Ramai sangat bebudak yang minat sangat nak bermanja dengan lintah. Bila dah berpagar ni senanglah sikit dan kontrol pergerakan depa. Bukan saja budak, pak budak dan mak budak pun ikut sama nak melawat. Kalau setakat tengok saja tak pa lah. Ini siap nak bermanja dengan lintah-lintah tu. Aku bimbang proses pembiakan dan pembesaran lintah terganggu.
Untuk tidak mengecewakan para pelawat aku telah menyediakan kolam khas untuk pelawat. Depa boleh la beramah-mesra dengan lintah dalam kolam tu dengan sepuas-puasnya. Aku telah memindahkan lintah ternakan dari kolam tangki ke kolam simen yang dah siap tu. Gembira sungguh aku tengok depa. Maklum la tempat baru tu lebih luas dan selesa. Harapan aku moga depa lebih cepat membiak dan membesar.
Kolam simen tu telah aku perkemaskan sebaik yang mungkin demi keselesaan keada lintah ternakan aku. Selain lapisan pasir aku juga memasukkan selut tanah liat lebih kurang 2 kg ke dalam kolam. Ada rahsia kenapa selut tanah liat perlu dimasukkan. Rahsia ini aku kongsikan bersama pengunjung kolam ternakan aku sahaja. Kalau nak tahu, "singgah mai la ke kolam aku". Dua (2) kilogram Makanan Khas untuk tujuan pembesaran lintah juga telah dimasukkan.
Tawaran istimewa disediakan kepada pelawat/pengunjung kolam ternakan aku. Makanan khas untuk lintah ditawarkan dengan harga RM3/kg sahaja. Jadi kepada yang ingin dapatkan harga istimewa ini, silalah ke tapak projek kolam ternakan lintah aku. Ada tawaran yang lebih istimewa jika membeli dengan kuantiti yang banyak.
Sekali lagi aku ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada bakal penternak lintah supaya berhati-hati dengan tawaran kursus ternakan lintah yang begitu banyak sekarang ini. Selidiki dahulu latar belakang syarikat atau individu yang menganjurkan kursus tersebut. Jangan mudah memasukkan wang yuran kursus ke dalam akaun no yang diberikan. Sudah ada pihak-pihak tertentu yang mula mengambil kesempatan atas kecenderungan dan perkembangan industri penternakan lintah ini. Selidik dahulu apa yang boleh diberikan oleh pihak penganjur.
Fikir dahulu apa tujuan kita mengikuti kursus. Jika sekadar ingin mengetahui kaedah penternakan, rasanya tak perlu untuk menghadiri kursus. Lebih baik buat lawatan ke kolam yang sedia ada. Ramai penternak sedia ada yang sudi memberikan bantuan. Aku juga sedia membantu dan memberi kursus ternakan lintah secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Kepada yang bakal penternak di luar sana, mai la berkunjung ke kolam ternakan lintah aku.
Jumpa lagi di episod yang akan datang. Salam buat PELINTAH semua....
Posted by
ajet66@det
at
10:21 PG
0
pandangan ikhlas
Labels: habitat lintah, kolam lintah, lawatan kolam lintah, makanan lintah
Sabtu, 9 Februari 2008
Rumah Baru Lintah - sambungan
Salam siaran. Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana tak dapat update aktiviti kelmarin. Kami mengadakan kenduri doa selamat sempena ulangtahun kelahiran anak saudara aku dan sempena pembukaan kolam baru. Maaf gambar tak dapat disiarkan disebabkan masalah teknikal. Ramai tetamu yang terdiri dari penduduk kampung yang hadir selepas selesai sembahyang Jumaat.
Kolam ternakan aku menjadi tumpuan penduduk kampung. Ramai yang terkejut dan merasa pelik dengan usaha yang aku jalankan. Tak pernah dibuat orang, kata depa. Kolam ternakan aku juga menerima kunjungan Saudara Wan dan abangnya dari Tikam Batu, Sg Petani. Semakin ramai yang berminat menceburi bidang ternakan lintah ini. Banyak sungguh soalan yang dikemukan. Minat sungguh depa untuk menjalankan usaha ternakan ini. Akupun persembahkanlah segala ilmu yang ada bagi merungkaikan segala kekusutan yang terbuku dalam pemikiran depa. Depa juga amat bertuah kerana dapat lihat telur lintah dalam kolam ternakan. Bukan semua orang yang daat lihat. Ramai penternak lintah sendiri yang tak pernah lihat telur dan anak lintah yang masih merah tu. Harapan aku depa berpuashati dengan segala panduan dan penjelasan yang aku persembahkan. Agaknya lah...
Aktiviti yang padat pada hari kelmarin tidak mengizinkan untuk memindahkan lintah ternakan aku ke rumah baru. Insyaallah aku akan pindahkan lintah tu ke dalam kolam baru pada petang ini. Jumpa lagi....
----------------
Now playing: Plig Lock - Thai Top Hits
via FoxyTunes
Posted by
ajet66@det
at
8:29 PG
0
pandangan ikhlas
Labels: kenduri, kolam lintah, lawatan kolam lintah, rumah baru
Khamis, 7 Februari 2008
Akhirnya Siap Juga Kolam Lintah
Alhamdulillah, akhirnya kolam simen untuk projek ternakan lintah aku akhirnya berjaya juga disiapkan. Aku harap induk dapat dilepaskan pada 8hb Februari nanti. Esok sempena cuti Tahun Baru Cina akan aku gunakan untuk 'setup' apa yang patut. Kolam perlu di'samak' terlebih dahulu dengan selut tanah liat bagi tujuan pembersihan dari sebarang anasir yang tak diingini.



Aku menjangkakan kerja-kerja ini akan mengambil masa setengah hari juga untuk disiapkan. Masa yang berbaki akan aku isikan dengan proses penyediaan pengisian dalam kolam. Ini termasuklah tugas merawat air, isikan pasir serta batu kecil dan memasukkan tumbuhan air.
Petang tadi aku menerima kunjungan Saudara Roslan bersama isteri dan anak-anak dari Kota Sarang Semut, Alor Setar. Beliau sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menambahkan ilmu mengenai lintah. Beliau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai si penghisap darah ini.
Saudara Roslan memaklumkan bahawa beliau merupakan peserta kumpulan pertama yang mengikuti kursus penternakan lintah dengan ASAS. Masa itu katanya bayaran yang dikenakan cuma RM550.00. Sekarang bayaran sudah meningkat berkali ganda, RM1500.00!!!!!! mahalnya. Kalau mampu sekalipun rasanya cheq tak mungkin menyertainya. Saudara Roslan memaklumkan beliau telah menjalankan ternakan lintah selama 4 bulan, namun masih tidak nampak sebarang hasil. Tak banyak yang dapat dipelajari semasa mengikuti kursus, mengikut kata Saudara Roslan. Ramai rakan-rakan beliau yang gagal dalam proses membiakkan anak lintah. Setelah selesai sessi bersoaljawab barulah aku dapat mengenalpasti di mana kesilapan yang berlaku.
Aku memberikan beberapa panduan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya proses ternakan dapat berjalan dengan lancar. Mereka juga sungguh bertuah kerana dapat melihat telor lintah dan anak-anak lintah yang masih baru menetas. Harap-harap selepas ini usaha mereka akan beroleh kejayaan. Petang itu saudara Roslan berangkat pulang dengan wajah yang lebih ceria dan dengan harapan serta semangat baru.
Kesempatan pada petang tadi juga aku gunakan untuk beramah mesra dengan 'baby' kesayangan ku. Tak lama lagi depa akan dapat rumah baru. Aku akan pindahkan lintah yang aku ternak dalam kolam konkrit (orang Kedah kata kolam kok) ke dalam kolam yang telah siap tu. Baiklah jumpa lagi esok....

Posted by
ajet66@det
at
1:01 PG
0
pandangan ikhlas
Labels: kolam lintah, kursus lintah, lawatan kolam lintah
