INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Ahad, 28 Julai 2013

Cerpen Lelaki Lintah

Posting kali ini sekadar berkongsi cerpen yang aku rasakan perlu dihayati bersama sebagai panduan yang berguna buat kita semua...Baca dan hayatilah......

Pagi Ahad ni agak berlainan dari biasa. Sakit gigiku masih belum pulih sepenuhnya. Sisa-sisa kesakitannya masih terasa. Pada kebiasaannya pagi minggu seperti ini aku dah turun awal melawat kolam dan ternakan aku.
HIRUDO medicinalis yang berukuran sebesar ibu jari mengeliat beberapa ketika sebelum muncungnya yang menguak kuncup seperti mulut membentuk huruf O kecil yang kekelabuan dengan amat perlahan sekali, ia lalu merecup amat perlahan ke rongga kulit. Muncung yang berkemut-kemut serta lembut itu melekap perlahan-lahan setelah beberapa kali melekap menghidu bau darah. Berlekit dan mengeluarkan lendir peptide hirudin berwarna putih kelabu nipis persis air lokan. Pergerakannya yang cukup berhati-hati itu seperti menekan dengan kejap rongga kulit seperti hendak menegangkan sekeliling kedut kulit yang ditekap muncungnya yang sentiasa bergerak lembut itu. Pergerakannya diperhatikan penuh minat Desai yang sudah rasi dan lali dengan perlakuan spesies tersebut.
Desai membiarkan terus recupan demi recupan muncung spesies tersebut mengacah-acah di lengannya yang dipenuhi bulu-bulu lebat yang ikal serta sedikit kekuningan. Dia seperti mengulum sesuatu di mulutnya sebelum memerhati sekeliling ruang makmal yang serba sofikated bercat putih bersih itu. Sesekali lingasan matanya merenung jauh peralatan serba canggih di hadapannya dengan penuh sayu dan bisu. Ada kerutan berselirat menganak di dahi lelaki itu. Kerutan antara tepi kelopak matanya yang ketara letihnya.
Desai sedar, bukan mudah untuk menganalisis serta memperincikan apa yang pernah bergelut dalam alur fikirannya ketika itu. Kalau diturutkan hatinya, mahu saja dia meletak jawatan yang disandangnya sejak sekian lama itu dan merajuk ke luar negara yang sebelum ini terpaksa ditolaknya dengan alasan setereotaip, dia mahu berkhidmat di negaranya sendiri. Dia mahu menjadi marga yang cintakan tanah tumpah darahnya. Menjadi seorang yang berwawasan untuk memajukan negaranya. Beberapa peluang tawaran yang datang kepadanya tidak kira dari syarikat gergasi luar negara atau negara-negara Asean terpaksa difikirkannya berulang-ulang kali demi menjaga hati dan perasaan bangsanya sendiri. Demi melihat ilmu yang diceduknya sekian lama untuk marga Malaysia. Bukan untuk marga asing. Tetapi apa yang dia dapat sekarang? Apa yang telah mengiktirafkan perkhidmatannya selama ini? Busut kekesalan bergelut dalam dirinya.
Dia menjadi parasit yang menyerupai persis spesies karnivora itu. Dia seperti penjelmaan spesies yang lali dan rasi dengan ketololan peribadinya sebelum ini. Mengembirakan orang lain, tetapi tidak dirinya. Walhal untuk merealisasikan apa yang dipelajarinya selama ini memang amat jarang diceburi generasi muda. Bidang pengkhususan bio-kajian lintah untuk tujuan perubatan. Sehingga keluarganya berasa jijik dengan profesionnya. Malah gelar lelaki lintah seperti menancap dan mengasak di pendengarannya. Namun gelar itu menjadi bahan lelucon yang menghiburkan duka laranya. Gelar yang menitipkan rasa bersalahnya pada dirinya kini.
-Belajar tinggi-tinggi, tup-tup jadi penjelmaan lelaki lintah.- Tirus luncuran kalimat itu seperti rejatan arus letrik seribu voltan menyeringainya. Rejatan arus yang terus menganakbiak dalam naluri peribadinya. Malah seorang perempuan yang membuat dia menjadi perindu sekurun lalu sudah mengecapi detik manis untuk lelaki lain. Lelaki yang gelarnya seorang yang berhormat. Kertika, seorang pakar komputer membiaskan perbandingan yang cukup ketara sekali, bahawa kerjaya mereka satu evolusi yang tidak menciptakan padanan. Tidak membentuk rasi yang kontras seadanya. Semua itu seperti biasan kerjayanya. Namun minatnya yang mendalam terhadap spesies tersebut mengajarnya erti kesabaran, bahawa jika dia tidak memotivasikan dirinya untuk meletakkan lintah sebagai ikon dunia perubatan siapa lagi? Dan dia merelakan haba tangan perempuan itu mencari destinasi lain dan dia terus menumpukan apa yang menjadi minatnya sejak dulu lagi. Meskipun getaran jiwa halusnya mersik dalam kegundahan yang maha kronik.
Menjadi lelaki lintah? Menyedut darah bangsanya sendiri untuk kepentingan pihak tertentu. Dan darah yang disedutnya, bukan darah lelaki yang perannya CEO, tetapi darah orang-orang kecil yang segar bugar. Darah orang-orang kecil yang keliru dan bisu dalam paksa dengan apa saja yang dituturkan lidah beracun mereka dengan pelbagai tipu muslihat demi sebuah kemajuan yang sebenarnya sekadar maju akan tetapi cuba membunuh secara perlahan-lahan kelompok orang-orang kecil itu. Membunuh dengan cukup profesional sekali tanpa dapat dihidu hatta pihak CIA sekalipun. Betapa liciknya tipu muslihat itu tanpa setahu orang-orang kecil itu sendiri. Apatah lagi rasukan pemikiran licik persis Poulwolfowitz parasit bank dunia terus memasungi rongga minda mereka tanpa dapat dikemaskini dengan perisian nilai kemanusian mutlak. Semua itu seperti tayangan sinetron berputar dan berputar tanpa berhenti membiaskan kehalobaan lelaki-lelaki yang gelar perannya bernama lintah.
Memang sudah menjadi resam manusia agaknya? Desai membiarkan jeda kalimat itu bergelut dan terus bergelut dalam dirinya kini. Lekit-lekit Peptide Hirudin pada tubuh lintah itu berkemut-kemut dalam dirinya kini. Dia seperti tidak mengerti mengapa orang-orang yang dilebelkan sebagai lelaki yang berperan CEO itu tegar tanpa memikirkan untuk melakukan perkara yang melanggar etika kemanusiaan yang semakin hari semakin leper dan kurus itu, semua itu mula mengendur posisinya bila congakan ringgit menjadi penghasut nombor satu serta drastik, lalu menjerat minda mereka yang gelarnya cukup gah dan profesional dan dia sendiri pernah melihat kerlingan lelaki-lelaki itu seperti penjelmaan selonggok lintah-lintah yang selalu dikajinya di makmal sejak beberapa tahun.
-Awak jangan hikforit, Desai. Hidup ini kena ada inisiatif yang kontras, kalau tak, awak akan lembik seperti parasit itu!- Bersitan itu seperti mengarus dalam pembuluh darahnya. Kalimat itu tidak sepatutnya terkeluar daripada seorang peran CEO yang dihormatinya. Seorang CEO yang cukup dikagumi kewibawaannya dalam bidang yang berkaitan dengan bioteknologi sumber yang berperanan mengambil fauna sebagai subjeknya. Lelaki separuh abad itu seperti menampakkan taring drakulanya, siap siaga untuk menghirup manisnya darah sesiapa saja yang perannya orang-orang kecil. Malah dahinya yang mula nipis dengan rambut itu seperti raut drakula, cuma taringnya tersisip kemas dalam senyuman yang cukup mesra dan manis itu tetapi penuh muslihat, malah bayangannya persis seperti kelibat seekor Medusa.
-Tapi tuan, bukankah kita harus membela nasib orang-orang kecil itu daripada terus kebuluran dan kemiskinan? Kalau bukan kita yang membela nasib mereka siapa lagi, tuan- Desai melihat kuluman mulut yang nipis itu menjuih ke depan, seraya bulat mata bundarnya yang sedikit cerlang dalam bingkai cermin mata berbingkai emas putih itu tertancap ke dalam anak matanya. Kelipan anak mata yang membulat itu seperti mula menirus dan meruncing lalu tertancap ke dalam matanya. Desai berasa ada kesakitan yang mula menjalar dan merayap dalam kelopak matanya. Di hatinya berdetik, mengapa lelaki yang sudah sekian lama dikenalinya itu mula menjelma menjadi lintah. Spesies yang tidak pernah berasa puas dengan harum segar darah manusia serta tidak mudah kenyang dengan hirupan darah. Malah tidak pernah kenyang-kenyang dengan boyoton perut yang dipenuhi lohong darah, tetapi masih tetap berselera lagi. Selera yang sukar dibendung oleh sesiapa saja dalam conggakan ringgit yang mengganas dengan rakus dan lahap mempengaruhi diri.
-Untuk apa, Desai? Bukankah apa yang kita kutip selama ini mengajar kita lebih positif dengan apa yang pernah kita kejar di luar negara. Ph.D, Ir, semua itu ikon yang kita pertahankan dengan kewajaran. Jangan jadi kaduk lagi, Desai. Kita sudah lama merdeka, sepatutnya kita harus memerdekakan pemikiran kita terus ke picu intelektualisme.- Jaringan kalimat yang terpacul dari bibir lelaki yang berperan CEO di hadapannya ditelannya dengan perlahan dan dia berasa seperti ada rekahan di kerongkongnya. Namun kalimat itu terus mengaum dalam pembuluh darah hingga susuk tubuhnya berasa membahang. Dia merenung terus lelaki di hadapannya.
Desai seperti tersedak bila apa yang didengar tadi seperti memberitahu, bahawa orang-orang kecil harus menerima apa saja perlakuan orang-orang besar dalam apa juga bidang. Peran orang-orang besar harus menjadi sebesarnya, bukan menjadi kecil. Seperti lintah, bila muncungnya yang lembut itu mula menyedut hamis darah segar dan pembuluh perutnya mula mengembung dan membusut seperti belon. Seperti itukah lelaki yang berperan CEO itu? Kasihan hati budi mereka mula sirna dalam menjadikan dirinya seperti lintah. Lintah yang tidak pernah mengenal erti kekenyangan. Tetapi sampai bila kelahapan dan kerakusan itu berlarutan? Sehingga semua orang-orang kecil pupus? Sampai alam ini disarati dengan lohong dan bau mayat seperti terjahan tsunami?
Desai merenung penuh minat muncung lintah di lengannya. Spesies yang sudah sebati dengan apa yang pernah digelutinya sekian lama. Kalau tidak kerana lintah, dia tidak mungkin mendapat gelar yang amat jarang sekali dikecapi orang lain. Gelar seorang sainitis yang arif dan pakar dalam pengkhususan lintah dalam dunia bio-perubatan. Dia seperti digamit kembali dalam dirinya tentang kehidupan kedua-dua orang tuanya yang masih bergelut dengan tanah sawah beberapa relung di pinggiran desa yang masih terpisah jauh dalam rongga pembangunan dan kemajuan.
Desai seperti melihat semula betis dan lengan kedua-dua orangnya digeluti beberapa ekor lintah yang pada mulanya mengecil dan perlahan-lahan membesar. Membuncit bila ususnya yang lembut itu mula mengembung dalam garisan tubuhnya yang bergetaran itu. Herotan muncungnya sesekali dia seperti terikut-ikut pelakuannya. Dan lelaki yang bergelar ayah akan mengambil parang yang tersisip di pinggangnya, dia lalu mengikis perlahan muncung lintah yang melekap seperti gam yang liut itu. Untuk beberapa ketika lintah-lintah itu tidak mudah melonggarkan muncungnya, tetapi dengan ketelitian orang tuanya cekupan muncung lintah itu terjatuh dari betis mereka meninggalkan gigitan kecil yang masih mengalir titik darah merah. Getaran tangan yang sedikit tergigil itu memungutnya, lalu diletakkan di dalam bekas tin sardin dan ketika berehat nanti pasti lintah-lintah tersebut akan mengelupur bila tubuhnya terkena abu dapur kayu.
Semua itu seperti mengacah-acah dalam kemelut mindanya. Kenangan itu seperti hirisan sendu meredup dalam dirinya kini. Kedua-dua orang tuanya yang terlantar jauh di rongga desa, sedangkan dia bergelumang dengan orang-orang besar dalam gelar perannya CEO dengan penuh kemunafikan. Peran CEO yang penuh muslihat untuk mengumpul kelabaan tanpa jeda dan noktah, meskipun apa yang dirancangkan untuk arus pembangunan telah menjerumuskan orang-orang kecil ke rahang kemiskinan dan kehilangan ketuanan di tanah sendiri. Orang-orang kecil yang kecil tahap pemikiran mereka diumpan dengan janji bersalut ringgit yang tidak pernah mereka miliki sebelum ini. Mata mereka yang hijau dengan redup pemandangan hutan dalam kepul zat kesegaran mula bertukar warna kekelabuan, menandakan mereka bakal menempah musim duka untuk hari-hari mendatang. Mereka yang bakal menyedut dupa kemiskinan maha tragis dalam kepompong kehidupan yang dipenuhi virus kematian.
Di manakah dia dapat menemui jalan pulang nanti? Sedangkan setiap musim perayaan dia bersama mereka, itu pun hanya beberapa hari saja sebelum menyambung penyelidikannya yang menuntut sarat tanggunggjawab itu. Sarat tanggungjawab asas bioteknologi tanpa batasan. Sumber bioteknologi yang harus dimanfaatkan sebaik mungkin demi memberi idealisme serta tahap pemikiran yang terarah serta terancang dalam menangani arus kemajuan globalisasi. Semua itu terus menyarat dalam relung mindanya. Semuanya menyendat dan mengasak tanpa jeda. Adakah semua itu berbaloi? Desai menyoal dirinya. Namun untuk menidakkan semua itu, dia tidak mampu bersuara kerana asal gelarnya juga bermula dari peran orang-orang kecil yang dikudisi virus kemiskinan. Namun kedua-dua orang tuanya bergadai tanah demi sarat tanggungjawab untuk dunia pelajarannya.
Memang benarlah agaknya manusia begitu mudah menjelma menjadi lintah barangkali? Gumaman itu seperti menirus dalam diri. Namun untuk menidakkan apa berlaku di hadapannya bukan penjelmaan lintah sembarangan, tetapi beberapa ekor parasit yang serba intelektual. Parasit yang berperan seperti lelaki. Apa yang pasti, dia harus memastikan dirinya bukan penjelmaan lintah-lintah tersebut. Bukan. Desai mengusap lengannya yang mula mengeluarkan bintik-bintik kecil itu. Ada kelembung kecil bekas gigitan sejurus tadi, persis hirupan drakula. Itu barangkali, gumamnya.
Seusai tugas Desai bergegas pulang ke rumah dalam kebinggungan. Dan malam itu Desai gelisah sepanjang malam bila memikirkan apa yang bercempera dalam dirinya kini. Acapkali dia memejamkan kelopak matanya di ruang bilik yang cukup besar dan mewah itu, dan dia berasa seperti ada beberapa ekor lintah menyelinap bergelut dalam dirinya. Bila dia bangun dan membuka lampu seraya melihat katilnya, tidak seekor pun parasit itu ada. Dia berbaring semula.
Namun Desai tersedar, dia berasa dalam kerumunan lintah-lintah pelbagai spesies di dalam selimutnya. Yang merah, yang biru, yang hijau, yang kelabu, malah semua warna ada. Desai bergegas menuju ke cermin. Dia tergamam dan terpaku. Lidahnya seperti ada ketulan batu yang menyekat dan membongkah di kerongkongnya. Desai meramas berlahan-lahan wajahnya yang dia sendiri tidak tahu kenapa dia menjelma seperti lelaki lintah. Bila dia cuba merecupkan mulut, muncungnya seiras muncung lintah. Dia melihat daun telinganya yang mula mengecil perlahan-lahan dan sirna. Dia melihat lehernya mula setara dengan kepalanya. Bonggol-bonggol lembut mula berselirat di lehernya. Keningnya yang tebal mula mengecil. Dia mengemutkan kedua-dua kelopak bibirnya yang mula mengecurkan lendir peptide hirudin. Matanya terpaku bila perlakuannya tadi menyerupai seperti muncung lintah. Bezanya kecil dan besar kuncupan tersebut. Desai berundur, mungkin apa yang berlaku hanya khayalannya. Gumaman itu terus bergelut dalam dirinya.
Tangannya meramas dengan tergetar-getar perubahan pada dirinya. Dia seperti terpaku dengan pantulan dari cermin di hadapannya. Persis seekor lintah yang besar tegak di hadapannya. Memang untuk menafikan dia hanya direntasi fantasia illusi diri tidak masuk akal. Bukan dia tidak ingat sejurus tadi, dia bangun kerana terganggu apabila teringat ratusan lintah mengerumuninya. Tup-tup ketika ini, dia seperti penjelmaan seekor lintah yang memboyot perutnya. Seekor parasit hirudo medicinalis yang maha gemuk sekali. Entah berapa ratus liter darah segar dihirupnya. Dan darah siapa pula? Darah yang perannya orang-orang kecil yang telah meletakkan sarat harapan untuk era perbangunan yang begitu mudah terpedaya dengan janji manis seperti lagu yang popular sedikit waktu dulu nyanyian Aishah, Desai mula berdesit seperti lintah.
Deringan telefon selularnya mengejutkan Desai yang masih kaku yang terus meramas wajahnya yang berminyak dan lembut itu. Bila dia mendongak sedikit melihat kuncup mulutnya, seperti dia mengingati lubang keramat parasit itu, dia teringat semula mulut yang dimiliki seekor lintah. Mindanya diterka pelbagai persoalan dan perkataan menjadi lintah terus mengasak dalam alur mindanya.
-Aku menjadi lelaki lintah? Oho!-
Adakah dia juga seperti peran CEO itu yang sekian lama menjadi lelaki lintah? Menjadi lintah yang meletakkan tahap kepercayaan peran orang-orang kecil untuk dihirup darah mereka. Desai tidak dapat menerima semua itu kerana apa yang berlaku kepadanya sesuatu yang luar biasa sifatnya. Semakin dia merenung cermin di hadapannya, semakin dia takut dengan apa yang berlaku. Menjadi lintah bukan peran CEO saja, tetapi dia sendiri yang menerima geruhnya.
-Tidak! Aku bukan penjelmaan lelaki lintah? Lelaki lintah hanya milik orang-orang besar peran dan gelarnya. Bukan orang-orang kecil seperti aku!- Gema itu terus bergema dalam rumah mewah tersebut dalam hujan malam yang mula menggila seperti penghuninya

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDU ...



أَسْتَغْفِرَاللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لَاإِلَهَ إِلَّا هُوَالْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
Astagfirullahal’adzim Alladzi laa ilaaha illa hual hayyul qayyum watubu ilaih


لاَاِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
Laa Ilaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku walhul hamdu, yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir


أَللّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُالسَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ
 وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالاِكْرَامِ
Allahumma Anta salam wa minkassalam wa ilaika ya’udu ssalam fahayyina rabbana bissalam wa adkhilnal jannata darassalam tabarakta rabbana wata’alaita yadzal jalali wal ikram


اِلَهَنَا يَارَبَّناَ أَنْتَ مَوْلنَا : سُبْحَنَ اللهِ
Ilahana ya rabbana anta maulana : Subhanallah


سُبْحَنَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا أَبَدًا : أَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Subhanallah wabihamdihi da iman abadan Alhamdulillah

أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ : اللهُ أَكْبَرُ
Alhamdu lillahirabbil ‘alamin ‘ala kulli halin wani’matin Allahu Akbar

أَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَنَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Allahu akbar kabiran walhamdu lillahi katsira, wa subhanallahi bukratan wa asilan


لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شُيْئٍ قَدِيْرٌ.
Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wani’mannasir wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْ كُلِّ صَحَابَةِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma shalli ‘ala sayyidina muhammadin wasallim wa radliyallahu ta’ala ‘an kulli sahabati rasulillahi Ajma’in


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ.
يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Hamdan yuwafi ni’amahu wa yukafi u mazidah ya rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhikal karimi wa’adzimi sulthanika


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ
 وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.


اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَةِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab


اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَ ذُنُوْبَ وَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
Allahummaghfirlana dzunubana wa dzunuba walidaina warhamhuma kama rabbayana shigara.
YA ALLAH AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI, & DOSA KEDUA ORANG TUA KAMI, SERTA SAYANGILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI KAMI


اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا فِي تَعَلَّمِنَا وَامْتِحَانِنَا مِنَ النَّاجِحِيْنَ
Ya Allah jadikanlah kami orang orang yang berjaya dalam pelajaran & dalam Ujian kami.


اللَّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوْبَنَا وَأَفْكَارَنَا وَأَحْسِنْ أَخْلاَقَنَا وَأَحْسِنْ بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالَنَا
Ya Allah Sucikanlah hati kami dan fikiran kami, perbaikilah akhlak kami dan perbaikilah amal perbuatan kami dengan perbuatan yang baik


اللَّهُمَّ إِنَّانَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Allahumma Inna Nas alukal Huda wat tuqa wal 'afafa wal ghina


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbana Laa Tuzig Qulubana Ba'da Idz Hadaitana min ladunka rahmatan Innaka Antal Wahhabu.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Rabbana Hab Lana Min Azwajina Wadzurriyatina Qurrata A'yunin Waj'alna Lil muttaqina Imaman


رَبَّنَا ظَلَّمْنَا أَنْفُسَنَا فَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rabbana Dzallamna Anfusana Fainlam Taghfirlana Watarhamna Lanakunanna Minal Khasirina


رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannari


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Washallallahu 'ala sayyidina muhammadin wa'ala alihi washahbihi wabaraka wasallam


سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Subhana Rabbika rabbil 'izzati 'amma yasifuna, Wasalamun 'alal mursalin walhamdulillahirabbil 'alamin,

نَسْأَلُكَ الإِجَابَةَ الْفَاتِحَةُ
Nas'alukal Ijabah Al Fatihah...

Isnin, 1 Julai 2013

BAJA ORGANIK

Salam bertemu kembali..setelah lama menyepi diri. Bagi yang minat berkebun di sini aku perturunkan ilmu membuat baja organik. Disamping menjimatkan wang ianya juga terjamin dari segi kebersihan dan keselamatan. Hangpa cubalah...Insyaallah...

 Cara-Cara membuat baja organik

Pengenalan Baja Organik

Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses Pereputan dan menghasilkan Nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Contoh baja organik asli termasuklah pupuk kandang,sluri,kompos cacing,gambut,rumpai laut,kumbahan dan guano. Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga dianggap sebagai baja
organik.

Terdapat jugabaja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos,serbuk darah,serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik.


MEMBUAT BAJA ORGANIK

Samada untuk kegunaan sendiri dirumah atau ada diantara anda yang ingin menjadikannya sebagai alternatif perniagaan bagi produk komersial atau sambilan.

* Begitu mudah sekali untuk membuat baja Organik.

Biasanya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan yang dikategorikan mengandungi kandungan Nitrogen,kalsium, phosphate, serta molikul lain yang tersedia didalamnya. 

Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sayuran, buahan, sisa makanan, sisa tumbuhan yang sentiasa kita buang setiap hari.


MEMBUAT BAJA ORGANIK DIRUMAH - Untuk Kegunaan Sendiri.

* Sediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau sewaktu proses pemeraman. Letakkan dibelakang rumah. Masukkan bahagian bawah sekali dengan 20% kandungan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah anda, masukkan sedikit air melepasi paras tanah tersebut, kemudian anda boleh memasukkan segala sisa dapur anda, samada nasi, sisa sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll. Jika terdapat rumput-rumput atau daun-daun kering juga boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila pemeraman mencapai tempuh 14 hari masukkan sebotol Yakuth dan tambahkan air serta campurkan dengan 1 - 2kg gula merah. Peram sehingga beberapa lama, namun ianya boleh digunakan
untuk pembajaan tanaman halaman rumah anda selepas 7 hari anda memasukkan campuran yakuth dan gula merah. Simpan pemeraman tersebut. Semakin lama ianya diperam maka semakin tinggi nilai organik anda. Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.


MEMBUAT BAJA ORGANIK SECARA KOMERSIAL

* Untuk penyediaan secara berpukal anda memerlukan kawasan dumping dan memerlukan sisa najis ternakan samada sisa najis ayam, kambing arnab dll. Anda boleh melonggokkan kesemua sisa tumbuhan,rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil, dahan-dahan kecil dan apa
sahaja sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan lubang ditengah-tengah untuk anda mencurahkan Yakuth dan gula merah mengikut kadar keperluannya berdasarkan besarnya jumlah dumping yang dibina. Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakuth dan gula merah.
Peram sehingga 2 -3 bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 -2 bulan sebelum dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan.

Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik tersebut apabila anda akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat putih, kerana ianya adalah diantara proses pemecahan dan peneutralisasi asid dalam kandungan organik sebelum Organik asli terjadi hasil tahi cacing dan tahi ulat tersebut. Enzim Yakuth dan gula merah akan membekalkan mikoganisma dalam kandungan Organik manakala nitrogen dan kandungan lainnya terhasil daripada sumber tumbuhan yang tersedia pada asalnya.

- Beginilah serba sedikit maklumat asas berkaitan penyediaan organik, yang boleh anda hasilkan sendiri dirumah disamping menjimatkan kos pembajaan tanaman anda dirumah. Ia juga tidak membazirkan segala sisa buangan dapur anda. kerana boleh dikitar semula menjadi baja organik.


CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK | daun sayur

Baja Organik 1

BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar

1. Pelbagai jenis daun sayur atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai
Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yangdicincang itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult

Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.
3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun sayur yang dicincang hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.

Cara Memproses:
1. Semua daun sayur dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.

Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;  dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok
getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.


# Selamat mencuba bagi yang rajin la.....

Isnin, 20 Disember 2010

KRISIS KEYAKINAN

Pernahkah anda mendengar atau membaca cerita Pak Pandir?. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita bagaiaman Pak Pandir ingin menyakinkan dirinya tentang apa yang dia temui.

Semasa Pak Pandir berjalan-jalan ,dia ternampak satu benda yang sebelum ini dia pernah melihatnya. Dia pun cuba mendekati benda tersebut dan disentuhnya dengan jari. "Lembik benda ini macam tahi je ".katanya dalam hati. Dia tidak puas hati atau yakin maka diciumnya benda tersebut. " Bau macam tahi",katanya lagi. Oleh kerana tidak puas hati dan begitu yakin maka dia cuba merasanya pula dengan lidah."oh, memang tahi, nasib baik aku tak terpijak tahi,katanya lagi.

Begitulah bagi kita yang kurang berkeyakinan dalam melakukan sebarang pekerjaan maka samalah kita dengan apa yang terjadi pada PAk Pandir. Kita dianugerahkan akal dan fikiran menjadikan kita berbeza dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Pergunakan kelebihan yang ada dengan sebaik mungkin. Semoga cerita ini dapat membuat kita berfikir..

Khamis, 21 Mei 2009

HATI-HATI DENGAN PENIPU.

Aku sering mengingatkan supaya berhati-hati dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan atas minat orang ramai dalam ternakan lintah. Namun masih banyak lagi kes yang dilaporkan berlaku hingga ke saat ini. Sekali lagi aku meminta kepada individu yang ingin melibatkan diri dengan ternakan lintah supaya menghubungi PELINTAH atau Jabatan Perikanan yang terdekat untuk mendapatkan maklumat. Usah biarkan diri anda terjebak atau tertipu dengan pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam industri lintah. Aku petik kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya untuk panduan semua.

KENYATAAN MEDIA OLEH Y.BHG. DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB
KETUA PENGARAH, JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
BERHUBUNG PAKEJ KURSUS DAN TERNAKAN PROJEK- PROJEK PERIKANAN
YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT- SYARIKAT SWASTA.

Putrajaya, 3 April 2009 - Jabatan Perikanan Malaysia menasihatkan orangramai
supaya berhati-hati dengan syarikat-syarikat swasta yang mengutip bayaran bagi
penyertaan pakej kursus dan ternakan bagi projek-projek perikanan seperti ternakan ikan
keli dalam tangki, ternakan ketam dalam tangki dan juga ternakan lintah. Ini adalah
kerana Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima beberapa aduan tentang projekprojek
perikanan ini yang tidak dilaksanakan dengan sempurna. Jabatan Perikanan
Malaysia ingin menegaskan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia tidak terlibat dan tidak
pernah memberi sokongan kepada mana-mana syarikat swasta yang mengutip bayaran
di dalam melaksanakan projek perikanan seumpama ini.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Junaidi Che Ayub
menasihatkan orangramai supaya merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Perikanan
Malaysia untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum menyertai pakej kursus dan
ternakan bagi projek perikanan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat swasta.
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia ada menawarkan kursus ternakan
ikan secara percuma kepada mereka yang berminat. Orangramai boleh melayari laman
web Jabatan Perikanan di www.dof.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai kursus-kursus yang ditawarkan. Mereka juga boleh menghubungi Jabatan
Perikanan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum menceburi bidang
ternakan ikan.

Dikeluarkan Untuk Siaran Oleh:
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya.

rujukan : http://www.dof.gov.my/v2/fpengumuman/kenyataanmedia.pdf

Rabu, 1 April 2009

Cerita Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung Warisan Agro Resources. Agak lama betul aku tidak mencoretkan sebarang perkembangan di sini. Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempuh masa aku menyepikan diri. Bukan memencilkan diri tapi "bertapa" mencari dan bermuhasabah demi hala tuju yang lebih bermakna.

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Pertama (AGM) PELINTAH telah berjaya dilangsungkan. Nampaknya majoriti ahli inginkan perubahan di dalam tampok kepimpinan persatuan. Sebahagian besar perwakilan yang hadir telah memilih aku sebagai Yang Dipertua (YDP) PELINTAH yang baru. Amanat yang amat besar ini harus aku pikul untuk tempuh sepenggal yang mendatang. Insyaallah dengan barisan penyokong yang ada, kami AJK Tertinggi akan berusaha membawa industri ini ke suatu tahap yang boleh dibanggakan.

Setiap insan mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing. Oleh itu aku mengharapkan sokongan dan teguran dari semua yang terlibat supaya apa yang kita rencanakan beroleh kejayaan sepertimana yang diimpikan. Apa yang kita suka tak semestinya menjadi kesukaan pada yg lain. Citarasa dan Cara kita berbeza mengikut keadaan, tempat, siapa dan masa. Yang penting kongsikan cerita kegagalan dan kejayaan kita utk dijadikan iktibar dan panduan pada yang lain. Usah menjaja kejayaan yg belum terbukti hasilnya. Zahirkan kebenaran bukannya kepalsuan. Jangan menjanjikan sesuatu yg diri kita sendiri belum pernah jumpa, temui atau alami.

Jumpa lagi....

Jumaat, 30 Januari 2009

SERAI & KOKUN LINTAH DAH MATANG

Bertemu lagi kita...

Masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Dalam kesibukan mengejar kehidupan duniawi, sedar tak sedar kita semakin jauh meninggalkan masa silam. Masa yang tak mungkin dapat kembali lagi. Entah apa pula yang menanti kita dihadapan. Kita terus memanjat tangga usia samada mahu atau tidak! Ini pasti kita tempuhi. Perubahan pasti berlaku. Meninggalkan sejarah di belakang.

Baiklah, masa yang berlalu rasanya begitu cepat sekali. Tanaman serai yang aku usahakan hampir setahun yang lepas telah sedia untuk dituai hasilnya. Banyak yang rosak disebabkan kelewatan dalam proses tuaian. Sepatutnya serai tersebut di tuai pada bulan ke 6 atau paling lewatpun pada bulan ke 8. Apa nak buat masa amat terhad. Lihatlah hasil usaha berbudi pada tanah. Disamping menyihatkan badan ianya juga dapat menambahkan sumber pendapatan yang sedia ada. Tak rugi berbudi pada tanah.
Dalam sibuk menuai hasil serai yang aku tanam, aku mendapat satu lagi hasil tuaian yang amat aku nanti-nantikan selama ini. Inilah hasil tuaian yang amat bermakna sekali bagi aku. Inilah pengalaman pertama bagi aku. Selama ini aku cuma mendengar dan melihat sahaja kejayaan penternak lain. Kali ini aku pula diberi kesempatan olehNYA.

Masyaallah, Maha Agungnya kuasa dan ciptaanMu Ya Allah.. Bagaimana makhluk yang sekecil ini dapat menghasilkan suatu ciptaan yang amat istimewa sekali. Tak dapat nak aku gambarkan bagaimana seekor induk lintah dapat melakukan keajaiban begini. Semuanya atas kehendakmu Ya Allah. Kokun yang aku jumpai tempoh hari telah pun matang. Anda saksikanlah bagaimana anak-anak lintah keluar dari kokun/sarung yang telah matang.



Hebatkan? Bagi aku yang pertama kali melihatnya merasa begitu takjub sekali. Anda bagaimana? Hebat dan Agungnya kebesaran Tuhan.

Jumpa lagi...wassalam.

Isnin, 26 Januari 2009

Terapi Lintah

Apa khabar semua usahawan lintah? Harap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Kita sedia maklum banyak kegunaan dan sumbangan yang diperolehi dari makhluk yang istimewa ini. Bekam atau terapi lintah adalah salah satu dari kaedah perubatan yang boleh dipraktikkan. Ianya telah terbukti dapat membantu kita dalam usaha menjalankan kaedah rawatan alternatif selain dari pembedahan.

Kita biasa dengar orang letak 6 atau 7 ekor lintah semasa proses berbekam dijalankan. Hebatnya dalam photo ini kita dapat saksikan tak kurang 15 ekor lintah telah digunakan. Kaedah ini untuk mencairkan darah sekitar jantung. Injap jantung adalah senipis kulit bawang, darah yang pekat akan menyebabkan injup tidak boleh ditutup rapat. Kos bedah coronary bypass lebih kurang RM70,000. Dengan kaedah ini, rasanya boleh membantu ramai lagi orang yang ada masalah lemah jantung ini.

Hakikatnya masih banyak lagi kegunaan lintah yang perlu kita kaji dan selidik. Sesuatu yang ada di muka bumi yang bertuah ini pasti mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kita yang diberi akal fikiran perlulah berusaha untuk menyelaminya. Jumpa lagi.....

***** kredit untuk sahabatku Saudara Nash... he..he..he..

Rabu, 21 Januari 2009

Lintah, Teknologi Dan Penipuan

Bertemu kembali tetamu WAR. Antara sedar atau tidak bulan pertama dlm Tahun 2009 dah hampir sampai ke penghujungnya. Sahabat kita yang berbangsa Cina bakal menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Hari berganti, minggu berlalu dan tahun bertambah, begitu juga usia penternakan lintah. Sudah masuk tahun ke dua usaha ini kami jalankan. Sudah di mana kita berada? Hala tuju usaha penternakan lintah ini di mana tahapnya berada kini. Sudah adakah sinar yang dinanti dengan penuh kesabaran oleh semua pihak?

Secara peribadi aku belum nampak dengan jelas lagi hala dan tuju usaha penternakan lintah ini. Aku akui penternakan lintah ini menjanjikan sesuatu yang amat bermakna kepada sesiapa yang telah dan ingin menceburinya. Setakat ini rasanya belum ada lagi teknologi yang boleh diharapkan untuk memacu usaha ternakan lintah menjadi satu industri yang berkembang maju. Semua pihak masih tercari-cari kaedah/teknologi yang terbaik bagi penambahbaikan dalam bidang ini. Harapnya dan pasti akan muncul teknologi yang boleh memacu industri lintah di Malaysia. Insyaallah.

Baru- baru ini aku dipertemukan dengan dua jenis produk yang dikatakan dapat membantu para penternak lintah yang menghadapi masalah dari segi penjagaan dan pemakanan lintah. Produk ini mempunyai banyak kelebihan dan dikatakan mempunyai impak yang hebat dari segi pembiakan lintah. Masalah utama yang sering melanda golongan penternak khasnya dan para-para 'traders' amnya. Aku berharap semoga akan muncul berbagai lagi produk/inovasi termaju yang mampu memberikan impak yang maksima terhadap "INDUSTRI" ini.

Produk ini misalnya diharapkan akan memberikan impak yang maksima sepertimana yang diperkatakan. Pengarah Urusannya sendiri sanggup turun padang berjumpa aku untuk mempromosikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat beliau. Bagi aku tidak ada salahnya kita mencuba sesuatu yang baru. Jika terbukti produk ini lebih baik daripada apa yang aku persembahkan, tidak menjadi masalah untuk aku mempromosikannya. Itu janji aku pada MD syarikat tersebut. Harapnya aku tidak menghadapi keadaan atau situasi sepertimana HERMAPRO dahulu.

Untuk tujuan ini aku telah menyediakan tempat baru untuk tujuan kajian keberkesanan produk ini. Harapan aku agar ianya tidak akan menghampakan. Kolam ini aku sediakan berkonsepkan sawah.
Sebarang perkembangan akan aku siarkan dari semasa ke semasa. Semoga lebih banyak lagi ciptaan/penemuan teknologi yang boleh digunapakai dalam kita menjalankan usaha penternakan lintah ini. Janganlah kita diperbodohkan dengan dakyah-dakyah palsu yang dihebahkan oleh pihak yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Mana mungkin ternakan hanya diberi makan sekali sahaja dan tunggu untuk jual hasil selepas 3-4 bulan. MENGARUT. Bolehkah makhluk bernyawa makan hanya sekali sepanjang usianya? Usah biarkan diri anda ditipu dan diperbodohkan. Fikir dan renungkanlah.

Jumpa lagi.....

Isnin, 19 Januari 2009

KOKUN/TELUR LINTAH

Bertemu kembali kita. Banyak peristiwa yang berlaku dalam tempuh yang terdekat ini. Alhamdulillah segalanya dapat ditempuhi dengan sempurna tanpa sebarang masalah besar. Minat penternak baru kembali meriah. Boleh dikatakan setiap hari aku menerima panggilan dari mereka yg ingin berkecimpung dalam usaha penternakan lintah.

Persidangan PELINTAH bagi Wilayah Utara telah dijalankan dengan jayanya. Pada 03hb Januari telah diadakan di Kuala Ketil, Kedah untuk P.Pinang dan Kedah dan pada 11hb Januari telah dijalankan di Kg Wang Ulu, Bintong, Perlis. Aku telah diberi amanat untuk menerajui Gabungan Negeri Kedah dan P.Pinang. Amanat ini akan aku usahakan untuk digalas dengan sebaik mungkin. Insyaallah.

Aku menyeru para penternak yang belum menjadi ahli supaya segera berbuat demikian. Ini adalah untuk kepentingan penternak itu sendiri. PELINTAH yang telah diiktiraf oleh kerajaan akan bekerjasama dengan Jabatan PERIKANAN demi memartabatkan usaha ternakan lintah.

Kolam latihan aku boleh dikatakan setiap hari menerima kunjungan mereka yang berminat untuk mendalami usaha penternakan lintah ini. Pada 15hb Januari yang lepas aku menerima kunjungan dari Pengarah Urusan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk untuk kegunaan dalam ternakan lintah. Beliau telah menyerahkan contoh 2 jenis produk untuk aku jalankan kajian keberkesanannya. Produk tersebut untuk kegunaan rawatan dan pemakanan lintah. Aku akan maklumkan hasil percubaan produk tersebut dari semasa ke semasa.

Dalam tempuh ini juga aku telah berjaya mengesan/menjumpai kokun yang berjaya dihasilkan oleh lintah ternakan aku di dalam kolam yang menggunakan teknik pantai (beach). Alhamdulillah... Sila lihat gambar dan video yang aku hidangkan untuk tatapan semua.


GAMBAR KOKUN YANG BERJAYA AKU KESAN/JUMPA


Hingga jumpa lagi....wassalam...

Isnin, 12 Januari 2009

KEJAMNYA MANUSIA DAN DUNIA??????

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca WAR. Lama betul aku tak mencoret. Ada masalah besar telah menimpa komputer aku. Harddisk telah terbakar. Habis segala maklumat yg terkandung di dalamnya. Hanya sebahagian kecil shj yg berjaya di 'backup'. Lebur juga RM360.00 duit aku. Sekarang dah dapat harddisk yang baru. Masih segar bugar lagi...

Ok lah, kita tinggalkan cerita harddisk tu. Mari kita lari sekejap dari cerita lintah. Aku ingin mengajak semua pelawat WAR mengutuk akan kekejaman yang dilakukan oleh Si Laknat Israel terhadap penduduk Palestin. Sampai bila kekejaman ini akan berterusan dan bilakah ianya akan berakhir. Apa yang kita boleh lakukan?

Banyak.. Ya banyak cara yang kita boleh lakukan.....

anak palestin

#Kepala salah seorang kanak-kanak Palestin yang di jumpai dibawah runtuhan bangunan akibat di bedil oleh rejim laknat tentera Israel.

Enjin pencari Yahoo! Menunjukkan terdapat jutaan bahan di bawah tajuk boikot produk Israel yang ada kaitan dengan keganasan ke atas rakyat dan negara Palestin.

Banyak daripadanya merupakan laman web khusus mengenai, contohnya http://home.pacbell.net/halnet/Boycott (Kempen produk Israel: Rayuan kepada semua warga dunia). Pengenalan kepada laman sesawang ini cukup menarik. Ia berbunyi: “Sebagai warganegara di negara-negara kita, ada masa kita berasa begitu kecewa dengan ketidakadilan dasar-dasar kerajaan kita. Kita sering merasa tiada kuasa yang boleh menukar mereka kerana kerajaan dan ahli-ahli politik yang memerintah semakin tunduk kepada kepentingan korporat global dan perbankan”.

Namun bagaimanapun, ada satu senjata yang jika digunakan secara kolektif - bersatu boleh menghasilkan kuasa perubahan yang cukup positif berbanding perarakan, tunjuk perasaan dan demontrasi. Senjata itu ialah memboikot , memulau barangan tertentu secara sistemetik.

Seorang pemimpin buruh berbangsa Mexico-Amerika, Cesar Chavez menggunakan senjata itu dengan jayanya terhadap penanam anggur yang tamak di Alta California dan berjaya membela pekerja yang selama ini ditindas. Gerakan pemulauan produk anggur milik syarikat-syarikat tamak itu berjaya dilakukan atas sokongan padu rakyat seluruh dunia.

Hari ini, apabila masyarakat dunia mula menyaksikan tindakan barbarik pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin, kita sebagai individu mempunyai kuasa memilih untuk membeli sesuatu barangan atau langsung tidak membelinya.

Sekiranya semakin banyak pengguna seluruh dunia melakukan tindakan yang sama, tekanannya akan menjadi cukup kuat untuk mewujudkan kuasa perubahan yang positif. Setiap daripada kita boleh membantu dengan meminta ahli-ahli keluarga kita dan kawan-kawan kita melakukannya.

Saya meminta pembaca membuka laman sesawang itu untuk melihat senarai barangan – hasil penyelidikan rapi dan memperlihatkan hubungan syarikat itu dan orang-orang tertentu di dalamnya, yang membantu secara langsung atau tidak langsung dengan rangkaian Zionis dan juga kepentingan Yahudi Israel. (Senarai barangan juga boleh melalui laman sesawang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) http://www.muslimconsumer.org.my)

Jangan terperanjat kerana produk-produk yang disenaraikan merupakan barangan-barangan pujaan dan kesayangan anda semua. Dari tuala wanita kepada lampin bayi, kepada makanan kegemaran, kepada minuman pujaan, kepada pakaian berjenama sehinggalah kepada wangian yang sering disebut-sebut dan menjadi barangan wajib hadiah dan perkahwinan.

Demi, anak-anak Palestin yang dibunuh kejam, demi wanita-wanita Palestin yang sepatutnya meneruskan zuriat generasi bangsa yang tertindas itu, boikotlah barangan-barangan tersebut.

Sedarkah kita, hasil pembelian barangan-barangan yang kita makan, guna dan sanjung itulah yang menjadi peluru-peluru meriam, senjata-senjata berat serta teknologi canggih ketenteraan Israel yang meranapkan Genting Gaza dan rakyat Palestin pada masa ini.

Marilah kita semua rakyat Malaysia bersatu - tanpa mengira siapa kita untuk membantu melaksanakan kempen ini. Ingatlah bukan semua orang Palestin itu beragama Islam. Mereka juga beragama Kristian dan lain-lain. Oleh itu janganlah kita rakyat Malaysia menyembunyikan diri, berdiam diri dengan tidak berbuat apa-apa atas alasan ‘ia tiada kaitan dengan kepercayaan dan anutan kita’.

Mana dia candlelinght vigil yang sering dinyalakan oleh sesetengah daripada kita untuk menunjukkan tanda simpati dan berkabung? Berbanding dengan warga dunia negara-negara lain, tiada satu perhimpunan sebesar ala-sambutan tahun baru oleh kita untuk membantah pencerobohan tentera Yahudi itu.

Tiada NGO yang betul-betul bersatu untuk melancarkan gerakan raksasa bagi mengutuk tindakan ganas itu. Di negara-negara Barat berpuluh-puluh ribu rakyatnya keluar memenuhi di atas jalan raya untuk menunjukkan protes.

Jika itu bukan budaya kita, kita boleh mengambil pendekatan lain iaitu memboikot dan memulau. Cesar Chavez yakin tindakan memboikot ini akan menghasilkan satu ‘kuasa perubahan positif’ yang amat besar. Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang tindakan ini bakal memberi tamparan yang cukup hebat kepada kapitalis terbabit. Walaupun ia juga akan memberi kesan kepada pengusaha tempatan yang mengedarkannya di sini – biar, asalkan prinsip-prinsip kemanusiaan diletakkan di tempat yang paling atas, mengatasi komersial.

Israel perlu diajar. Siapa yang akan mengajarnya? Kitalah. Tindakkan dan bertanggungjawab berada di dalam tangan kita. Jika bukan saya, bukan kita, bukan rakyat Malaysia, bukan warga dunia - seperti yang disarankan oleh laman sesawang itu dan jutaan laman yang lain - siapa lagi?

Selamat memboikot, selamat memulau barangan Israel, Yahudi dan syarikat yang bersekongkol dengannya.

Artikel ini dipetik dari ruagan CUIT
Utusan Malaysia 7-Januari 2009
Tulisan Zaini Hassan

boikot barang Israel


Hanya kita yang mampu mengubahnya. BERTINDAKLAH... BOYCOTT ISRAEL DAN KONCO-KONCONYA. ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR...

Khamis, 1 Januari 2009

Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2008 telahpun meninggalkan kita dengan berbagai pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Jadikan apa yang berlaku sebagai panduan dan pedoman yang amat berguna bagi kita menempuh sinar 2009 yang telah tiba.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009. Kita melangkah setapak lagi mengikut aliran peredaran masa yang pasti tidak akan berundur kembali. Langkah mesti diteruskan. Apa sahaja yang menanti harus ditempuhi dengan penuh tekad untuk terus berubah ke arah yang lebih baik dan bermakna. Insyaallah.

Jumpa lagi......

p/s: nantikan perkhabaran baik dlm masa terdekat.

Selasa, 9 Disember 2008

CERITA LINTAH LAGI

Salam sejahtera dan bertemu kembali.......

Lama sungguh rasanya aku tak mencoretkan sebarang perkembangan. Hampir 2 bulan rasanya..lama tu.....

Kenapa agaknya? Dah give-up ke???? Mungkin ada yg bertanya. Ceritanya begini.....

Sambungan internet (streamyx) mengalami gangguan mulai 18hb Oktober 2008. Selepas lapuran dibuat, pihak technical support TM tidak dpt mengenalpasti masalah yang berlaku. Mereka berjanji akan menghantar teknikal team utk mengenalpasti apa yang berlaku. Setelah sebulan menanti, muka teknikal team tak juga muncul dan 3 lapuran baru telah aku buat. Akhirnya pada 8hb Nov 2008, pihak TM telah menghantar teknikal team utk ganti modem dgn yg baru. Alhamdulillah akhirnya sambungan streamyx kembali pulih.

Ni ha dia modem baru tu....


Terima kasih TM.... depa ganti semuanya baru


Ya.. sambungan internet dah ok tapi masa pula amat mencemburui aku untuk mengadap PC. Banyak sgt aktiviti yg perlu utk dikendalikan. Kursus dan persiapan untuk majlis kenduri kahwin adik (2 sekaligus) pada 29 hb Nov 2008 membuatkan aku tak menang tangan. Maklumlah aku anak sulong, banyak yang aku kena uruskan. Mana lagi dengan "projek terbaru"...

Jumpa lagi nanti dengan cerita terbaru...

Ahad, 12 Oktober 2008

Cerita Lintah Dan Hermapro

Bertemu kembali kita diruang yang begitu 'lebar' dan tiada batasannya ini. Sejak kebelakangan ini aku sering menerima panggilan dari pihak tertentu yang memerlukan bekalan lintah dengan kuantiti yang AMAT BESAR. Jumlah yang diperlukan bukan lagi berkilo-kilo tetapi bertan-tan untuk pembekalan setiap bulan. Minat terhadap penternakan lintah juga makin berkembang dengan begitu pesat sekali. Jika dahulu aku hanya menerima pengunjung dari golongan kaum Bumiputera sahaja. Namun sejak akhir-akhir ini, minat yang ditunjukkan oleh golongan bukan bumiputera juga semakin bertambah.

Minggu ini sahaja aku menerima kunjungan 20 orang berbangsa India dan Cina yang sanggup datang dari Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Mungkin minat ataupun keyakinan diri terhadap masa depan industri ini mendorong mereka untuk datang ke tempat aku demi mendalami ilmu dalam bidang ini. Kebanyakkan mereka begitu berminat dengan konsep dan teknik yang aku gunakan. Aku bukannya mengatakan teknik yang aku gunakan adalah yang terbaik. Mungkin ada pihak lain yang telah mencapai hasil yang lebih baik dari aku. Namun setakat ini, Alhamdulillah usaha yang aku jalankan selama ini telah membuahkan hasil.

Keaadaan ini menambahkan lagi keyakinan aku terhadap hala tuju dan masa depan industri ternakan lintah. Usaha R&D yang telah aku jalankan selama ini akan aku pertingkatkan lagi. Walaupun aku bukannya datang dari latarbelakang ahli sains namun aku tidak pernah jemu belajar demi menambahkan ilmu. Sudah menjadi 'perangai' aku sejak dari kecil suka memerhati dan mengkaji apa sahaja yang terlibat dengan aku, secara langsung atau tidak. Aku tidak akan melakukan sesuatu tanpa mendalami@mengenali apa yang ingin aku laku atau usahakan.

Sejak sebulan yang lepas aku sedang usahakan membuat penyelidikan berkenaan teknik dan tabiat pemakanan lintah. Aku berharap dapat mencari kaedah yang lebih baik dari segi kaedah penyediaan sumber makanan. Penggunaan belut atau keli secara 'hidup' telah memberikan banyak masalah kepada penternak lintah. Mungkin ada penternak yang belum sedar anakbenih lintah yang baru menetas akan melekatkan diri di badan belut dan keli tersebut. Malahan ada juga yang masuk kedalam badan belut dan keli melalui mulut dan ruang terbuka yang sedia ada.

Kolam baru yang aku bina untuk tujuan ini telah hampir siap untuk menerima kemasukkan induk baru. Insyaallah jika tiada aral dalam 2 atau 3 hari lagi, aku akan masukkan induk dan benih ke dalam 3 kolam baru tersebut.


Proses penyediaan kolam peringkat pertama.


Proses penyediaan peringkat ke dua



Peringkat Ke tiga




Kolam sedia menerima kemasukkan induk.

Aku berdoa semoga kajian yang akan aku jalankan ini membuahkan hasil yang positif. Insyaallah. Mengenai perkembangan 'HERMARPO' yang telah aku gunakan semenjak dari 25 Ogos yang lepas nampaknya belum menunjukkan sebarang perkembangan yang lain dari biasa. Ya lah.... aku semestinya mengharapkan hasil yang terbaik dari penggunaan 'serum' yang agak mahal juga harganya (RM120.00 utk 20ml) ini. Setakat ini belum nampak lagi sebarang "keajaiban" yang berlaku. Yang pastinya induk yang aku gunakan tempoh hari nampaknya begitu "pendiam" sekali. Ada yang menyorok dalam tanah dan sukar untuk dilihat. Mungkin prosesnya berlaku dalam tanah.... siapa tahu... Jika begitu aku terpaksa menanti lagi sebulan untuk melihat "keajaiban" yang akan dipertontonkan oleh serum 'HERMAPRO'.

Induk lintah yang menggunakan hermapro masih bertapa dalam tanah. Anak lintah masih belum kelihatan.

Berdasarkan dari keadaan semasa nampaknya aku terpaksa menunggu sebulan lagi untuk melihat hasil dari penggunaan HERMAPRO. Ialah proses penetasan pun makan masa 2 minggu, benih yang menetas pula akan melalui 2 peringkat pembesaran sebelum boleh berenang. Proses ini akan mengambil masa 2.5 bulan. Jika HERMAPRO sehebat yang diperkatakan sudah pasti aku dapat melihat paling sedikitpun 20 ribu anakbenih hasil dari 2,000 induk yang aku gunakan. Itupun untuk skala yang paling minima yang aku boleh bayangkan (1 induk = 10 anakbenih). Jika berjaya, dilema yang membelenggu aku selama ini akan terungkai. Pasti aku tidak akan teragak-agak lagi untuk menandatangani kontrak dengan mana-mana pihak yang inginkan bekalan lintah bertan-tan sebulan. Bersama-samalah kita tunggu dengan penuh kesabaran dan pengharapan. Amin.

Jumpa lagi. Tak cuba tak tahu... Adakah Jauhari seperti yang Manikam kenali.

Rabu, 8 Oktober 2008

Masih Lagi Terasa Kemeriahan

Salam Aidilfitri buat semua. Kemeriahan hari raya masih lagi terasa. Kunjungan sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini masih berjalan. Pengunjung yang datang ke kolam latihan@R&D kami tidak putus-putus. Rupanya masih ramai lagi yang berminat dan ingin mendalami ilmu berkenaan ternakan lintah.

Sejak aku pulang dari Jengka 16, setiap hari aku menerima tetamu yang ingin belajar dan ada juga yang ingin menjalinkan kerjasama dalam usaha mengembangkan lagi industri ini. CIKOPET juga mendapat sambutan yang begitu hebat sekali. Mungkin disebabkan keberkesanannya yang telah terbukti memberikan impak yang begitu positif sekali terhadap lintah.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjalankan usaha ini, silalah ke lokasi kolam latihan aku di Kuala Ketil, Kedah pada setiap hari Ahad bermula jam 9.30 pagi. Taklimat secara "site consultation" akan diberikan secara PERCUMA. Cuma aku harap sesiapa yang datang sila bawa makanan&minuman sendiri..... he..he..he.. "tak kan nak free semua bro...."

Hanya JAUHARI yang mengenal MANIKAM. Jumpa lagi.


Makluman kepada penduduk JENGKA & kawasan yang sewaktu dengannya, sila hubungi saudara JIMY di talian 017-9034217 jika anda berminat untuk menjalankan usaha ternakan lintah.

Jumaat, 3 Oktober 2008

SALAM AIDILFITRI

Salam dan selamat sejahtera pada semua pengunjung Warisan AR. Kami mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Tahun ini aku menyambut aidilfitri di Negeri Pahang Darulmakmur. Rasanya dah 6 tahun aku tak menyambutnya di sini. Felda Jengka 16 tempat mertuaku mencari rezeki. Perbezaan yang amat ketara sekali suasana di sini selepas 6 tahun. Banyak sungguh perubahan yang berlaku. Aku dan keluarga akan pulang ke Kedah hari ini. Jumpa lagi selepas raya ke 6 nanti. Insyaallah.

Selasa, 16 September 2008

Lintah Dan Hari Lebaran.

Salam buat semua pengunjung dan selamat berpuasa buat yang beragama Islam. Sedar atau tidak Hari Raya cuma tinggal 2 minggu saja lagi. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam untuk balik beraya di kampung tentu dah gelabah kalau belum dapat tiket lagi. * lintah tak kisah pun....

Kalau sebelum ni anda tak berjaya dapatkan tiket, mungkin kerana dah dikebas dulu oleh ulat tiket cubalah check tengok mana tau syarikat pengangkutan ada sediakan tiket tambahan. Tak perlu bersusah payah dan berebut-rebut kerana ada sebahagian tiket yang boleh dibeli secara online.

Kini bukan tiket kapalterbang saja boleh dibeli secara online, bas dan keretapi pun boleh.
Berikut adalah beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut:

Nampaknya kita dah maju setapak lagi dalam melakukan aktiviti pembelian secara online. Masyarakat kita semakin membiasakan diri dan ini adalah perkembangan yang baik bagi usahawan-usahawan internet tempatan.

Baiklah, kita tinggalkan dulu cerita tiket bas. Pastikan bila nak balik kampung tu, 'kebajikan' lintah peliharaan anda tidak diabaikan. Keselamatan lintah peliharaan anda amatlah penting. Minta tolong orang yang boleh dipercayai utk mengawasi kolam ternakan anda. Sudah banyak kejadian kolam lintah dicerobohi sejak kebelakangan ini. Ramai rakan-rakan kita telah mengalami kerugian yang agak besar. Oleh itu disamping kita gembira bersama handai taulan, jangan pula kita ditimpa musibah. Jumpa lagi.

Jumaat, 12 September 2008

Hala Tuju Industri Lintah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara sedar atau tidak rasanya hampir sebulan juga aku menyepi. Jangan salah faham. Aku bukannya tidak berminat lagi dengan "industri" ini. Malahan minat dan azam untuk memajukan "industri" ini semakin mendalam dan menebal. Banyak peristiwa dan aktiviti yang berlaku dlm tempuh ini. Masa yang begitu padat membataskan sedikit ruang masa untuk menulis.

Pada 22&23 hb Ogos yg lepas bertempat di JAPAN MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTI), BUKIT MINYAK, PULAU PINANG berlangsungnya BENGKEL PENTERNAKAN LINTAH : ARAH DAN HALA TUJU INDUSTRI TERNAKAN LINTAH yang dianjurkan oleh JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR PULAU PINANG.

Bengkel selama 2 hari ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 peserta dari seluruh negara yang mana sebahagian besarnya dari sebelah utara. Bengkel ini sedikit-sebanyak telah berjaya menghuraikan beberapa persoalan berkaitan ternakan lintah dan hala tujunya. Seminar yang lebih merupakan gabungan forum@bengkel telah dipengerusikan oleh Tn Pengarah Jabatan Veterinar P. Pinang, Dr. Wan Mohd Kamil. Tahniah dan terima kasih atas usaha yang dijalankan oleh Jabatan Veterinar negeri Pulau Pinang. Semoga pihak berkuasa di negeri lain juga dapat menganjurkan aktiviti yang seumpamanya.


Image

Secara peribadi aku berpendapat selagi sistem@teknik@teknonogi ternakan lintah ini masih ditakuk sekarang, industri ini tidak akan ada hala tujunya. Industri ini memerlukan teknologi terkini atau sekurang-kurangnya bersamaan dengan teknologi perikanan terutamanya dari segi pembiakan. Buat masa sekarang kita cuma mengharapkan pembiakan lintah secara semulajadi. Kaedah yang ada sekarang ini tidak akan memberi impak yang besar dalam industri ini. Kita memerlukan teknologi yang membolehkan penghasilan "stok@volume" lintah yang semaksima mungkin bagi memenuhi permintaan ke tahap global.

Walaupun sudah ada beberapa pihak/individu yang sedang berusaha ke arah itu, namun hasilnya belum mencapai sepertimana yang diharapkan. Namun usaha ini perlu diteruskan dan dipergiatkan lagi. Baru-baru ini kita diperkenalkan dengan serum HERMAPRO.

Produk ini dikatakan dapat membantu para penternak mendapatkan bilangan lintahyangbanyak daripada kadar biasa. Ianya dikatakan dapat merangsang lintah untuk mengawan dan mempercepatkan pengeluaran telur lintah. Disamping itu juga banyak lagi fungsi HERMAPRO ini katanya. Antara yang lainnya:

  • Membantu pertumbuhan alga dan plankton di dalam kolam
  • Mengurangkan kadar kematian akibatstress
  • Membantu pertumbuhan lumut di dalam kolam

Cara Penggunaan:

  • 20ml HermaPro + 500ml air (atau botol mineral kecil)
  • 500 ekor lintah = 5ml HermaPro @ 150ml campuran HermaPro
  • 1,000 ekor lintah = 10ml HermaPro @ 250ml campuran HermaPro
  • 2,000 ekor lintah = 20ml HermaPro @ 500ml campuran HermaPro
Hasil dari penggunaan HermaPro:
  • Dengan produk ini, anda akan lihat lintah mengawan
  • Sesuai untuk lintah bersaiz penyedut air (straw) sehingga dewasa
  • HermaPro akan merangsang lintah untuk bertelur (2 minggu selepas mengawan)
  • Tiada kesan sampingan kepada lintah setelah digunakan
  • Sesuai digunakan untuk semua jenis kolam
  • Larutan yang sama boleh digunakan berulangkali selama sehari untuk lintah yang berlainan
  • Lebih 30 biji telur bagi setiap ekor akan menghasilkan anak lintah yang hidup setelah bertelur
Aku juga tidakmahu ketinggalan untuk turut serta menjalankan ujikaji dan melihat akan keberkesanan HERMAPRO ini. Ujikaji telah dijalankan pada 25hb Ogos yang lepas setelah aku dapatkan produk ini dari Saudara JUTALINTAH salah seorang ahli PELINTAH. Percubaan telah dijalankan keatas 2,000 ekor lintah induk di lokasi kolam latihan@R&D aku. Lintah induk tersebut telah dimasukkan ke dalam 2 kolam "kok" dan kolam simen. Rasanya telah 2 minggu sejak aku menggunakan HERMAPRO, setakat ini belum menampakkan sebarang perkembangan yang berlainan dari biasa. Cuma induk lintah yang aku masukkan dalam "kok" masih "bertapa" di dalam tanah sejak dari hari pertama lagi. Mungkin dalam sehari dua lagi mungkin akan berlaku sesuatu. Siapa tahu? Harapnya begitulah. Insyaallah. Sebarang perkembangan akan aku update dalam pertemuan yang akan datang. Selamat berpuasa. Jumpa lagi.

Selasa, 19 Ogos 2008

Selamat Tinggal Kegagalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama juga rasanya aku tidak melakarkan sebarang coretan di sini. Masa begitu mencemburui kita untuk bersua. Kesibukan menyebabkan masa yang ada begitu bernilai sekali. Terpaksa berkejar kesana-sini demi mencari rezeki yang halal. Semuanya perlu dilakukan demi mengejar kejayaan.


Antara sedar atau tidak dah hampir setahun aku melibatkan diri dalam bidang ternakan lintah ini. Rupanya ianya bukanlah semudah yang disangkakan. Banyak halangan dan pancaroba yang terpaksa ditempuhi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan tidak pernah kenal erti putus asa, sedikit sebanyak hasilnya sudah dapat dikecapi. Yang penting kita perlu sentiasa berusaha dan terus mencari serta menjelajah.

Orang-orang berjaya dan insan cemerlang takkan berhenti belajar walaupun mereka dah mencapai banyak kejayaan. Mereka memilih untuk menjadi luar biasa, jadi semua yang mereka lakukan lebih dari sekadar perbuatan biasa. Mengapa mereka boleh melakukan semua itu? Sebab mereka terus menerus belajar dan menjelajah.

Mereka belajar bukan sekadar dengan membaca, tetapi mereka mengkaji, memerhati, menganalisa dan membuat. Hasilnya, mereka sentiasa jadi yang terbaik dalam apa saja.

Pernahkah Anda jumpa orang sebegini?

Memang ada, cuma hanya sedikit di kalangan kita. Siapa tahu, insan itu mungkin Anda!

Untuk mencapai kejayaan, kita tidak semestinya mencari kaedah baru. Cuba selami dan ikut cara orang yang dah berjaya, sikap mereka, pemikiran mereka dan tindakan mereka.

Belajar dan terus menerus belajar adalah sikap yang paling ketara dalam diri mereka. Jika Anda suka belajar dan tekad belajar seumur hidup, Anda ada peluang BESAR untuk berjaya!

Bidang ternakan lintah memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi untuk berjaya. Seorang yang mudah berputus asa tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga bagi mereka yang menyimpan hasrat untuk menjadi KAYA dengan JALAN MUDAH.

Jangan mudah percaya dengan omongan kosong penganjur skim pelaburan lintah yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal.
Sentiasalah mengkaji dan menyelidik serta mencari kaedah terbaik dalam memajukan bidang ini demi mencapai kejayaan sebenar. Selamat menternak dan jumpa lagi. Wassalam.

Jumaat, 1 Ogos 2008

Asal-Usul Lintah

Sedar tak sedar dah hampir setahun rupanya aku telah terlibat dalam industri ternakan lintah. Berbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh. Perit juga rasanya terutama pada peringkat 4 bulan yang pertama dulu. Namun begitu apalah sangat keperitan yang aku lalui jika dibandingkan dengan Nabi Ayub a.s. Seorang manusia yang begitu sabar dan taat kepada Allah Ta'ala atas segala ujian dan dugaan yang dijatuhkan keatasnya. Diuji dengan berbagai musibah dan menderita menanggung penyakit kulit yang begitu menyiksakan selama 18 tahun serta tabah menghadapinya adalah sesuatu yang amat hebat sekali.

Apa pula kaitan kisah Nabi Ayub dengan lintah? Rupanya asal kejadian lintah timbul dari kisah penderitaan penyakit kulit yang dihadapi oleh Nabi Ayub a.s. Asal usul lintah ini boleh dibaca dalam sirah iaitu kisah Nabi Ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat kecuali lidah dan hatinya. Nabi Ayub berdoa kepada Allah supaya hati dan lidahnya tidak dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda takut tidak dapat beribadat kepada Allah s.w.t


“...dan sesungguhnya Nabi Ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah ta'ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta'ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia....”
Ikuti sirah lengkap di: http://www.geocities.com/kisahkisahteladan/kisahnabiayuub.html

Begitulah kisahnya bagaimana kedua-dua makhluk ciptaan Allah s.w.t ini ada hubung-kaitnya dengan kehidupan manusia di alam ini.

Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

Name:
Email Address:

This HTML form was created by Freedback.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.