INGINKAN MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI

IKLAN

_________________________________________________________________________
TINGKATKAN KELAKIAN ANDA DENGAN MINYAK LINTAH JAGUH KANDA


Memaparkan catatan dengan label usahawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usahawan. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2008

Tanam Strawberi - Bukan Mustahil

Salam buat pengunjung Warisan AR. STRAWBERI. Apa hal pulak ni? Blog lintah dah jadi blog strawberi pula... Nanti dulu, jangan salah sangka. Aku cuma ingin berkongsi kejayaan seorang petani yg berani meneroka sesuatu yang baru. Jika selama ini kita tahu strawberi hanya di tanam di Cameron Highland, kini tidak lagi. Seorang usahawan tani di Kedah telah berjaya menanam strawberi di Gunung Jerai. Siapa sangka seorang usahawan bumiputera menjadi perintis tanaman ini di negeri Kedah.


Ini menunjukkan sesuatu perkara tidak mustahil dilakukan jika dilaksanakan dengan kesungguhan yang tinggi. Jangan kita asyik menunggu dan melihat sahaja usaha yang dilakukan oleh orang lain. Mulakan mengorak langkah meneroka dunia baru yang mungkin akan merubah corak kehidupan kita. Usah menjadi pengkritik yang aktif mengkritik usaha yang dilakukan oleh rakan atau saudara kita. Sedangkan kita sendiri tidak pernah berusaha untuk melakukan perubahan dalam hidup.

Khairiyanti Zakaria (kanan) bersama rakan-rakan mempromosikan tanamam strawberi yang menggunakan kaedah fertigasi di kawasan pergunungan Gunung Jerai Gurun, Kedah, semalam.

JERAI 21 April - Jika selama ini strawberi sering dikaitkan dengan Cameron Highlands, namun tidak mustahil dalam tempoh terdekat ini, buah tersebut pula bakal menjadi tarikan baru di kawasan peranginan Gunung Jerai.

Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di negeri ini, bakal menjadi tumpuan pelancong apabila 1,500 anak pokok strawberi dari baka ‘Chandler’ Amerika Syarikat dan ‘Cama Rosa’ dari Belanda mula disemai di kawasan tanah tinggi tersebut.

Pembantu Pertanian, Jabatan Pertanian Kuala Muda, Zainol Hashim berkata, setelah menjalani kursus tanaman strawberi di Jepun pada awal tahun 1990-an, dia mula memikirkan mengenai prospek tanaman itu di negeri ini.

“Sia-sia jika ilmu yang saya peroleh tidak digunakan sebaik mungkin. Akhirnya setelah puas mencuba, projek tanaman strawberi di Gunung Jerai ini menjadi kenyataan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.

“Projek yang dimulakan pada 27 Januari 2008 bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke sini,” katanya ketika ditemui di Gunung Jerai di sini hari ini.

Zainol yang juga penasihat bagi projek Taman Strawberi Gunung Jerai memberitahu, strawberi yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi adalah paling mudah dan hasilnya boleh dituai dalam tempoh 70 hari.

“Kami menjangkakan hasil pertama akan dapat dituai pada awal Julai ini, dan projek ini adalah langkah awal Jabatan Pertanian dalam memajukan industri pertanian negara ini.

“Dengan suhu dan kawasan persekitaran yang sesuai untuk strawberi, kami yakin hasil yang bakal diperoleh tidak lama lagi setanding dengan strawberi yang dihasilkan di kawasan tanah tinggi yang lain,” katanya.

Bagi pengusaha tanaman strawberi Gunung Jerai pula, Zulkifli Muhyiddin, dia yakin tanaman strawberi di puncak Gunung Jerai bakal memberi nafas baru kepada industri agro-pelancongan di negeri ini.

Menurut Zulkifli, beliau mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman strawberi kerana menyedari, tanaman tersebut mampu memberi keuntungan yang tinggi kepada pengusahanya.

“Apabila hasil dapat dituai, saya mencadangkan pengunjung sendiri dapat merasai keseronokan memetik sendiri buah strawberi.

“Saya pasti tanaman strawberi ini dapat menjadikan Gunung Jerai popular seperti Cameron Highlands,” katanya.

**Petikan dari blog Teratak Maya Tempatku Lepak

Rabu, 30 Januari 2008

Orang Biasa Yang Luar Biasa

Posting kali ini berkenaan idea luarbiasa yang lahir dari orang biasa tetapi berkemampuan melahirkan idea yang amat luarbiasa. Aku kongsikan di sini kisah yang dipetik dari blog Mohd Nizam & Fazlisyam

Beberapa tahun yang lalu, saya mula tertarik dengan kisah-kisah
bagaimana orang biasa boleh menjadi kaya dengan idea yang cukup
mudah. Kemudian saya mula membuat catatan kisah-kisah mereka
dalam sebuah buku.

Saya banyak menyelidik kisah-kisah daripada negara-negara barat.
Ini bukanlah disebabkan dinegara kita tiada jutawan tetapi kisah
mereka agak sukar untuk didengari.

Daripada kisah-kisah mereka ini, beberapa kesimpulan dapat saya
berikan iaitu :

•Tiada sijil atau ijazah (kurang pendidikan) bukanlah penyebab
sesorang tidak boleh menjadi kaya.
•Keadaan persekitaran juga bukalah menjadi penyebab, walau
bagaimana anda dibesarkan anda masih boleh menjadi kaya.
•Lebih kuat anda bekerja, maka lebih kaya adalah satu
perumpamaan yang tidak benar.
•Sesiapa juga boleh menjadi kaya asalkan jujur dan amanah!

Anda akan mendapati idea-idea daripada mereka ini cukup simple
tetapi mereka berjaya menukarkannya kepada wang ringgit!

Apabila anda mula membaca kisah-kisah mereka dan mendapat
semangat, anda perlu memikirkan idea-idea anda sendiri “ jika saya
boleh mencipta satu idea.. mungkin saya boleh, jika orang lain boleh
buat, mengapa tidak saya? “

Saya dapati walaupun ramai orang yang mempunyai idea, antaranya
ada yang, menguntungkan, tetapi kebanyakkan orang biasa tidak tahu
bagaimana hendak menjadi kaya daripada idea mereka. Jadi daripada
10 orang biasa ini anda boleh jadikan panduan bagaimana hendak
menukarkan idea-idea anda menjadi wang ringgit sehingga boleh
bergelar jutawan.

Saya berharap kisah mereka ini akan memberikan anda semangat
untuk mencari idea anda sendiri dan menjadi kaya.

Anda pasti boleh – kisah-kisa berikut adalah buktinya.

*******************************************************

Idea 1: Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

*******************************************************

Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun

Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar,
bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim
yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan
menjadi seorang hero.

Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)

Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.

Jualan : Seluruh dunia.

Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.

Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,

Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.

Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan
pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang
buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah
mencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal
di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga
membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari
kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café
dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana
beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau
untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan
terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh
penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan,
berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus
ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan
menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry
Potter
and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih
waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi
masalah,
beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip
novel
beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau
tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku
tersebut
kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam
hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju
untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter
mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang
dewasa ramai yang meminatinya.

Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia
seperti
Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter
dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan
dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)

Kita jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain ;)

Demi Kejayaan Anda,

Ahad, 23 Disember 2007

Usahawan Lintah

Lintah RM60 sekilogram

Oleh Shamsul Kamal Amarudin




Penghisap darah laris untuk produk kecantikan, kesihatan

RAMAI pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berbulu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.

Tidak terkecuali kepada Roziana Abu Hassan, 34, yang menunjukkan mimik muka berkerut dan ragu-ragu apabila diminta memegang dan bermesra dengan lintah.


Namun, di sebalik sikap `takut-takut' terhadapnya, beliau adalah antara segelintir wanita yang berani menceburi bidang ternakan lintah meskipun jika terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk memulakannya.

Dan, tanpa ragu-ragu dia menerangkan dengan terperinci mengenai aspek ternakan lintah serta keyakinannya terhadap potensi dan masa depannya sebagai sumber dalam menjana pendapatan.

"Semakin sukar untuk mencari lintah liar sekarang. Puas saya melilau di kawasan sungai dan sawah tetapi susah sangat nak jumpa," kata Mohd Jantan Abu Hassan, 36, suami Roziana, ketika ditemui di pejabatnya di Selama, Perak, baru-baru ini.



Hakikat itu menguatkan lagi azam pasangan suami isteri yang mempunyai empat cahaya mata berusia 3 hingga 13 tahun, bersama ibu mereka, Rahidah Wahid, 50, melabur RM30,000 dan ditambah dengan pinjaman RM10,000 daripada Bank Rakyat untuk mengusahakan ternakan lintah.

Mereka memulakan usaha itu kira-kira enam bulan lalu dengan membina dua kolam dan ditambah empat kolam lagi dengan setiap satu berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak.

Selepas itu, mereka membeli lintah induk sebagai baka pembiakan sebanyak 12 kilogram berharga kira-kira RM3,600 daripada Art Soulist Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

Roziana berkata, setiap kolam diisi dengan dua kilogram lintah induk dan diberikan belut yang dibeli pada harga RM6.50 sekilogram sebagai sumber utama hayat dan tumbesarannya.

"Kebiasaannya satu kolam disediakan seekor belut dan ikan itu akan mati keesokannya akibat darah dan protein dalam badannya disedut oleh lintah.

"Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah mencukupi untuk mengawan. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk lintah," katanya.

Beliau berkata, setiap kolam akan disediakan pokok kiambang untuk lintah berlindung dan `bermain-main' selain binaan batu-bata disusun empat segi membentuk petak yang digelar `mahligai' sebagai tempat mengumpul telur dan pembiakan.

Roziana juga meletakkan kain guni hitam jarang sebagai bumbung di kawasan pokok kiambang diletakkan untuk mengelakkan bahang pancaran matahari.

"Ketika mengikuti kursus ternakan lintah sebelum ini, perkara ini tidak pernah disebut tetapi saya mengambil inisiatif sendiri membuat tempat berteduh ini selepas mendapati lintah selesa bermain-main ketika cuaca redup iaitu pada awal pagi dan petang.

"Saya juga diberitahu setiap satu kolam boleh menghasilkan kira-kira 100 kilogram lintah dan mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

"Ia berdasarkan harga pembelian RM60 sekilogram yang ditawarkan syarikat Art Soulist Sdn Bhd. Bagaimanapun, baru-baru ini ada pembeli dari Singapura yang berminat untuk membeli pada harga RM150 sekilogram sekali gus menunjukkan permintaan yang tinggi di pasaran sekarang," katanya.

Sementara itu, Rahidah berkata, ketika mereka mula-mula mahu membina kolam ternakan, ramai penduduk kampung merasa hairan dan tertanya-tanya kenapa mahu menternak lintah.

"Saya hanya menjawab ada orang nak beli. Saya sendiri pun sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memelihara lintah apatah lagi mengetahui ia boleh memberikan keuntungan lumayan sehingga diberitahu oleh Rozaina yang mengikuti kursus mengenainya di Kuala Lumpur," katanya.

Roziana pula berkata, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan `induk' atau `ibu' lintah membiakkan lebih banyak benihnya untuk memastikan kitaran hidup haiwan itu dalam sesuatu kolam berterusan.

Beliau berkata, haiwan itu perlu dijual segera apabila sudah dewasa kerana jangka hayatnya adalah pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.

INFO: Lintah

  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.

  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.

  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.

  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.

  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.

  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.

  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.

  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.

  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

  • Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.
  • Kirimkan Maklumbalas Dan Komen Anda

    Name:
    Email Address:

    This HTML form was created by Freedback.
    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.