INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Memaparkan catatan dengan label induk lintah.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label induk lintah.. Papar semua catatan

Rabu, 2 April 2008

Harga Induk

Salam buat pengunjung Warisan AR. Semenjak dua menjak ni aku dapati harga induk lintah semakin menurun di pasaran. Sudah ada pihak yang menawarkan harga serendah RM1.40 seekor. Malahan ada juga kedengaran individu yg sanggup tawarkan harga paling rendah RM1.00. Jika dilihat sepintas lalu, ini merupakan perkembangan yg amat baik bagi industri ternakan lintah. Setidak-tidaknya penternak baru tidaklah dibebankan dgn harga induk yang yang tinggi. Syukur Alhamdulillah.

Namun begitu agak mendukacitakan jika perkara lain yang berlaku. Memang harga induk yg ditawarkan itu rendah,tetapi apa gunanya jika induk yg dibekalkan tidak dpt menyumbangkan hasil! Begini kisahnya. Aku paparkan di sini untuk renungan kita bersama.

Baru-baru ini salah seorang anak didik aku, saudara Man dari Kepala Batas, telah ditawarkan induk dgn harga RM1.40 seekor. Beliaupun berangkat ke Terengganu utk mendapatkan stok untuk kolam ternakan beliau. Beliau memerlukan 3,000 ekor induk untuk diisi ke dalam 6 buah kolam ternakan tersebut. Aku telah memberikan sedikit panduan sebagai panduan utk proses jual beli di sana nanti.

Beliau telah menghubungi aku sebaik tiba di Kuala Terengganu bertanyakan jika aku memerlukan bekalan induk. Trima kasih aku ucapkan namun aku tidak memerlukan bekalan buat masa itu. Aku tanya berkenaan saiz induk tersebut. Beliau nyatakan sebesar jari kelingking saiz induk tersebut. Aku katakan kalau saiz sebegitu sedang elok untuk dijadikan induk.

Sebaik kembali ke Utara, mereka telah mengunjungi aku dan membawa bersama contoh induk yg dibeli dari Terengganu. MasyaAllah, menyucap panjang aku bila melihat saiz induk yang dibawa mereka. Rata-rata saiz induk tersebut sebesar ibu jari kaki orang dewasa, bukannya sebesar jari kelingking yang diberitahu terdahulu. Aku tanya kenapa beli saiz yang sedemikian besar. Rupanya beliau salah faham bagaimana nak mengukur saiz lintah. Beliau mengambil kira saiz semasa lintah bergerak. Aku maklumkan saiz yg sedemikian, besar kemungkinan induk tersebut tidak akan produktif lagi. Aku terpaksa nyatakan perkara tersebut walaupun aku tahu mereka pasti kecewa.

Kecewa betul aku dengan sikap manusia sebegini. Kenapalah ada insan yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain. Sanggup mereka menipu untuk mengejar kemewahan duniawi tanpa memikirkan dosa dan pahala. Oleh itu aku harap tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa dengan spesis seperti ini. Apa gunanya harga yang murah tetapi tidak dapat memberikan sumbangan kepada usaha kita. Renungkanlah.

Khamis, 6 Mac 2008

Cahaya Mula Bersinar

Perkhabaran yang agak mengembirakan sampai ke telinga aku. Ada individu yang sudi membekalkan induk dan benih lintah dalam masa yang terdekat. Mungkin dalam sehari dua lagi beliau akan menghubungi aku semula. Semoga masalah yang membelenggu aku selama ini akan dapat diatasi. Rakan-rakan yang telah menyiapkan kolam ternakan dapatlah dibekalkan dengan keperluan benih dan induk lintah.

Begitu sukar sekali rupanya usaha pencarian benih dan induk lintah ini. Dari Kedah aku ke Pahang dan kini kembali semula usaha pencarian di Kedah. Bagi mereka yang pernah turun ke paya untuk mencari lintah sahaja yang faham maksud kesukaran itu. Kerjanya bukannya mudah seperti yang digambarkan. Banyak risiko yang perlu ditempuhi. Ancaman dari haiwan berbisa, betis yang terpaksa dikorbankan sebagai umpan dan berbagai lagi ujian dan dugaan yang terlalu banyak untuk aku coretkan di sini.

Hari Isnin yang lepas aku ke Kodiang, Kedah menghantar bekalan induk lintah untuk Kak Ani. Hebat juga usaha yang dijalankan oleh mereka. Tanpa jaminan pemasaran tapi mereka berani mengambil risiko kerana yakin dengan industri ini. Inilah semangat yang perlu ada dalam diri setiap individu yang ingin berjaya. Kak Ani dan suaminya setakat ini telah mendapatkan 2,000 induk lintah dari kami. Sebelum aku bertolak balik, beliau menempah 2,000 induk lagi untuk kolam baru yang dijangka siap dalam masa 2 minggu lagi.

Namun terus terang aku nyatakan bekalan benih dan induk lintah amat sukar diperolehi buat masa sekarang. Aku tidak lagi berani berjanji kepada sesiapa kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali. Setakat ini terlalu banyak senarai individu yang menanti untuk mendapatkan bekalan benih dan induk lintah. Semoga khabar gembira akan aku terima dalam masa yang terdekat ini. Insyaallah. Jumpa lagi...

Selasa, 26 Februari 2008

Pelbagai Peristiwa Semasa Di Pahang

Salam pertemuan buat semua tetamu Warisan AR.

Agak lama juga aku tak ke udara. Banyak peristiwa yang berlaku semasa aku pulang ke Pahang tempohari. Ada suka dan duka. Keadaan ibu mertuaku Alhamdulillah telah beransur baik. Yang mendukacitakan, aku tak dapat menunaikan janji untuk membekalkan induk kepada Tn Haji Rashid dari Muar. Beliau yang datang dari jauh begitu keciwa dan tidak dapat menerima kemaafan yang aku pohon. Perkara yang berlaku adalah diluar dari kuasa aku.

Induk yang dijanjikan telah 'lesap' dari simpanan disebabkan kelalaian adik iparku. Beliau terlupa untuk menutup kembali bekas simpanan induk lintah yang beliau buka. Bila aku bangun keesokkan harinya, dari 3,500 induk yang sepatutnya ada hanya 412 ekor sahaja lagi yang tinggal. Apa boleh buat sudah tiada rezeki aku.

Kesempatan yang ada aku gunakan untuk meninjau keadaan kawasan paya di Pahang. Luas sungguh rupanya aya di sana. Keadaan kemarau yang sedang melanda telah menyebabkan paya yang luas terbentang berkeadaan kering-kontang. Amat sukar sekali mendapatkan induk lintah di sana pada waktu ini. Keadaan ini juga rasanya telah menyebabkan bekalan induk lintah begitu kritikal sekali di seluruh negara. Harga induk dan benih lintah juga telah naik melambung. Pencari lintah juga telah mengambil kesempatan ini dengan 'demand' harga untuk pembekalan. Aku rasa keadaan ini akan berlarutan sehingga bulan April nanti.

Musim kemarau ini juga membuatkan aku terpaksa menukar strategi pengurusan kolam. Takat air terpaksa ditambah bagi mengimbangi keadaan cuaca yang begitu panas. Namun aku bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kolam ternakan terletak di bawah pokok. Oleh itu bahang kepanasan matahari agak berkurangan.

Hari ini kolam ternakan aku telah menerima kunjungan Kak Ani dan saudara dari Kodiang, Kedah dan Saudara Man dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku bersyukur kerana begitu ramai individu yang berminat untuk mendalami ilmu ternakan lintah dan tunjukajar dari aku yang serba kekurangan ini. Masih banyak lagi yang aku perlu belajar, namun aku bersyukur dan berbesar hati kerana dapat mencurahkan sedikit ilmu yang ada untuk dikongsi bersama.

Bagi yang ingin mendapatkan bekalan induk, aku memohon maaf kerana tidak dapat berjanji. Aku bimbang tidak dapat memenuhi permintaan dan yang paling aku bimbang bila ada yang keciwa dan melemparkan kata nista terhadap sesama insan yang lemah ini. Jika ada bekalan akan aku maklumkan. Harap bersabar dan tidak ada pihak yang merasa keciwa.

Jumpa lagi besok. Insyaallah.

Ahad, 17 Februari 2008

Pengunjung Ke Kolam Lintah

Salam pertemuan. Kolam ternakan lintah aku sentiasa dikunjungi oleh pelawat. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pelawat yang berkunjung. Ada yang sekadar ingin melihat lintah di darat. Ya la sebelum ini kalau nak lihat kena meredah sawah atau paya. Namun kebanyakkannya ramai yang ingin belajar dan mengetahui lebih lanjut bidang ternakan lintah ini. Aku pula tidak pernah jemu untuk bercerita dan memberikan 'site consultation' percuma kepada mereka. Alah apalah sangat kalau depa sekadar nak belajar. Ilmu yang ada kalau disebarkan bukannya nak luak.

Petang kelmarin kolam aku dikunjungi oleh Saudara Shahariman dari Permatang Bendahari, Kepala Batas dan Saudara Umar (member Pelintah) bersama tunang dari Pulau Pinang. Depa ni dah menternak lintah. Lawatan mereka demi mengeratkan lagi jalinan persahabatan dan berkongsi maklumat berkenaan industri lintah. Banyak juga perkara yg dibincangkan pada petang itu. Saudara Shahariman pulang dengan bekalan induk 200 ekor dan makanan lintah 10 kilo. Maaf gambar pertemuaan tak dapat nak upload. Ada masalah teknikal sikit.

Itu sahaja yang dapat diupdate pada pagi ini. Kena mintak diri dulu. Ada pelawat nak datang. Saudara Mohsin and the cosmopoint gang akan datang pagi ni. Kena la siapkan apa yg patut. Jumpa lagi..

Isnin, 4 Februari 2008

Kuasa Tuhan

Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Keadaan cuaca tidak menyebelahi aku sehari dua ini. Hujan yang turun diwaktu petang menyukarkan kerja menyiapkan kolam. Keadaan dinding dan lantai kolam yang basah tidak memungkinkan kerja 'plaster' dijalankan.

Aku cuma sempat menjalankan kerja disebahagian dinding sebelah dalam sahaja. Harap-harap besok cuaca akan kembali ceria dan kerja dapat disambung kembali. Aku berharap kerja ini dapat disiapkan pada 7hb Feb dan selepas itu kerja menaikkan pagar pula boleh dimulakan.

Bagaimanapun jika kerja 'plaster' tak dapat dilaksanakan, aku akan teruskan dengan kerja menaikkan pagar. Aku terpaksa memagar kawasan projek ternakan lintah ini kerana ianya terletak di kampung dan berhampiran kawasan sawah padi. Aku bimbang ada haiwan yang bakal memasuki kawasan ternakan. Tujuan pagar dibuat juga demi memastikan keselamatan lintah ternakan kami terjamin. Jangan korang tak tahu, dah banyak berlaku kecurian di kolam ternakan lintah.

Permintaan untuk mendapatkan induk dan benih lintah begitu banyak sekali. Setakat hari ini stok yang ada pada aku hampir kehabisan. Cuma tinggal 400 ekor sahaja lagi, itupun dah ditempah. En. Zahir tak dapat datang hari ini atas sebab yang tak dapat dielakkan. Untuk pengetahuan pengunjung blog Warisan AR, kami memberikan kursus percuma (site consultation) kepada bakal penternak yang membeli induk dari kami.

Bakal penternak akan didedahkan dengan segala hal berkenaan ternakan lintah secara praktikal. Bakal penternak juga diajar bagaimana menguruskan ternakan lintah secara lebih sistematik dan berkesan. Tiada fakta dan data yang disembunyikan. Segalanya didedahkan merangkumi dari aspek penyediaan tapak sehinggalah kepada teknik pembiakan yang paling berkesan.

Rasanya setakat ini dahulu lapuran untuk hari ini. Matapun dah mengantuk amat. Aku akan cuba sambung semula lapuran perkembangan pembinaan kolam pada besok hari. Insayaallah kita bertemu kembali.

ps: gambar-gambar sebahagian dari hasil kerja yang dapat dibereskan pada hari ini. Wassalam.

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.