INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Memaparkan catatan dengan label pelawat kolam lintah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelawat kolam lintah. Papar semua catatan

Ahad, 23 Mac 2008

Kisah Peserta dan Penganjur Kursus

Bertemu kembali buat semua pengunjung Warisan AR. Agak lama juga aku tidak menulis perkembangan industri ternakan lintah ini. Keadaan yang begitu sibuk amat membataskan ruang untuk aku meluangkan masa. Kesempatan yang ada pada hari ini akan aku gunakan sepenuhnya bagi mencoretkan secebis coretan untuk dikongsi bersama. Kesempatan ini aku perolehi disebabkan ruang masa yang diperolehi secara tidak sengaja. Aku terpaksa mengambil rehat yang panjang pada hari ini disebabkan kesihatan yg sedikit membataskan pergerakan aku. Aku sakit gigi sebenarnya. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti tahu akan azabnya. Apa saja yang nak dilakukan serba tak kena.

Keadaan ini ditambah pula dengan situasi sejak azali. Aku fobia pada klinik atau hospital. Senang cakap, "fobia pada jarum". Aku lebih rela tahan sakit gigi dari jumpa 'dentist'. Keadaan ini mengakibatkan aku terpaksa 'bercuti' sementara. Aku terpaksa membatalkan temujanji dgn individu yg ingin melawat kolam lintah aku. Aku mohon maaf pada mereka semua. Esok rasanya keadaan akan stabil kembali. Insyaallah.

Dalam tempoh seminggu yang sudah kolam ternakan aku boleh dikatakan setiap hari menerima pengunjung. Ada antaranya pernah mengikuti kursus dan ada yang belum. Mr Wong dan rakan2 dari Taman Ria telah mengikuti kursus namun masih lagi buntu untuk memulakan industri ini. Aku tak faham betul dengan pihak yang menganjurkan kursus. Adakah mereka pakar lintah atau sekadar mengambil kesempatan atas minat orang ramai. Yuran yang menjangkau RM500 amat tidak berpatutan dengan ilmu yang diberikan. Ramai peserta yang tertipu dengan janji-janji kosong yang dilemparkan oleh mereka. Mana mungkin dengan kolam bersaiz 8 x 12 kaki bermodalkan RM5,000 boleh menghasilkan pendapatan RM60,000. Betul-betul macam skim cepat kaya pulak rasanya. Maklumlah penganjur kursus tu pun adalah bekas penganjur skim cepat kaya.

Ada yang lebih teruk lagi, segala kelengkapan untuk mendirikan kolam mesti dibeli melalui mereka. Sudahla yuran kursus yang melampau, peserta kursus dibebankan pulak dengan harga induk yang melampau tingginya. Apa yang aku tahu ada penganjur yang menyembeleh peserta kursus dengan harga induk lintah RM4 seekor. Inilah yang dinamakan LINTAH DARAT. Aku menyeru kepada yang ingin menceburi industri ini jangan mudah tertipu dengan individu sebegini.

Tempoh seminggu yang sudah aku berkesempatan mengunjungi kolam ternakan Saudara Man di Kg Baru, Pokok Sena, Kepala Batas dan Saudara Firuz dan rakan2 di Kg Permatang Pasir, Balik Pulau, Pulau Pinang. Mereka merupakan individu yang pernah melawat kolam ternakan lintah aku. Alhamdulillah dengan sedikit panduan dan pengalaman yang aku curahkan, mereka telah berjaya merealisasikan cita-cita mereka.

Kepada Saudara Wan yang telah membawa pulang 100 induk, aku harap usaha anda akan dipermudahkan. Buat Saudara Nordin dari Simpang Empat, ambil masa untuk lebih memahami industri ini. Tidak lupa juga buat Saudara Nasir dan rakan2 dari Arau, Perlis semoga cita-cita untuk menjadi pelopor di Perlis akan diperkenankan. Insyaallah. Tidak ketinggalan Saudara Zubir dan Isteri yang sudi berkunjung. Tempahan saudara akan diusahakan. Jangan lupa bekalan belut tu....

Jumpa lagi dipertemuan yang akan datang. Salam melintah untuk semua...Moga usaha kita akan dipermudahkan. Amin.

Isnin, 17 Mac 2008

Lakukan Apa Yang Anda Suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebelakangan ini aku ada menerima panggilan dari beberapa individu yang ingin menceburi industri lintah. Soalan "panas" yang sering ditanyakan ialah "kalau saya nak ternak lintah ni, boleh untung kah?" Bagi menjawab soalan ini, aku ingin mengajak anda untuk berfikir dan merenung sejenak. Bagi aku kita memerlukan minat untuk melakukan sesuatu. Tanpa minat apa sahaja tak mungkin dapat dijayakan. Mungkin ada sesetengah kes di mana ianya berlaku secara kebetulan. Namun tak banyak. Lakukan perkara yang ada suka!!!!!!Mari kita kongsikan cetusan rasa Saudara Labanon dari Team FlareBiz.

Apakah perkara yang anda suka? Jadi buatlah perkara yang anda suka.
Kerana jika buat perkara yang anda suka hidup anda tidak akan stress,
selalu ceria dan akan tersenyum selepas menyiapkan sesuatu kerja.

Kerja anda akan bertambah dari segi kualitinya, tempoh untuk siap
juga cepat, kerja tidak bertangguh lagi dan banyak lagi kebaikkanya.

Hehe banyak dah kisah orang berjaya kerana buat perkara yang mereka suka.

"Bila anda memikirkan tentang wang, anda tidak dapat melakukan perkara
yang betul. Tetapi wang akan sentiasa datang sebaik saja anda melakukan
perkara yang betul, jadi usaha sepatutnya melakukan ke arah perkara yang
betul." Petikan kata-kata mendiang Mohan Singh Oberoi, pengasas hotel-hotel
mewah Oberoi.

Kisahnya bermula menjadi kerani di Hotel Cecil di Simla, India. Hasil
usahanya telah menyebabkan ia memiliki empayar hotel dan lain-lain
industri di pelosok dunia. Sebelum mati pada usia 104 tahun beliau
mempunyai 32 buah hotel diseluruh dunia.

Ketika ditanya mengenai apakah yang mendorong beliau menjadi
pengusaha hotel paling ekslusif dan salah satu yang terbesar di dunia,
Oberoi menyatakan telah menyatakan "Tujuan utama saya bukanlah untuk
membuat duit. Tarikannya adalah untuk berfikir besar, sentiasa menawarkan
yang terbaik dan biar ianya berlaku. Nama, kemasyhuran dan keuntungan
akan datang dengan sendiri."

Kesimpulannya lakukan benda yang anda suka.Duit akan mengikut jejak anda.

Ahad, 17 Februari 2008

Pengunjung Ke Kolam Lintah

Salam pertemuan. Kolam ternakan lintah aku sentiasa dikunjungi oleh pelawat. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pelawat yang berkunjung. Ada yang sekadar ingin melihat lintah di darat. Ya la sebelum ini kalau nak lihat kena meredah sawah atau paya. Namun kebanyakkannya ramai yang ingin belajar dan mengetahui lebih lanjut bidang ternakan lintah ini. Aku pula tidak pernah jemu untuk bercerita dan memberikan 'site consultation' percuma kepada mereka. Alah apalah sangat kalau depa sekadar nak belajar. Ilmu yang ada kalau disebarkan bukannya nak luak.

Petang kelmarin kolam aku dikunjungi oleh Saudara Shahariman dari Permatang Bendahari, Kepala Batas dan Saudara Umar (member Pelintah) bersama tunang dari Pulau Pinang. Depa ni dah menternak lintah. Lawatan mereka demi mengeratkan lagi jalinan persahabatan dan berkongsi maklumat berkenaan industri lintah. Banyak juga perkara yg dibincangkan pada petang itu. Saudara Shahariman pulang dengan bekalan induk 200 ekor dan makanan lintah 10 kilo. Maaf gambar pertemuaan tak dapat nak upload. Ada masalah teknikal sikit.

Itu sahaja yang dapat diupdate pada pagi ini. Kena mintak diri dulu. Ada pelawat nak datang. Saudara Mohsin and the cosmopoint gang akan datang pagi ni. Kena la siapkan apa yg patut. Jumpa lagi..

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.