Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung Warisan Agro Resources. Agak lama betul aku tidak mencoretkan sebarang perkembangan di sini. Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempuh masa aku menyepikan diri. Bukan memencilkan diri tapi "bertapa" mencari dan bermuhasabah demi hala tuju yang lebih bermakna.
Alhamdulillah Mesyuarat Agung Pertama (AGM) PELINTAH telah berjaya dilangsungkan. Nampaknya majoriti ahli inginkan perubahan di dalam tampok kepimpinan persatuan. Sebahagian besar perwakilan yang hadir telah memilih aku sebagai Yang Dipertua (YDP) PELINTAH yang baru. Amanat yang amat besar ini harus aku pikul untuk tempuh sepenggal yang mendatang. Insyaallah dengan barisan penyokong yang ada, kami AJK Tertinggi akan berusaha membawa industri ini ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.
Setiap insan mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing. Oleh itu aku mengharapkan sokongan dan teguran dari semua yang terlibat supaya apa yang kita rencanakan beroleh kejayaan sepertimana yang diimpikan. Apa yang kita suka tak semestinya menjadi kesukaan pada yg lain. Citarasa dan Cara kita berbeza mengikut keadaan, tempat, siapa dan masa. Yang penting kongsikan cerita kegagalan dan kejayaan kita utk dijadikan iktibar dan panduan pada yang lain. Usah menjaja kejayaan yg belum terbukti hasilnya. Zahirkan kebenaran bukannya kepalsuan. Jangan menjanjikan sesuatu yg diri kita sendiri belum pernah jumpa, temui atau alami.
Jumpa lagi....
IKLAN
Rabu, 1 April 2009
Cerita Lama
Posted by
ajet66@det
at
3:30 PTG
0
pandangan ikhlas
Labels: bekalan lintah, eksport lintah, hala tuju industri lintah
Jumaat, 23 Mei 2008
Mudahkah Menternak Lintah?
Bertemu kembali. Mudahkah menternak lintah? Persoalan menarik untuk dihuraikan. Rasanya bagaimana! Susah atau senang? Pelik tak ramai yang tanya solan ni bila berkunjung ke tempat aku. Yang menghubungi melalui talipon dan email pun jarang mengajukan soalan ni. Mereka lebih minat ajukan soalan berkenaan pinjaman dan kat mana nak pasarkan. Jom kita cuba selongkar rahsianya.
Berdasarkan pengalaman aku, segalanya tak semudah yg digembar-gemburkan. "Memang tidak sesukar mana menjaga atau mengawal selia lintah ni." Itu ungkapan dari para pengendali/penganjur kursus yang tidak pernah memiliki kolam ternakan apatah lagi bergelumang dgn makhluk tuhan yang istimewa ni. Bagi penternak yang telah melibatkan diri sekian lama rasanya berbagai pengalaman dan peristiwa yg tidak dijangka telah ditempuhi.
Sedih bila ada rakan penternak yg dah setahun mengusahakan kolam ternakan namun masih belum berjaya. Jangankan anak lintah, induk yang dimasukkan pada permulaan ternakan hilang tah ke mana. Inilah dilema yang maha berat yg membelenggu para penternak lintah sekarang. "Lintah dalam kolam ternakan tak mahu membiak". Ada yg membiak tapi tak byk. Kenapa keadaan ini berlaku?
Inilah yang perlu difikirkan dan diberi tumpuan oleh para pakar penganjur kursus. Janganlah hanya memikirkan keuntungan peribadi semata-mata. Selepas habis kursus, peserta dibiarkan terkapai-kapai tanpa hala tuju. Kenakan yuran RM400 ke RM1500 tapi kolam sendiripun belum berhasil. Macam mana boleh menjanjikan pendapatan berpuluh-puluh ribu kepada peserta kursus. Buktikan dahulu kejayaan dari hasil usaha sendiri sebelum anjurkan sebarang kursus.
Harapan aku agar suatu masa nanti akan muncul pakar yang dapat mencari dan menemui kaedah terbaik untuk membiakkan lintah. Jumpa lagi.
Posted by
ajet66@det
at
11:59 PG
0
pandangan ikhlas
Labels: bekalan lintah, ternak lintah
Rabu, 9 April 2008
Belut Makanan Lintah?
Warisan AR. Kali ini aku ingin mengajak anda untuk merenung sejenak dan membincangkan perihal 'belut'. Kenapa? Mengapa? Apahal pulak? Apa yang dah berlaku? Sebenarnya, aku sendiripun tak pasti. Mari kita berfikir sejenak.Inilah persoalan yang membelenggu fikiran aku sejak memulakan usaha penternakan lintah. Jawapan yang sering berlegar dalam ruang pemikiranku selalunya menidakkannya. Tidak mungkin belut yang menjadi sumber makanan utama kepada lintah. Lintah memang suka kepada darah. Itu yang pasti. Lintah akan menghisap darah dari sebarang benda hidup yang mempunyai darah. Tidak kiralah lembu, kerbau, belut, ikan ataupun manusia sendiri. Jika berpeluang pasti tidak akan dilepaskannya. Alah...macam lintah darat tu....
Oleh itu pasti ada sumber lain yang menjadi makanan utama sang lintah ni. Pikir-pikirkanlah...
Posted by
ajet66@det
at
12:04 PG
0
pandangan ikhlas
Labels: bekalan lintah, belut, makanan lintah, sejarah lintah
Rabu, 2 April 2008
Harga Induk
Salam buat pengunjung Warisan AR. Semenjak dua menjak ni aku dapati harga induk lintah semakin menurun di pasaran. Sudah ada pihak yang menawarkan harga serendah RM1.40 seekor. Malahan ada juga kedengaran individu yg sanggup tawarkan harga paling rendah RM1.00. Jika dilihat sepintas lalu, ini merupakan perkembangan yg amat baik bagi industri ternakan lintah. Setidak-tidaknya penternak baru tidaklah dibebankan dgn harga induk yang yang tinggi. Syukur Alhamdulillah.
Namun begitu agak mendukacitakan jika perkara lain yang berlaku. Memang harga induk yg ditawarkan itu rendah,tetapi apa gunanya jika induk yg dibekalkan tidak dpt menyumbangkan hasil! Begini kisahnya. Aku paparkan di sini untuk renungan kita bersama.
Baru-baru ini salah seorang anak didik aku, saudara Man dari Kepala Batas, telah ditawarkan induk dgn harga RM1.40 seekor. Beliaupun berangkat ke Terengganu utk mendapatkan stok untuk kolam ternakan beliau. Beliau memerlukan 3,000 ekor induk untuk diisi ke dalam 6 buah kolam ternakan tersebut. Aku telah memberikan sedikit panduan sebagai panduan utk proses jual beli di sana nanti.
Beliau telah menghubungi aku sebaik tiba di Kuala Terengganu bertanyakan jika aku memerlukan bekalan induk. Trima kasih aku ucapkan namun aku tidak memerlukan bekalan buat masa itu. Aku tanya berkenaan saiz induk tersebut. Beliau nyatakan sebesar jari kelingking saiz induk tersebut. Aku katakan kalau saiz sebegitu sedang elok untuk dijadikan induk.
Sebaik kembali ke Utara, mereka telah mengunjungi aku dan membawa bersama contoh induk yg dibeli dari Terengganu. MasyaAllah, menyucap panjang aku bila melihat saiz induk yang dibawa mereka. Rata-rata saiz induk tersebut sebesar ibu jari kaki orang dewasa, bukannya sebesar jari kelingking yang diberitahu terdahulu. Aku tanya kenapa beli saiz yang sedemikian besar. Rupanya beliau salah faham bagaimana nak mengukur saiz lintah. Beliau mengambil kira saiz semasa lintah bergerak. Aku maklumkan saiz yg sedemikian, besar kemungkinan induk tersebut tidak akan produktif lagi. Aku terpaksa nyatakan perkara tersebut walaupun aku tahu mereka pasti kecewa.
Kecewa betul aku dengan sikap manusia sebegini. Kenapalah ada insan yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain. Sanggup mereka menipu untuk mengejar kemewahan duniawi tanpa memikirkan dosa dan pahala. Oleh itu aku harap tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa dengan spesis seperti ini. Apa gunanya harga yang murah tetapi tidak dapat memberikan sumbangan kepada usaha kita. Renungkanlah.
Posted by
ajet66@det
at
11:42 PTG
2
pandangan ikhlas
Labels: bekalan lintah, induk lintah., industri lintah, masalah induk

